Kayuh Raya Tambah Lemak di FRIM
Kali ni BRo Ajib turun dengan jentera baru nya...Specialize EPIC MARATHON.. bersiap sedia mengetes trek FRIM....
Lebih kurang 15 rider yang hadir semuanya berniat nak balik awal dengan alasan nak beraya la konon......kesempatan berkumpul ni juga di ambil dengan bermaaf-maafan sesama rakan-rakan dengan harapan dosa yg dibuat akan datang dengan rakan-rakan tak betambah banyak......selepas aje, bermaaf2x, acara kutuk-mengutuk pun bermula kembali......
Kayuhan bermula lebih kurang 8:30am dari KUSTA Sungai Buluh...kali ini Bro Kulat mempelawa melayan trail Bukit Lagong (Selangor MTB Challenge) sebelum masuk FRIM dengan harapan dapat menjumpa kembali visor fox nya yg tercicir semasa race hari tu...
Untuk sampai ke puncak, beberapa siri tolakan basikal diperlukan merentas denai-denai dengan harapan banyak lemak raa dapat dipecahkan...difahamkan juga trail ni digunakan utk race Downhill..depa turun..kami tolak naik....
Bagaimanapun tolakan yang dibuat terubat apabila dihadiahkan Downhill di Bukit Cina....ala-ala dragon back juga la
Kayuhan ke FRIM terus dilakukan dengan melalui Bukit Putus terus ke Helipad
Sampai sahaja di Helipad...sambutan hari raya pun dilakukan dengan Angah mengeluarkan Lemang dan rendang ayam hutan....perut lapar apapun sodappppp
Disebabkan perut dah kenyang...lepas downhill kami melalui trail taman botanik untuk bergambar raya....
Disana kami telah bertemu dengan Bro Ken dan sempat juga la berbincang untuk Inter Club Suke-suke Race nye projek....
Dalam perjalanan balik lagi sekali sessi bergambar di tempat wajib tak ditinggalkan....
Total jarak kayuhan adalah 28km dengan melalui trail Bukit Lagong--> Bukit Cina --> Steroid Hill --> Bukit Putus --> Helipad --> Taman Botanik --> Rover Trak --> balik semula ke Sungai Buluh....
Puas dan terubat rindu unutk kayuh Offroad..TQ kengkawan......