KayuhBeb di RUN10
Penyertaan KayuhBeb kali ini sememangnya tiada dalam perancangan kayuhan kerana ianya agak jauh nun di utara tanah air. Tetapi itulah yang dikatakan ‘jodoh’, maka tetap juga diketemukan. Pendaftaran disaat-saat akhir telah berjaya diterima oleh pihak penganjur.
Tiga wakil KayuhBeb ‘yang biasa-biasa saja’ telah menyusuri lebuh raya utara selatan menuju ke destinasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, Perlis Indera Kayangan.
Lebih kurang jam 6.15pm sampailah ke destinasi yang ditujui. Setelah borang pendaftaran di isi kami hanya diberi plate riders tetapi nasib menyebelahi aku kerana ada lebihan sehelai jersey RUN 10.
Sedikit persiapan telah dilakukan keatas tunggangan masing-masing dengan harapan tidak memberikan masalah pada tuannya.
Disebabkan penyertaan kali ini hanya bertiga sahaja, maka gangguan dari ‘anasir-anasir luar’ berjaya dielakkan. Dapatlah kami tidur dengan senyenyak-nyenyaknya. Seawal jam 6.00am riders KayuhBeb telah membuat persiapan untuk kayuhan RUN 10.
Sampai sahaja kami ditempat permulaan, sudah kelihatan ratusan riders berada disitu. Kami telah mengambil tempat pemulaan dikelilingi oleh riders dari UiTM Arau. Sedikit sesi berkenalan telah dilakukan oleh Achong sementara menunggu flag Off.
Tepat jam 7.30am riders RUN 10 telah dilepaskan oleh Raja Muda Perlis. Laluan jalan raya telah ditempuhi pada permulaannya. Disini riders telah memecut untuk memisahkan diri dari kelompok yang ramai.
Pada permulaan off road tidaklah begitu sukar untuk ditempuhi kerana laluannya yang lebar memudahkan riders memotong diantara satu sama lain. Bagaimanapun ada juga riders yang mengalami kemalangan.
Off road yang kedua adalah memasuki laluan ladang getah dimana disini berlaku sedikit kesesakan. Bagaimanapun ianya hanya sementara sahaja kerana selepas itu trail kembali lebar.
Laluan menuju ke CP 1(km 13) adalah Felda Chuping yang telah dihidangkan oleh pihak penganjur untuk riders RUN 10. Kelihatan sayup-sayup riders membuat sedikit pendakian di Felda Chuping ini dimana kelihatan riders yang telah biasa menyertai setiap kali jamboree diadakan.
Perjalanan menuju ke CP 2 adalah sejauh 10km dari CP 1 dengan melaluli trail yang landai dan pendakian yang agak mengeraskan otot-otot kaki dimana disini aku sudah dapat merasakan akan mengalami kekejangan otot.
Setelah berjaya mendapatkan sticker di CP 2, maka destinasi yang seterusnya harus ditujui iaitu CP 3. Sejauh 7km lagi terpaksa ditempuhi untuk sampai ke CP 3. Keseronokan melayani downhill dilalui dalam perjalanan ke CP 3.
Beberapa kemalangan kecil telah dialami oleh riders,namun dengan semangat tolong menolong telah dihulurkan sebelum ketibaan medic dari penganjur.
Sejauh 15km terpaksa ditempuhi oleh riders untuk menuju keCP 4. Satu kayuhan yang agak panjang terpaksa ditempuhi untuk mendapatkan sticker CP 4. Disini riders telah diuji secara mental dan juga fitness. Kekejangan otot telah menyerang aku. Mujurlah Achong telah memberi bantuan yang sewajarnya. Terima kasih Achong……
Makanan tengahari telah disediakan oleh pihak penganjur dan juga cabutan bertuah. Achong tergolong dalam kategori mereka-mereka yang bertuah pada hari itu.
Perjalanan pulang kami pada petang itu telah diwarnai oleh pelangi petang…….Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan