Halaman

Selasa, 16 Mac 2010

Frim Ride...Kayuhan Bersama Wartawan...



Kayuhan Frim sambil menghirup udara segar telah di sertai lebih kurang 35 rider dari KayuhBeb dan juga rakan-rakan kayuhan yang lain pada 14hb Mac 2010 bermula dari Hospital Kusta Sungai Buluh.

Kayuhan kali ini agak istimewa kerana telah disertai oleh beberapa wartawan media yang ingin menimba pengalaman sendiri berbasikal lasak selepas cerita KayuhBeb di Sri Iskandar keluar Akbar SINAR HARIAN dan juga rakan MTB yang lain.




Seperti biasa , selepas penerangan ringkas dan bacaan doa dilakukan, sessi bergambar beramai-ramai pun dilakukan berlatarbelakangkan bukit yang bakal di terjah.

Route yang di buat adalah seperti biasa iaitu Laluan Kedai Bunga, 2 Killer Hill,Bukit Steroid, Bukit Putus, Salem Hill, Kedai Mamak, Dream Trail , Rover Trek dan balik semula ke Sungai Buluh.

Laluan Kedai Bunga..balik leh la singgah beli utk Bini..confirm tiap-tiap minggu suruh kayuh sini


Bukit yang bakal di nodai...

Laluan masuk offroad..terus climb



Tempat rehat sebelum memerah tenaga mendaki Steroid Hill..juga tempat untuk membuat decision...nak naik ke taknak...


Dah naik..nyesal....tengok tv kat rumah lagi baik...

Tak habis lagi nih..nak kena sambung climb lagi...

Laluan Bukit Putus sebelum ke Helipad atau Salem Hill aka Saleh Hill


Pendakian ke Helipad aka Salem Hill..hanya yang gagah sahaja mampu mengayuh....

Sampai je di puncak..satu kemestian..bergambar....



Antara spot menarik dalam perjalanan ke kedai mamak...

Selesai acara melantak di Kedai Mamak..cabaran ke Dream Trail diteruskan

Antara halangan di Dream Trail..laluan mendaki celah batu besar

Silap langkah boleh jadi camnee la....Robin " Apa-apa hal selamatkan beskal aku dulu"

Antara yang menarik lak kt Dream Trail...layan technical downhill la...




Laluan balik ke Sg Buluh

Antara Spot menarik bukti sampai ke FRIM

Gambar ni la yang keluar SINAR

Kayuhan kali ini juga telah mendapat liputan SINAR HARIAN dengan terkeluarnya cerita pengalaman wartawan bersama KayuhBeb mengayuh basikal lasak di FRIM.....http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story6958485.asp

Bukannya tujuan nak glamor, tapi nak popularkan lagi sukan MTB ni supaya ramai yang tahu aktiviti lasak berbasikal ni, so bila jatuh beskal ..luka...jumpa doctor...taklah kena gelak ngan doktor sebab luka jatuh beskal.....Pengalaman yang dilalui lah....

Doctor : Macamana boleh luka ni Encik?
Rider : Jatuh basikal lah doctor.....
Doctor : (Sambil ketawa ala guling-guling) Laaa..dah besar baru nak belajar naik basikal ke?Lainkali berlatih la kat padang rumput..tak la luka...
Rider : @#$$^%#@@$!!

Terima Kasih diucapkan kepada rakan-rakan MTB yang turut sama menjayakan Kayuhan FRIM hingga keluar di SINAR HARIAN.

Terima kasih kepada Bro Jinggo sebagai orang yang bertanggungjawab memjemput wartawan..


Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang