Halaman

Selasa, 28 Disember 2010

Kayuhan JambuFree (Jamboree) Kemandul

Date: 26 Dec 2010, Venue : Bukit Kemandul
Akhirnya projek JambuFree (Jamboree) Bukit Kemandul sempena kayuhan penutup 2010...hasil idea dari Bro Kulat, Bro Jinggo dan rakan-rakan KayuhBeb lain terlaksana dengan jayanya dengan kehadiran seramai 82 rider sekitar Lembah Klang.

Promosi Fun Ride "N" Santai ternyata lebih digemari oleh rider-rider yang nak rilex-relax je hujung tahun ni. Ada yang bawa wife dan juga anak-anak sebagai modal unutk mendapat lesen kayuhan santai ini..


Otai-otai kayuhbeb pun tak mahu ketinggalan untuk kayuhan penutup 2010 dengan semangat berkobar-kobar memberi sokongan dengan menhadirkan diri


Seawal 7:30am telah kelihatan ramai rider-rider yang tak sabar-sabar nak makan jambu free yang diwar-warkan. Ada juga yang sedang membancuh cecah kicap unutk dibawa dan ada juga yang sedang membungkus asam jambu untuk di share kan dengan kengkawan...(cerite tipu je tu, tapi bancuh cecah kicap dari rumah memang ada....best!)




Setelah briefing diberi dan sessi bergambar selesai, kayuhan dikepalai oleh Bro Man Sawit yang mengetahui dan pakar dengan selok belok trail Bukit Kemandul...."GPS aku dalam kepala je..he!he!he!" kata Man Sawit bila diminta mengetuai batalion ke Ladang Teh Sri Cheeding.

Bukit kemandul memang terkenal dengan view yang menarik...macam-macam ada..ada tasik,ada lembu, ada ladang belimbing, betik,jambu,pisang, kelapa sawit, dan juga ladang teh...pilih je mana nak lalu.




Kalau kayuh dengan kayubeb, berehat jangan cakap la...memang banyak..kami suka santai je....





Nak basuh beskal pun boleh...takde hal..semua ada.



Nasib baik hari tu tak hujan sebab Tokey Kedai Dince..Bro Din yang pakar main poker dan selalu kalah juga turut turun kayuh


Setelah puas kami berpusing-pusing kayuh dibawa oleh ManSawit yang dibantu oleh GPS dalam kepalanya..akhirnya kami sampai juga di Jalan Bucho.....jalan bucho!..jalan apa nih?

Korang tak tau ke jalan ni? Jalan ni memang terkenal dan semua orang kenal jalan ni...tapi kalau korang tak tau juga memang korang ni tak campur orang la...Inilah Jalan Bucho yang terkenal tu.


Jalan Bucho adalah pintu masuk ke Ladang Teh Sri Cheding....cakap je Jalan Bucho semua orang tahu


Pabila melalui je ladang teh ni susana terasa macam Kamren Helen la pulak...oh damai..ah dingin...ah relax nye....

Tiba-tiba...kami dihalang masuk oleh Pak Guard untuk ke Ladang Teh....
"Tolong la jangan kasi susah sama saya, ini tahun saya masuk dapat bonus lebih, kena keja betul-betul"

Tapi tak pa...tak dapat main depan..kami main belakang

Akhirnya berjaya juga kami menyelinap masuk dan bergambar dengan pokok teh..

aksi-aksi dibawah adalah sebagai training unutk bergambar di Cameron nanti



Selain kayuh, berehat dan bergambar...kayuhbeb juga suka main lompat-lompat sebagai salah satu cara menguatkan betis untuk jadi lagi power





Pastu lepak lagi

Setelah puas bermain-main di ladang teh, kami pun bergerak untuk makan jambu..takut nanti cecah kicap yang kak zai bawa basi la pulak


Sampai je di ladang jambu..apalagi aktiviti pun dijalankan seperti biasa






Dah kenyang kami pun balik...begitulah kisahnya JambuFree Kemandul..

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang turut serta menjayakan JambuFree Kemandul

Dan jangan lupa 1hb January kami akan melakukan Kayuhan Amal ke Pantai Morib





Selasa, 21 Disember 2010

KayuhBeb Di KayuhLasak 10....by Mamat

Jadi 12 hb Dec kami Kayuhbeb joint Kayuh Lasak 2010.

HARI SEBELUM KL10, 11 Dec 2010.

Bro Kulat, Din mato2, Krul, Jinggo dan Mamat si pujangga hitam manis bertolak dari Kg Jln Kebun pukul 10pagi.




Kami singgah depan kedai snuker KK, sementara menunggu Bro Kay2 dan Achong utk konvoi sama.



tu dia mai dgn hobi baru...nak gantung beskal ke pasni bro?..



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1335.snc4/162757_1623751927781_1655977350_1466629_116158_n.jpg

Menuju ke hentian Rawang utk berjumpa plak ngan Bro Fendi, Cik Da dan Wan yang memandu Proton hybrid (Wira NGV daaa).






Sebelum sampai Ipoh kami t'serempak pula ngan Bro Din Superlight. "Apalagi Bro, follow konvoi skali laa..!"


Singgah Ipoh jap pekena Nasi Ganja.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1219.snc4/155111_1620201757846_1620499102_1463930_1725442_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1197.snc4/154910_1620202157856_1620499102_1463931_8204060_n.jpg


Sblm jambatan Penang kami bertemu pula ngan Hilmy and the gang.
Sampai Penang jam 5 ptg kami terus ke SMK Balik Pulau utk register dan collect ride plate dan tag KL10.



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs355.ash2/63543_1620224718420_1620499102_1463986_7247143_n.jpg



Lepas tu kami balik ke homestay masing2...(Gambar Along dan Angah yg dtg ngan family x dpt tunjuk la..tp semangat korang tetap ada dgn kami..(jack sket)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1196.snc4/154817_1620234998677_1620499102_1464070_2054313_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs692.snc4/63273_1620238118755_1620499102_1464093_515008_n.jpg

tak aci la bro warm-up ride sorang2!!


Malamnye kitorg pi briefing dan acara merasmikan Kayuh Lasak 2010 yg ke-8.



kepala2 team yg joint KL10 membakar unggun sebagai simbolik terasminya KL10..




HARI KELASAKAN, 12 Dec 2010.

Pagi tu hujan renyai2 mcm takmau berenti wlupn jam dah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Kami di homestay bersiap2 wlupon jiwa kacau 50-50 samada nak teruskan joint berkayuh atau tidak..



lalu persidangan meja bulat pon dilakukan. "nak teruskan atau kita cancel kayuh pastu kita pi cari buah pala je...amacam?"...."ahhh aku bangkang!, malu kita kene kutuk ngan Rule nanti.."



Bincang punya bincang, Alhamdulillah hujan mula berhenti sblm pukul 7pagi..."Apalagi geraklah dari homestay pi SMK Balik Pulau utk 'check-in' "













Sebelum flag-off pukul 8pagi, kene nyanyi lagu "NEGARAKU" dlu...."Mesti mau patriotik bro!!!"



FLAG OFF!!....Tarmac melalui Jln Pondok Upih sejauh 5km yg rata.."sonang bai tu...lasak mendenye?..kihkihkih"



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1203.snc4/155543_1620294360161_1620499102_1464287_3375787_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1373.snc4/164505_1623419679475_1655977350_1466010_1128682_n.jpg

3km seterusnya climbing konkrit di bukit kenari sblm CP2...."ambik kau, ni belum 'putingnya' lagi...!"





..kt sini la salah sorg geng Kayuhbeb start buat checkpoint haram diikuti ngan peserta lain..hehe



Lepas CP2, Donwhill and uphill konkrit lg sejauh 4km..







masuk road balik sejauh 17km melalui jln sg pinang dan jln pantai acheh..sblm CP3




"nak pisang..nak pisang..." (CP3)



pastu climbing lagi..(tolak pon kira climbing laaaa)







campur sikit downhill single trail dan selut trail melalui Cempedak..





sampai ke CP4 merangkap water station ke-2 merangkap port last utk refill sblm climbing ke puncak paling tinggi..(580m)



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs753.ash1/164415_1623422479545_1655977350_1466023_1125329_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1359.snc4/163165_1620330921075_1620499102_1464399_3858398_n.jpg

Apalagi...cliimmmbbbb all the way melalui Jln Teluk Bahang (main road)

"layan view jap..."


dan single trail konkrit + tanah merah Trail Sg Pinang.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs614.ash2/156627_1623423159562_1655977350_1466027_2515793_n.jpg




http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1186.snc4/150832_1620332721120_1620499102_1464403_3479134_n.jpg

"sampai senget2 beskal...hehehe"





mcm2 kejadian misteri mahupun yg dijangka terjadi disini..ada t'jumpa kwn satu sekolah, ada beskal jenama A kene tapau ngan jenama B, ada juga yg t'jumpa rakan fb yg telah diremove....

smpi puncak CP5, layan downhill single trail yg berlumpur mcm bubur dan loose dirt sejauh 7km dan melalui CP6...macam2 ada, teknikal, mekanikal, kentel......"ambik ko nak lasak sgt..!"
...tapi kami pasti klu tak hujan malam sblmnye, trail ni mesti lagi superb...layan dlm suasana sejuk dan berkabus..bayangkanlah...(mmg kene bayangkan aje pun pasal tiada gambar disini..heee)

selepas CP6, riders yg tak lepas cut-off time jam 1tghari diarah ke haluan kiri....."Haluan Kiri??!!!"



....manakala riders yg sempat pula diarahkan meneruskan penderitaan yg dipinta sendiri iaitu climbing tarmac + konkrit sejauh 4km yang agak pacak tapi masih boleh kayuh...kalau menolak pon mungkin pasal 'cramp' ataupun 'anu' dah kebas.....

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs356.ash2/63641_1623423999583_1655977350_1466032_3940151_n.jpg

selepas CP7, kami dihidangkan dgn downhill simen berlumut dan tarmac dimana kelajuan boleh mencecah.........err meter aku max 55km/h je...tapi ada yg cecah 150km/h,..."pegi calibrate la meter tu Bob!"..hehe

menuju ke CP8 a.k.a finishing KL10 di SK Balik Pulau..terus dapat goodies dan medal disitu juga..


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs618.ash2/156996_1623425439619_1655977350_1466039_3462185_n.jpg





Fuhhh...legaaaaaaa.........(lega dpt siapkan report laa..itupun sesudah Bro Kulat, Jinggo dan Rule berpiket depan rumah aku sampai terganggu abah aku nak layan siaran Wrestling)..

Petang tu kami layan Laksa Janggus,




Malamnya ada dinner, penyampaian hadiah dan lucky draw..Hadiah lucky draw banyak yang menarik, complete bike BH carbon, brakeset hope, frame specialized...mcm2 la tapi malas nak cerita banyak pasal kami semua tak berapa 'lucky'..Angah seorang je yg dapat Stem.."jual kat aku ngah"







HARI KEPULANGAN, Dec 13, 2010..

Bergambar dulu dgn tuan rumah sebelum bergerak.



Lepas tu kami singgah Pasar Jeruk (lupa nama daa)

h

...dan Penang Road, carik Nasi Beriani Hamideeyah,







Pink Bike di Bukit Mertajam, mencari tiub spare dan frame spare.


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1234.snc4/156695_1620268719520_1620499102_1464210_7489841_n.jpg

dan juga Kuala Sepetang untuk mengecas gout...






lalu terus kerumah masing2..

Kesimpulannya memang syok la join Kayuh Lasak 2010 ni. Tahniah dan terima kasih KOTR dan sekutu2 termasuk marshall, pembekal pisang, tembikai, Pertahanan Awan, Persatuan Bulan Sabit, auntie2 dan uncle2 tuan tanah trail yg dilanyak, dan semua yg terlibat yang tak dapat disebut disini atas pengajuran dan kerjasama yg mantap dan berjaya.

CANTEEEKKK!!!

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang