Halaman

Isnin, 11 Mei 2009

EPIC Ride Ulu Rening & Ulu Tamu - Mission Accomplish

Hulu Rening- Ulu Tamu Epic Ride – KLMBH
Date : 10th May 2009
Time : 8:30am
Target Distance : 55km
Completed Distance :38km

More Photo : http://kayuhbeb.multiply.com/





Persiapan
Ahad, 10hb May 2009, juga merupakan Hari Ibu, kami geng KayuhBeb, Azrul, Din, Fahmi, Khairul, dan G han telah bangun seawal pagi untuk menyahut cabaran EPIC RIDE di Ulu Rening dan Ulu Tamu. Bagus aje bunyinya…..
Sebenarnya nak test beskal masing-masing yang telah diupgradekan.
Rider A....... dengan Fox barunya,
Rider G........ dengan Hub Novatecnya,
Rider K......... dengan XT group set barunya.
Rider D ... Tokey kedai beskal nak tengok pulak review part-part yang dijualnya,
Rider F …tak tahu apa-apa, beskal tak buat ape-ape Cuma baru tukar rantai aje, ayah suruh ikut Pakcik Din kayuh kat ulu yam, terus join.Tapi ayah nya tak ikut…tak tahu la kenapa????

Walaupun masing masing telah bangun seawal mungkin, kami sampai lewat juga lebih kurang pukul 8:30am,rider-rider lain semua telah memulakan jelajah dan penerokaan mereka. Setelah menurunkan beskal masing-masing, kami telah pi ke tempat pendaftaran, malangnya dah tutup. Tapi nasib kami baik setelah salah seorang organiser menunjukkan jalan masuk ke Off Road,

Permulaan
Kayuhan dibuat dengan berhati-hati, tak laju, dan tak perlahan, cuba menyimpan tenaga seberapa banyak yang boleh supaya cabaran dapat dihabiskan dengan sempurna. Itulah target kami. Semangat Teamwork diadaptasikan, sekiranya ada geng yang pancit dan minta rehat kami akur.
Bagi kami :
”APA YANG PENTING..... KERJAAAA SAMAAAA ”- Kata –kata WONDER PET terngiang-ngiang di kepala masing –masing. Hasilnya, seorang-demi seorang rider kami potong, walaupun pada asalnya kami adalah group yang last sebab datang lewat.
Padan muka...........

Dalam awal kayuhan kami telah berjumpa dengan Rider dari ROP – Republic Of Puchong. Abang Enul, Kay, Nazri dan Din. (Kalau nama tertinggal minta maaf la ye).
Apa lagi masing-masing mula mengeluarkan rokok masing –masing, Power stick.
Berani hisap rokok sebab next is downhill simen concrete.

Downhill concrete ni yang seronoknya tak yah kayuh, Cuma tekan break aje. Ha!ha!ha! syok siut.turun, turun, turun terus sampai sungai.tak leh nak kata apa, panorama sungai indah telah meredakan dengupan jangtung yang kencang semasa downhill. Difahamkan sungai ini adalah sungai Batang Kali, airnya jernih, sungainya lebar tapi tak dalam.

Sungai
Seorang demi seorang menyeberang sungai dengan mengangkat beskal masing masing, bukan apa, takut barang-barang yang baru upgrade tu calar kena pasir sungai.Hi!hi!hi!.
Kesejukan air sungai dan udara yang nyaman semasa menyeberang sungai telah mencabar minda dan hati rider kayuhbeb, nak mandi ke taknak.!!!!Kalau mandi cepat letih alamat balik terus la, kalau tak mandi rugi pulak.Rokok dihisap menenangkan hati. Setelah berbincang dan perjalanan baru sahaja bermula (6km) dan balik ke matlamat asal, kami meneruskan perjalanan dengan menyematkan permandangan sungai yang indah dalam hati sahaja.

Perjalanan dari sungai bermula dengan aksi menolak basikal mendaki teres-teres kebun getah. Sampai aje di puncak teres terus sahaja menuruni bukit yang curam, sedang syok menuruni bukit baru kami perasan bahawa kami telah mengikuti jalan yang salah sebab kertas-kertas yang ditaburkan tidak kelihatan.”Pantang nampak downhill turun aje” maklumlah musang (FOX) baru.

Apalagi dengan hati yang berat terpaksa la balik mendaki ke jalan betul.
Pemandangan sepanjang trek ulu rening sungguh indah, juga boleh kelihatan bangunan-bangunan mencakar langit di Genting Highland.
Bukit yang didaki juga boleh tahan tapi almost rideable.

Masalah Teknikal
Semasa menuju ke penamat check point 1, salah seorang rider kayuhBeb mengalami masalah technical, pulley RD tercabut, pada ketika itulah Din cycle menunjukan skil repair beskal. Lebih kurang 1 jam juga kami berhenti, so kami mengambil keputasan itu untuk berehat, mentedarah dan meghisap Power Stick. Rider-rider dari ROP juga turut membantu memeriahkan lagi suasana gelak ketawa memecah keheningan ladang getah.
Juga buat pertama kali kami melihat, sekumpulan yang banyak ulat gonggok berhampiran tempat kami berehat. ”Wah!ulat gonggok juga ada buat hash”

Check Point 1
Kayuhan menuju ke check point 1 diteruskan, Alhamdulilah kami sempat sampai pada pukul 11:55am, iaitu 5 minit sebelum closing untuk ke Check point 2. Geng Kayuhbeb masih mempunyai tenaga yang luar biasa setelah berehat lama menunggu basikal di repair. Kata sepakat dicapai untuk meneruskan cabaran ke Check Point 2 dengan semangat yang memeronta.

Check Point 2
Buat kali yang kedua kami adalah group terakhir yang menuju ke CP2. Strategi yang sama di buat, kayuh dengan berhati-hati dengan tujuan menyimpan tenaga untuk menamatkan kesemua checkpoint dengan jaya.
Kayuhan melalui single trail menuju ke Checkpoint 2 sungguh mencabar dan memerlukan kepakaran technical, silap haribulan boleh jatuh ke curam.

Sampai di CP2, ramai rider-rider berkumpul disitu sedang memikirkan samada ingin meneruskan cabaran ke CP3 ataupun balik ikut Chiken Loop. Geng KayuhBeb berehat menghilangkan penat sebelum membuat keputusan. Biasa lah, kalau penat keputusan yang tepat jarang dapat dibuat.
Masa berehat diambil peluang dengan berborak-borak dengan organiser dengan tujuan mengumpul maklumat trail menuju ke CP3. Sebenarnya masa untuk ke CP 3 telah lama ditutup.
Tapi setelah berbincang dengan tenang, semangat KayuhBeb dan juga semangat beskal yang baru diupgradekan, kayuhan ke CP3 diteruskan dengan tanggungjawab sendiri.
”Amacam, nak teruskan ke CP3 tak? Kata Rider Azrul.
”Kami ikut aje, teruskan pun okay” sahut rider KayuhBeb yang lain.

Check Point 3
Setelah 10 minit berkayuh menuju je CP3, di bawah panahan matahari yang terik , dan trail yang mendaki tak habis-habis, rider-rider KayuhBeb telah mula menunjukkan keletihan masing-masing, kayuhan termatlah selow telah dibuat. Kali ni bukan strategi menjimatkan tenaga, tetapi memang dah tak mampu.
”Kali ni, kalau Bro Azrul ajak masuk CP4 pulak, mati kita.....” kedengaran bisikan-bisikan rider KayuhBeb.
Melihatkan jarak rider KayuhBeb antara yang paling hadapan dan belakang terlalu jauh, keputusan untuk berehat telah dibuat. Segala macam makanan telah dikeluarkan dan dimakan untuk mendapatkan tenaga termasuklah power gel dan power bar. Rokok! Masing-masing dah tak mampu nak hisap dah.
Waktu tu terbayang la Nasi Briani Kambing dan Milo Air kedai mamak kat tempat bermula.
Waktu itulah juga bersyukur dengan angin dingin hutan yang bertiup mengeringkan peluh yang menitik.Terasa macam nak tidur aje. Ah, nikmat nya.

Dengan bekalan air yang sedikit, dan keinginan untuk menjamah Nasi Briani Kambing mamak, semangat berputik untuk menghabiskan kayuhan ke CP3. Menurut maklumat yang di perolehi, di CP3 nanti ada kedai kedai untuk makan.

Alhamdulilah, kayuhan kali ni banyak menuruni bukit sahaja sehingga sampai di jalan tar di CP3. Tiada sesiapa kelihatan disana, ini bermakna telah ditutup perjalanan ke CP4.Hasrat kami untuk meneruskan ke CP4 dan melengkapkan kayuhan EPIC terhalang.Konon nye lah.

Apa nak buat, kayuhan balik pun di buat dengan hati yang gumbira.Sampai aje di RV point, seperti yang telah diidamkan, Nasi Briani Kambing pun diorder dan dijamah dangan seleranya

Dalam perjalanan balik kami telah singgah di Air Terjun Sungai Sendat untuk bermandi manda.

Apa-apapun, kayuhan EPIC boleh dianggap berjaya tanpa ada inside-insiden yang tidak diingini berlaku. Semangat Teamwork KayuhBeb terbukti kukuh dan Geng KayuhBeb bersedia menghadapi cabaran di masa hadapan.

Nibung Teballllllllll.................. Kami akan ke sana.



M
o

Selasa, 5 Mei 2009

Rumble in the Jungle - Epic Ride KLMBH

Salam sumer,
Lama tak update blog,bizy sangat la.

So ni nak bagitau yang Geng Kayuhbeb akan turut serta dalam Kayuhan EPIC KLMBH "Rumble in the Jungle" pada 10hb May 2009. Nak tau lebih lanjut, sila layannnn

http://www.bikehash.freeservers.com/

Kitaorang ni bukan la power sangat sampai nak menyahut cabaran 55km tu,cuma nak syok-syok, enjoy, ambil pengalaman dan juga boleh bercerita.

Biasanya, time kayuh tu, kalau bukit tu tinggi sangat,
tak leh kayuh, tolak aje,
tak larat tolak, berenti rehat,
dah penat rehat, kayuh balik.
biar lambat, janji complete.
takpun chiken loop aje.
Yang penting kita enjoy.

So, kepada rider-rider yang tak berapa power, tapi nak join epic ride ni, tapi takut kena tinggal sorang-sorang, jangan la segan-segan join group Kayuhbeb ni.
pastikan kita berpesta disana.

Okay, jumpa di sana.............

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang