Halaman

Isnin, 29 Mac 2010

KAYUHAN TUKAR ANGIN.. FRASER HILL... ANGIN SEJUK!

KAYUHAN TUKAR ANGIN.. FRASER HILL... ANGIN SEJUK!

KAYUHAN TUKAR ANGIN.. FRASER HILL... ANGIN SEJUK!

Date: 28 march 2010..hari ahad yg indah.
Lokasi: KKB>BukitFraser>KKB
distance:80+km

Ahli kongres: KayuhBeb,As-Sakinah,Tezi-Bone,KUSCYC(kuala selangor).. dan ramai lagi rakan2 pencinta basikal dari seluruh pelusuk.. ternyata bila jumpa dan berkumpul.. latar belakang kelab atau persatuan semua ditolak tepi.. apa yg ada dlm otak ...KAYUH.. BERGAMBAR. kah3....tak lupa sambil2 beramah mesra..

Misi kayuhan anjuran KayuhBeb kali ini adalah utk bertukar angin kayuhan.. setelah sekian lama bergelumang dgn pacat dia Batu Dam,Berpanas terik dan merembat betik di Kota Warisan (dgn izin bro Kamarul),Berulang kali tunjuk hero di Steroid Hill FRiM, Melanyak Bukit Kemandul tanpa belas,Menodai PCP sampai berkali2 patah seatpose,Menjahanamkan fork dan hanger di KIARA, Kayuh bedal lontong dgn geng2 TEN90,Menolak basikal sepanjang jamboree di KAWAT taiping (frame carbon jd penawar),Berpitam2 di SiT jamboree (kah3),Misi rahsia jamboree RUN10.. dan ntah hapa2 lagi la kayuhan OFFROAD yg KayuhBeb belasah, AKHIRNYA...atas perancangan murni dari Bro Kulat, maka kayuhan road@tarmac dirancangkan utk membuang semua angin2 offroad utk sementara waktu... maka bersibuk2 lah semua geng2 kayuh mancari tayar slick yg telah tersimpan lama dlm store..yg tak jumpa pun ada.. (aku la tu) cisss...

Geng2 KayuhBeb bertolak dr jln kebun sekitar jam 6.30 pg.. dan bertemu geng2 kayuh yg sudi menyertai di pej pos Kuala Kubu Baru. Jangkaan kami sekitar 15 peserta je yg nak join... tunggu punya tunggu, satu persatu geng2 kayuh yg muncul.. sungguh diluar jangkaan apabila 35+ peserta menberanikan diri utk menawan puncak Fraser, termasuk jua geng2 As-Sakinah. ada yg bawa anak.. ada yg bawa isteri,ada yg bawa EFS,ada yg bawa road bike.. kah3. mcm2 pembawaan la nampaknya.. tapi yg paling best apabila sahabat2 As-Sakinah telah sudi utk menjadi tuan rumah kepada kami2 yg naif ini.. siap menyediakan pisang,RO water dan tak lupa sweeper2 bermotosikal sepanjang jln.. tq byk2 bro.

*org2 kuat As-Sakinah







*wajah2 mereka yg ingin bertukar angin.. hehehe







*anak2 riang pun tidak ketinggalan utk menyahut cabaran.


Kayuhan telah dimulakan sekitar jam 9+pg.. kami telah dipandu arah oleh abg2 dr As-Sakinah.. ada yg berbasikal bersama2, ada yg bermotosikal.. yg bawa kereta pun ada jugak.. kih3.. bestttttttttt.. tiada kegusaran sepanjang kayuhan. jeng3... pendakian demi pendakian telah dilakukan sepanjang jalan menuju puncak Fraser.. tiada yg lain melainkan mendaki! kah3... padan muka semua.. suruh dok umah tgk tv taknak, sebok nak kayuh beskal.. kih3.
Setelah puas mendaki utk seketika, kami semua pun sampai di CP1.. pendakian yg agak 'sasa' utk sampai kesini.. sesak jugak weiiii... tp bila sampai je apa lagiiii... bergambarrrrr.... heheeh. (ilang penat seketika bila dpt bergambar)
*gigih menuju ke cp1... kayuhhhh bebbbb...




*wajah2 gumbira di CP1.. (td kemain ngeluh masa climb.. ceh)






setelah puas berPhotoShoot di cp1 maka kami pun kambali menyeksa diri utk menuju ke CP2.. masih lagi mendaki dan mendaki.. "jgn harap la nak jumpa downhill... " kah3.. antara suara2 sumbang yg meruntun jiwa2 pendengar... arghhhhhh.... (sempat sedut EFS pd time ni) kah3
Pd ketika ini paserta2 telah berpecah satu persatu.. kumpulan demi kumpulan.. pandai2 la bawa diri.. tp sweeper bermotor dr As-Sakinah sering berulang alik utk meninjau situasi geng2 kayuh.. (tq Apek!)
*Berehat sebentar di cp2... bergambar lagiiiii...





*Bro Azhar Google pun tidak ketinggalan melawat Kayuhbeb walaupun tak dpt join pd hari itu.. tq byk2 bro.. lain kali dtg melawat bwk la buah2 dgn 100 plus.. kah3 (melawak bro)



Ketika di CP2 ini juga kami telah dikunjungi oleh org paling kuat di As-Sakinah.. tanda menyokong aktiviti kami.. ternyata kunjungan itu telah menaikkan lagi semangat kami utk terus mandaki ke puncak Fraser... hadoiiii.. climbing lagiiiii... arggghhhh... (jeritan batin) kah3
*Setelah puas mendaki dan mendaki maka kami pun berjaya sampai di cp3 dgn jayanya... yesss... time ni gate da tutup utk memberi laluan kenderaan turun dr atas.. apalagi, lepak2 la sambil minum2 dulu.. disamping bergambar kenangan utk ditunjukkan pd isteri masing2 dan awek masing2...







*di cp3 ini juga la abg din polis menunjukkan Angah cara2 duduk ketika dating sblm kawin.. "jgn rapat2 sgt.. kang polis tangkap"... katanya.. kih3


setelah gate dibuka utk memberi laluan kpd kenderaan menuju puncak fraser, apa lagiiii... semua pun bersiap sedia la utk merempit menuju keatas!.. kah3... menurut abg2 As-Sakinah.. 8km terakhir inilah pendakian yg paling mencabar mental dan fizikal... fizikal boleh krem2 dan kejang2 segenap tubuh.. mental boleh down mengingatkan penyesalan mendaki fraser ini.. baik lepak umah tgk tv, bukak aircond kuat2.. sambil minum sirap bandung.. kah3.
dah tak guna nak pikir tu semua pakyennnn!!!... panjat je laaaa.... alang2 da sampaiii... kita terjahhh!!!




Setelah menempuh onak yg tiada duri sepanjang pendakian menuju puncak evrest.... ceh, evrest plak... puncak fraser laaaa... maka kami pun tiba la di finish line dgn penuh linangan airmata mengenangkan penyeksaan utk menuju kesini. kah3... ketika ini Mamat terpaksa ditenangkan oleh bro Kulat kerana terlalu terharu bila tiba dipuncak ini.. last2 Bro Kulat pon nangis sama sambil diiringi Bro Rostan dan Pakyen... kah3 (rekaan semata2 utk menaikkan mood pembaca...) kah3...
*Antara wajah2 di finish line.. (yg lain2 malu nak bergambar... kih3)








Dipuncak Fraser ini masing2 membawa diri masing2 yg tak sedar diri.. bergambar sakan mcm tak penah sampai (memang tak penah pun... aku la) ada yg lupa mkn semata2 nak bergambar.. ada yg makan sampai lupa nak turun mcm Pakyen.. kih3.. ada yg sempat usha awek Giant ACT... tp syg kena reject sbb pakai NEXUS dan GT.. takde lansung bau2 Giant.. kah3.. cuba lagi lain kali la mat oiiiii...
*Antara gambar mereka hepi gila2 sbb misi berjaya! semua pun berjaya... termasuk apek sweeper... kah3.



*Berikut adalah pic2 mereka yg lupa daratan bila sampai kepuncak Fraser. (sampai lupa anak bini gamaknya... kah3)









*Terjumpa pula dgn geng2 Giant ACT... heheh.. (aku pun Giant gak weiii)



Setelah selesai sesi lupa daratan di puncak Fraser.. maka sesi balik ke KKB pun dimulakan.. (lambat kang gate tutup.. mlm plak sampai umah kang)
Sesi balik ke KKB ni jgn cerita la... Bro Rostan telah mengepalai geng2 raja pecut.. diekori dgn konsisten oleh Bro Kulat... mcm budak2 bwk basikal, turun bukit pun dia kayuh kaw2... 60+km/h... pergh... kalau kena angin lintang bleh melayang si Rostan tu... kih3.. gambar2 time turun tak byk la.. mintak maap.. aku pun nak lyn downhill.. lepas tu takde model2 utk di shoot.. semuanya dah mcm kena rasuk antu bukit... layan kaw2 sampai rasa malas nak lyn.. "bila nak abis ni woiiiiii... tak abis2 downhill niiiiii!" antara suara2 yg kedengaran... kah3.. agak mengagumkan juga kerana laluan downhill yg tak habis2 inilah merupakan laluan yg kami semua lalui masa menuju kepuncak Fraser... perghhh.. tuhan je tau siksanya.. 40+km pendakian yg menguji mental dan fizikal.. dan akhirnya downhill 40+km yg penuh keterujaan sampai lupa daratan... kah3. Tabik Spring kepada semua peserta!!!

*Muka2 lupa daratan





Tiba saja di KKB kami pun mengisi perut di kedai mamak berhampiran... terima kasih kpd abg2 As-Sakinah kerana belanja makan...dan segala jasa kepada kami semua sepanjang sesi kayuhan.. As-Sakinah TERBAIK!!! sekalung penghargaan dr kami warga2 KayuhBeb. terima kasih kpd semua sahabat.




Sekian sahaja laporan tak seberapa dr saya JINGGO blogger simpanan KayuhBeb, maaf jika terdapat bahasa2 yg kurang enak dibaca.. kawan2 tak mau lawan. apa yg penting Kayuh, Kayuh, Kayuh!!! ...dan tak lupa kena update blog!! (aku la tu) cisssss!!! tq utk bro Kulat diatas info2 tambahan. KAYUHBEBBB..
SEKIAN WASSALAM

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang