Halaman

Khamis, 11 Mac 2010

Kayuhan 3 in 1 Alam Budiman

Assalamualaikum dan Salam MTB…

Ketidak hadiran blogger kayuhbeb@RULe menyebabkan aku@Kay2 diberi tugas untuk mengemaskini blog kayuhbeb. Sebenarnya aku malas nak mengarang cerita ini, tetapi demi kasih dan setianya aku pada kayuhbeb maka lahirlah catatan yang tidak seberapa ini. Penceritaan yang aku coretkan kali ini mungkin tidak menarik atau tertarik tetapi yang pentingnya trail yang dihidangkan oleh Bro Mubin n gang memang….best!

Jumlah keseluruhan rider pada hari itu adalah seramai 38 orang (kalau tak silap aku lah sebabnya cerita ini “siaran terlewat”) terdiri daripada pelbagai peringkat umur yang berani mencabar tophograpy Setia Alam.

Sebelum kayuhan dimulakan sedikit taklimat telah diberikan oleh tuan rumah pada hari itu dimana ianya disampaikan Bro Mubin. Bla…bla…bla…bukit altantuya….bla…bla…bla…bukit dato sri mubin….bla….bla…bukit cempedak….bla…..bla….makcik donat n lontong…bla…bla…panjat bukit sikit jer, downhill panjang. Hehehehehe……….!


Setiap apa juga yang kita lakukan didunia ini, janganlah kita lupa kepada yang Maha Pencipta. Bacaan doa memohon agar aktiviti MTB yang dilakukan pada hari itu mendapat perlindungan daripada Yang Esa telah dilakukan oleh Bro Ajib.

Tepat jam 8.30am maka bermulah kayuhan yang agak santai@kayuhan memanaskan kepala lutut mengikut jalan raya menuju ke bukit altantuya.

Perjalanan ke bukit altantuya di sulami dengan gelak ketawa daripada riders yang sememangnya amat teruja untuk kebukit yang pernah menggemparkan dengan cerita-ceritanya.

Disebabkan riders yang agak ramai berlaku sedikit kesesakan lalu lintas pada permulaan pendakian bukit altantuya.Walaubagaimanapun ianya dapat diatasi dengan adanya kemahiran mengendalikan basikal yang ada pada riders pada hari itu.

Setelah henjutan demi henjutan maka sampailah kami ke puncaknya dimana disini riders mengambil kesempatan untuk berehat seketika.

Setiap yang naik mesti ada yang turun, jadi sedikit kata-kata nasihat daripada Bro Mubin kepada riders agar berhati-hati semasa melayan downhill kerana katanya ada rider yang pernah tersungkur semasa melayan downhill ini. Jadi aku tidak berapa berani…(hehehe) dan oleh sebab itu adalah gambar-gambar riders yang melayan downhill ini dengan rakusnya.

Tiub bocor?Itulah yang telah dialami oleh seorang rider pada hari itu. Dengan semangat kerjasama pertolongan telah diberi tidak kiralah tolong tengok sekalipun.

Perjalanan downhill itu rupa-rupanya membawa kami ke jalan raya kembali. Sedikit teknikal downhill terpaksa dilalui untuk kejalan raya.Ada rider yang mengharungi dan ada rider yang santai-santai sahaja.


Destinasi bukit yang seterusnya harus ditempuhi oleh riders adalah bukit cempedak. Sebelum sampai ke bukit cempedak ini laluan yang tiada canopy terpaksa ditempuhi.Mujurlah pada hari itu,cuaca menyebelahi kami.

Maka sampailah kami ke bukit cempedak yang dikelilingi oleh pokok-pokok cempedak.Bukit ini biasa-biasa sahaja.Bak kata seorang rider,”bangla punya basikal pun boleh panjat ni”.

Tapi rupa-rupanya itu hanyalah gurauan kemesraan daripada pihak tuan rumah untuk menunjukkan bukit yang sebenarnya harus ditawan, bukit yang diberi nama bukit dato sri mubin kerana dengar ceritanya mengambil nama yang empunya diri penakluk bukit itu dengan sekali nafas.

Setelah segala kudrat peluh jantan dan peluh betina keluar, maka sampailah kami kepuncak yang diberi nama ‘eagle dropping’.Keadaan cuaca yang begitu nyaman dan dingin seolah-olah berada dipuncak genting.

Segala kekuatan telah dikumpul kembali apabila berada di ‘eagle dropping’ dan tibalah masanya untuk melayan downhill.Semua rider bersedia dengan jentera masing-masing dan pembaca blog ini boleh saksikan sendiri pada gambar-gambar yang disediakan

Perut sudah semakin keroncong meminta belas kasihan untuk diisi. Terbayang-bayang lambaian makcik lontong n donat memanggil riders agar segera menuju ke kedainya. Acara merempit telah dilakukan dalam perjalanan kesana kerana laluan yang dilalui adalah kebun sawit yang landai. Tepat jam 10.50am maka sampailah kami ke kedai makcik itu yang sememangnya telah bersedia dengan serbuan kali ini.

Tepat jam 11.30am segala pembayaran telah dibereskan dan perjalanan menuju ke tempat permulaan diteruskan kembali.Melalui jalan kampung dan ladang kelapa sawit. Disini sedikit keseronakan dan hilai tawa riders telah berlaku walaupun diatas kesengsaraan orang lain.Hehehehe….

Kusangkakan gelak sampai ke penamat, rupanya-rupa, fuhh…satu pendakian yang agak panjang terpaksa ditempuhi oleh riders. Mujurlah perut aku hanya diisi dengan seketul donat dan segelas Nescafe ais. Tiadalah berat sangat rasanya nak melayan pendakian itu. Riders yang lain tak tahulah aku…

Teknikal downhill terpaksa dilalui untuk menuju kejalan raya.yang akan membawa riders pulang ke tempat permulaan.

Alhamdulillah kayuhan telah berjaya ditamatkan pada jam 12.30pm. Terpancar kepuasan dan kegembiraan pada wajah riders yang berjaya mengharungi bentuk muka bumi Setia Alam. Terima kasih kepada Bro Mubin n Gang yang sudi melayan kami peminat-peminat MTB.Wassalam……



Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang