Halaman

Khamis, 16 Julai 2009

Lagi-lagi KESAS NiteRide



KESAS NiteRide

Hari :Setiap hari Isnin dan Rabu
Masa : 8:30pm kumpul, 8:45pm tayar golek.
Tempat Kumpul: Traffic Light Interchange Jalan Kebun (Sebelah menuju Shah Alam)
Parking : Boleh park kat Mama Tomyam sebelah Jalan Kebun Bt7.
Program;
Isnin Ride : Jalan Kebun-Summit - Restoran Kota Ria Kota Kemuning (Lepak-lepak Makan) - Jalan Kebun. Distance 25km
Rabu Ride: Jalan Kebun - Summit - Bukit Jalil - Awan Besar(Lepak-lepak) - Summit - Jalan Kebun. Distance 55 Km









Kayuhan Rabu pada 15hb July 2009 telah menyaksikan kemeriah kayuhan KESAS NiteRide. Lebih kurang 6 rider baru telah turut sama menyertai KayuhBeb melayan KESAS highway hingga ke Awan Besar.
Juga lebih meriah dengan penyertaan Bro KayKay dan Acong dari banting dengan kayuhan yang mantap bersama Fulsuss nya sehingga meniggalkan hardtail yang lain jauh kebelakang.

Jumlah keseluruhan adalah seramai 20 orang. Dengan ramainya kehadiran muka-muka baru, telah membuktikan KESAS NiteRide mendapat sambutan hangat. Tak ketinggalan terima kasih kepada bro-bro yang bawa roadbike (Sorry tak ingat nama) kerana sudi berkayuh bersama kami walaupun beskal anda jauh lebih laju....


Disebab kan, ramai rider-rider yang baru join... sessi briefing telah dijalankan oleh Bro Azrul supaya kayuhan yang lancar dapat dilakukan juga diingatkan pasal faktor keselamatan.



Kepada rider-rider yang lain yang teringin nak join tapi malu-malu, call aje Bro Azrul takpun bawa aje beskal kat Jalan Kebun tu dan join kami.

Jangan risau jangan takut, kami tak kuat, kami tak sombong, apa yang penting kerjasama.......



Rehat sebentar di Petronas Kesas Shah Alam





Acong seperti biasa tetap maintain dengan skill menukar tiubnya



Lepak-lepak diAwan Besar










Barisan rider KESAS NiteRide

Tiada ulasan:

Catat Ulasan