Halaman

Khamis, 6 Januari 2011

Kayuh Amal Morib : Rumah Anak Yatim Sungai Manggis

Project : Charity Ride to Rumah Anak Yatim Sg Manggis.
Organiser : KayuhBeb Cycling Club
Date : 1Jan 2011.
Start Time : 8:30am
Meeting Point : DinCycle , Teluk Panglima Garang.
Distance : 14Km (Meeting Point to Rumah Anak Yatim)
30 Km (Meeting Point to Morib)


KayuhBeb terkenal dengan "Santai Ride and Happy Cranking". Oleh sebab itu setiap "Weekend Ride" yang dianjurkan mendapat sambutan dari Rider-rider sekitar Selangor.
Semasa berkayuh inilah datangnya idea-idea untuk membuat Kayuhan Amal di kalangan ahli KayuhBeb,
maka terlaksanalah Projek Kayuh Morib :Kayuhan Amal Anak Yatim Sg Manggis pada 1hb January 2011.

Kayuhan ini dihadiri seramai 52 orang rider yang datang dari sekitar Selangor untuk sama-sama memberi sokongan dan kerjasama bagi menjayakan Kayuhan Amal ini.
Kayuhan bermula pada pukul 8:30am dengan jarak kayuhan sejauh 14km ke Rumah Anak Yatim Sunggai Manggis.

Sampai sahaja disana, rider-rider diberi sambutan yang agak meriah oleh anak-anak yatim Sungai Manggis seramai 45 orang.
Tepukan selamat datang dari anak-anak yatim betul-betul membuat rider-rider terharu.
Barisan anak yatim dalam lingkungan umur 4 ke 5 tahun menyambut kami dan menghulurkan tangan untuk bersalam, betul-betul menyentuh hati rider-rider.

Dari riak muka anak-anak ini, ternyata mereka sangat gembira dengan kedatangan kami.

Tabung kutipan derma diedarkan, dan kelihatan rider-rider berpusus-pusu menuju ke tabung untuk memberi sumbangan.


Sessi beramah mesra dan bergambar kenang-kenanganpun dilakukana.











Akhir sekali, sebelum bergerak ke Morib, bacaan doa selamat telah dibacakan oleh salah seorang Penghuni Rumah Anak Yatim Sungai Manggis..








Walaupun Kayuhan Amal ini dibuat secara ringkas, tetapi ia betul-betul menyentuh hati rider-rider dan memberi semangat supaya kayuhan amal ini dijadikan Kayuhan Tahunan.
Juga KayuhBeb berharap kayuhan amal ini juga dapat dilakukan oleh kelab-kelab basikal yang lain di mana-mana rumah anak-anak yatim ataupun rumah kebajikan yang lain


Kepada sesiapa yang ingin menderma dan memberikan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Sungai Manggis ini, boleh la menghubungi

03-3180 3672

Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang