Halaman

Khamis, 20 Januari 2011

Kayuh Sejuk Thomson Trail 2011..by KayuhBeb


Kayuh Sejuk Thomson Trail 2011..by KayuhBeb....

16hb Jan 2011..tarikh yang ditetapkan oleh KayuhBeb untuk melayan Thomson Trail http://www.cameronhighlandsresort.com/jimthompson.htm , Cameron Highland.

Dulu geng PCC bawa kami..tapi kali ni kami bawa kawan-kawan layan Thomson Trail....hanya berpandukan GPS trekking Map dan pengalaman dan ingatan 6 bulan lepas........

Support dari kawan-kawan sepermainan juga tidak ketinggalan dari Chif Khaled, Joe, Eddy, Sarjan Pak Din dan lain-lain la....

Seminggu sebelum kayuh masing-masing sudah risau kalau-kalau hari hujan..ramai juga la yang cancel ride sebab takut beku.....tapi alhamdulilah cuaca menyebelahi kami...tak hujan......

Walaubagimanapun malam sebelum ride kami berhimpun dan bermusyuarat bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar juga action plan yang perlu diambil jika berlaku perkara yang tak diingini.....

Seawal pagi 16hb Jan, sudah kelihatan ramai rider-rider menyiapkan beskal masing-masing selain sekutu dan rakan KayuhBeb..rider dari Jerantut dan Ipoh juga turut memeriahkan suasana........


Starting Point HABU dipilih sebab kami adalah rider yang malas dan hanya mementingkan "Enjoy" sahaja..sebab ending habis aje downhill terus leh masuk keta...takyah susah-susah nk climb balik pergi Ringlet.........



Briefing dilakukan dihadapan seramai 70 rider .....
......"This is survival ride....no chiken loop,no sweeper, no water refill, no mercy..and no turning back..what you have is only your friend infront of you..move forward and plan your energy until you can enjoy the BOH TEH TARIK " aku rasa-rasa tak depun brief camni...tapi tak pe la..aku yang tulis blog.......

Setelah selesai sessi bergambar ramai-ramai dilakukan......



Ini trail yang akan kami lalui....

Beberapa rider power dilantik untuk mengepalai kayuhan antaranya Bro Kulat, Bro Joe, Bro Bob dan Bro Eddy dengan membawa GPS, paper trail dan cat spray sebagai penunjuk arah.

Cif Khaled ditugaskan untuk memancing rider-rider supaya kayuh sampai habis dengan menayangkan Chiken Wing dibag nya....malangnya bila chiken wing habis di santap..rider mula hilang motivation...maka berlakulah satu insiden.......tut!tut!tut!


Kayuhan bermula dijalan raya sejauh 10km sebelum memasuki offroad climbing...disulami dengan bau harum baja...chet!....

Sampai puncak pertama lagi sekali sessi bergambar dilakukan..


Disebabkan sabtu petang hujan maka beberapa jalan gak lecak tahap gaban...tapi ini tidak mematahkan semangat kami.....nama pun MTB


Reward pertama dari puncak pertama...DOWNHILL sejauh 8km...fuh syokkkk! tapi agak berbahaya juga la sebab diketahui seramai 8 orang rider telah kecundang disalah satu laluan concrete.....


Disebabkan pemandangan yang menarik peluang bergambar tidak disia-siakan...

Downhill diteruskan...sape yang brani..layan...sape tak brani pun kena layan......hingga sampai ke perkampungan oran asli...Kg Sg Relong, Batu Kusir yang famous tu....takkan korang tak tau....


Apalagi kerja-kerja kebajikan pun dilakukan..


tak ketinggalan juga yang cuba "merekrut" untuk jadi ahli KayuhBeb....

Dan downhill diteruskan semula hinggalah sampai ke Kampung Orang Asli yang kedua sebelum semua berkumpul semula untuk memulakan pendakian sejauh 15km.....pergh!!!!!! bosan


Setelah majority Rider telah berkumpul...kami memulakan pendakian.....15km! 15km! 15km! 15km! ahhhh! boring-boring kayuh!


Pendakin-demi pendakian dilakukan hingga kami sampai ke perkampungan Orang asli yang ketiga...lagi sekali aktiviti kebajikan dilakukan...sambil kayuh. kita buat kebajikan...mulia sungguh hati rider-rider nih!

Pendakian dimulakan sekali lagi...15km beb! 15km! phyco! bila nak habis nih! ah! chiken wing! chiken wing! bila chif khaled nk offer nih!


Di tepian sungai juga kami berehat..kelihatan chif khaled masih tidak mengeluarkan Chiken Wing nye..lagi....bosan menunggu kami bergambar ramai-ramai.....oh!chiken wing!


Pendakian diteruskan lagi...meter masih tak menunjukkan pendakian berkurangan....ah! bosan tapi .....i like climbing! heh!heh!heh!...ada caya ka?


Akhirnya......kami sampai di Ladang Teh Boh...tapi masih di bawah lagi...ada lagi 10km pendakian perlu dilakukan untuk sampai ke puncak...ah! bila nak habis nih?...ambik gambar je lah






Akhirnya chif khaled mengeluarkan Chiken Wing nya ...dan Wan dengan spagetti nya


Maka berlakulah insiden dibawah...

heh!heh!heh!...tak sampai hati la.....saya tahu...anda pun tahu....anda tak tahu anda punya pasal...


Pendakian diteruskan....

dan terus mendaki....clim..clim...clim....relax




Akhirnya.......


Terima kasih kepada rider-rider yang sama-sama telah menjayakan Kayuhan Sejuk Thomson Trail....maaf di pinta jika ada kekurangan....kepada yang cedera...dont give up...kepada yang "TREK..." kita cuba lagi .........kalau tak da aral melintang insyaallah bulan June kami repeat....tapi tak janji la........

Isnin, 10 Januari 2011

Kayuh Denkil - Kota Warisan....Layan Geng Jahat Utara

Setelah sekian lama tak menerjah Trek Dengkil-Kota Warisan, akhirnya pada 8hb Jan 2011, kami kesana ......dan Geng Jahat Utara Bro Sumi juga tak ketinggalan untuk turut serta.

Kayuhan Kali ini adalah sejauh 37km dengan mendaki 3 puncak...Bukit Pacak, Bukit Terbengkalai dan juga Bukit Pencawang.

Cuaca pada hari tu pun cantek..tak panas..tapi sejuk ala-ala kamren helen la pulok....tipu la tapi.

Kayuhan kali ini juga, Bro Jinggo berjaya merakam beberapa aksi dan " lakonan" menarik para-para rider KayuhBeb......ada yang mandi sungai dan ada yang saje sorok diri dalam semak....ayat je tak kelakar, tapi kelakar lagi kalau nengok video clip.....

Laporan lengkap akan di siarkan di blog sumi http://da2ndbesthinginlife.blogspot.com/

Selagi tak keluar JOM ramai-ramai kita tulis dalam chat box dia....
"KAMI MAHU LAPORAN!"
"KAMI MAHU LAPORAN!"
"KAMI MAHU LAPORAN!"
"KAMI MAHU LAPORAN!"
"KAMI MAHU LAPORAN!"
"KAMI MAHU LAPORAN!"
"KAMI MAHU LAPORAN!"

Ni la rupa SUMI

sementara tu layan je la gambar kt bawah

Cik Da mengepalai acara menolak beskal

Bro Ajib tengah praktis tunjuk kanan....

Kumpulan Rock Kampung













Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang