Halaman

Selasa, 2 Februari 2010

Kayuh Lasak Cabaran Meru 40km..

Kayuh Lasak Cabaran Meru 40km..

Dengar tajuk je dah macam Jamboree je tapi kayuhan lasak ini adalah 100% road.

Antara kata-kata dari pihak penganjur

1) Mountain Bike Fun Ride - 10 pendakian dari kecil sehingga paling besar cabaran seperti dragon back, roller coaster dan juga greatwall of china

Kayuhan disertai seramai 150 orang rakan-rakan MTB sekitar Klang Valley.

Kali KayuhBeb register seramai 30 orang..tapi biasalah bila sampai hari kayuh macam-macam hal yang tak dapat di elakkan... tinggal 15 orang je yang hadir.

Kayuhan bermula pada pukul 9am dengan diiringi polis traffic. Syabas kepada organizer kerana setiap simpang dan lintasan jalan dijaga oleh rela ataupun polis traffic.

Terasa macam LTDL la pulak sebab kereta-kereta sepanjang Jalan Meru terpaksa ketepi memberi laluan kepada Rider-rider menguasai Jalan Meru.

Disebab kan ketiadaan Bro Kulat, kayuhan kali ini ditarik oleh Bro Acong berganti-ganti dengan Bro Robyn, Bro Din...sebagai satu strategi KayuhBeb agar senantiasa bertenaga sepanjang kayuhan

Walaupun trek road..tapi bukit-bukit yang dihidangkan seperti Dragon Back, Roller Coster dan juga melalui China Great Wall (kubur china kut) mencabar mental dan fizikal rider.

Akhir kata kayuhan cabaran MERU memang best.

Gambar-gambar adalah hasil petikan Bro Jinggo yang sanggup berkorban dengan tidak mengikuti keseluruhan loop semata-mata hendak mengambil gambar rakan-rakan.

Bro Dex mewakili KayuhBeb mengambil goodist bag

Seperti biasa strategi di rancang sebelum kayuhan...haram tak ikut pun

Bro Ajai pun tidak ketinggalan menghantar wakil..wife dia....Bro Hamir juga tak ketinggalan juga

Bergambar lagi...

Antara rakan-rakan MTB lain

Bro Nazade and Da Gang dari Banting

Gang Kampung Delek

Bro Zam dari Port Klang pun tak ketinggalan

Laluan Kebun Tebu...tang ni kalau ada bagi air tebu best la jugak

Check Point pertama

Bro Din Kanchong pun ada..

Tak ketinggalan Bro Ariel dari Speed OnTel

Agaknye ni la yang di panggil Dragon Back...dah sampai puncak..nun sayup puncak menunggu lagi dihadapan


CP2..Air dan pisang disediakan oleh pihak penganjur..tapi sape nak makan nenas ka oren ke ambik je kat belakang tu...

Climbing di Kubuq Cina...agaknya ni la The GreatWall

Moto Show

Tiada ulasan:

Catat Ulasan