Halaman

Ahad, 25 April 2010

Selesai la sudah....Selangor MTB Challenge...




Seramai 11 Geng KayuhBeb telah menyahut cabaran Selangor MTB Challenge yang mana akhirnya telah mencatat kejayaan masing-masing dengan berjaya menghabiskan perlumbaan tanpa sebarang kecederaan.

Kali ini juga KayuhBeb Cycling Club telah bertuah kerana telah mendapat tajaan dari Bro Osman Total Field dan juga DIN Cycle (http://dincycle.blogspot.com/).

TOTAL FIELD telah menyumbangkan sekotak POWER GEL kepada semua KayuhBeb rider yang masuk bahagian.


Orang kuat TOTAL FIELD bergambar bersama Team KayuhBeb

DIN CYCLE pula dengan bermurah hati menyumbangkan satu kotak 100Plus.


Dengan sumbangan-sumbangan yang diberi telah menyuntik lagi semangat juang KayuhBeb untuk mendapat kedudukan yang menarik lagi tertarik...kau memang da bomb.

Antara kedudukan yang terbaik yang berjaya dicapai oleh Team KayuhBeb adalah kedudukan no 12 bagi kategori vateran dari Bro Kulat ( Yusoff) dan No 14 kategori Selangor Open dari Bro Angah (Syanizam).





Apa-apapun tahniah diucapkan kepada semua rider-rider terutamanya rider KayuhBeb kerana telah berjaya menghabiskan perlumbaan dengan selamat.

HAPPY CRANKING!!!!!



Antara Team-Team yang berjaya diambil...

PUJMAC

TEAM PENJARA?

TEAM BIANCHI....No1 tuh!


KSR Rider.....No 3

TeziBone
Bergambar sebelum perlumbaan...











Jumaat, 23 April 2010

KayuhBeb Di Selangor MTB Challenge

Seramai 10 orang pahlawan KayuhBeb telah berani menyahut cabaran Selangor MTB Challenge yang akan diadakan pada 25hb April 2010 di Sungai Buluh.

Cabaran dikatakan adalah sejauh 30km yang akan melalui pendakian sebanyak 4 bukit setinggi 400 kaki.

Kejayaan dan keselamatan diucapkan kepada rider-rider yang ada brann ini.

1.MD Yusoff Bin Muhamad ---Vateran Category
2.Nasir Abdullah ---Open Category
3.Aidi Kumara B Wahid-----Open Category
4.Azhar Ismail----Selangor Category
5.Syanizam Ismail----Selangor Category

Untuk Team Challenge

KayuhBeb Team1

1.Mohd Razali B Zainudin
2.Abdullah B Nasie
3.Nasir B Abdullah

KayuhBeb Team 2
1.Muhamad Zaidi B Khapid
2.Syaiful Hisyam B Makpol
3.Mohd Zahidin B Kamsin


Selasa, 20 April 2010

RRI-TROPICANA-KDCF Ride...

Selepas selesai mengayuh di Bukit Sentosa, Bro Dean Cop dengan selamba mengajak mencuba di Kota Damansara Community Forest, atau lebih di kenali dengan KDCF. Memandangkan trek KDCF tak berapa panjang jadi kami pada mulanye bercadang untuk berkayuh dari RRI.

Maka pada 10hb April 2010, seramai 23 rider yang tak de keja, telah berkumpul di Masjid sebelah Caltex Subang, juga kelihatan kelibat Bro Din Superlight yang mana terus mencabar rider-rider mengayuh ke KDCF melalui TROPICANA...best katanya.....

Apalagi layan je la.....ternyata trek yang dibawa oleh Din Superlight memang terasa seolah-olah trek baru RRI la pulak sebab semuanya best...ada rentas sungai, panjat bukit, single trek, ala-ala dragon back..dan macam-macam la.....









Dalam perjalanan ke TROPICANA, basikal DIN Superlight telah mengalami kepancitan yang mana tuannya tak pernah merasai pancit...kesempatan ini diambil oleh rider-rider lain untuk berehat sepuas-puasnya...



Selesai melalui RRI, kami masuk pula trek yang menembusi ke TROPICANA dengan melalui pencawang electrik, ladang lembu, single trek dan lain-lain lagi....keluar saja dari offroad terus sampai 7 Elevan.....memang best...








Setelah selesai mengisi perut dengan 100 plus dan bergambar dengan MJ kayuhan ke KDCF pun diteruskan...kali ni diketuai oleh Bro Ajib dan Bro Dean Cop...



Trek KDCF ni ala-ala Kiara la...banyak technical climb dan downhilll....pun memang best....cuma tak cukup panjang lagi la.....tapi puas la jugak jantung berdegup....














Dah lapar, kami singgah la pulak kat Restoran Mamak berdekatan ngan KDCF....



Wah nampaknye trek yang kami lalui kali ni penuh dengan kemudahan RnR....

Apa-apa pun memang best....