Halaman

Selasa, 26 April 2011

Jambufree Kemandul -- Super Santai Ride


Asyik layan Jamboree je, kali ni nak kayuh santai la pulak, so "Jambufree Kemandul Part 2 Super Santai Edition" pun dianjurkan hasil idea Bro Yuih yang terlebih santai masa Jamboree Batangkali...

Bukit Kemandul dan KayuhBeb memang sinonim, nak kayuh santai, lepak-lepak , makan jambu, tak lain tak bukan Bukit kemandull, dah takde tempat lain dah, jambu bukit kemandul memang terbaek dari ladang, ditambah pula dengan colek kak Liza, perghhhh terliurrrr

Hasil promosi dari Bro Amin, Man Sawit, Bro Yuih, Cif Khaled dan Geng Jenjarum dan tak lupa juga tag line "Begineer Are Welcome" kayuhan kali ternyata mendapat sambutan seramai 80orang....ada yang bawa bini, ada yang bawa anak,
yang 1st time kayuh juga memberanikan diri mencuba


Yang power pulak mula kayuh dari Seksyen 4 Shah Alam, fuhh memang power

Takat bukit kemandul ni busut je banyak tu yang sesuai untuk train rider-rider begineer, takpun santai ride, sambil ride sambil borak-borak, tak penat la katakan

Penat borak ,berenti lak ambik gambar

Penat ambil gambar, sambung kayuh balik


Penat kayuh, berenti la makan pulak


Yang penting semua happy...muka senyum je sumerr



Terima kasih pada Chef Rashi, Bro Yuih, dan Sis Ima atas sumbangan gambar-gambar menarik anda

Isnin, 18 April 2011

Jamboree Satu Batangkali...ermmmmmmm




Jamboree Bartangkali.....17 April 2011..telah menjadi hari bersejarah bagi rider-rider Kayuhbeb kerana berjaya menamatkan Jamboree dalam masa satu jam. Satu-satunya rekod terpantas yang telah dibuat. Biasa 4 atau 5 jam baru tamat, tapi kali ni sejammmm...fuhh......cam ne leh jadi camni? Adakah kerana rider kayuhbeb sudah POWERRRR.....
Oh! tidak...hantu mak limah pun tak mungkin percaya...apatah lagi Hantu Kopek......cer cite!cer cite!

Semuanya adalah kesilapan teknikal yang tak sengaja yang mana rider telah tersalah arah dari starting terus CP3 dan tamat.....

Sayang, preparation untuk Jamboree semua telah dilakukan dengan terbaik....makan sedap..ada sarapan sandwish, roti canai,karipap, makan tengahari ada nasi ayam, mee kari, cendol, siap ada servis basuh beskal lagi, lucky draw pun banyak, trail pun dengar cerite cantek...tapi sayang tersalah arah dan dibatalkan....

Apa-apa pun tabik juga la pada organiser yang dengan berani dan bertanggungjawab telah meminta maaf secara terbuka, dan sanggup memulangkan kembali duit yuran kepada rider-rider....

Kayubeb tetap enjoy...








Selasa, 5 April 2011

Kayuh Mano Jang...Perpatih Jamboree Jo

Kali ni seramai 27 orang KayuhBeb memberanikan diri mendaftar Jamboree Perpatih pada 3hb April 2011.
Di sobabkan dokek, eden dan kawan-kawan konvoi yo dari Shah Alam ni ha..buek habis boreh yo tido kek sinun...
Seawal 5 pagi kami bergerak dari Shah Alam dan singgah di RnR Seremban utk solat Subuh dan sarapan juga berkumpul menuggu rakan-rakan yang lain. dari sini kami konvoi 6 biji kereta ke Taman Bandar Senawang...


Setelah Briefing diberi , kami dilepaskan jam 8:30am

Seperti biasa dijalanraya, ada yang merempit dengan harapan naik podium, dan ada juga yang santai cam kami sebab dah tahu tak leh menang punya...ha!3x

Laluan Offroad pertama dihidangkan dengan busut-busut

Trail perpatih jamboree ni memang syok, turun naik bukit jangan cite la, memang banyak, single trail pun layan, downhill panjang, river crossing, uphill tolak..pendek kata semua adalah.




Check point pun memang sumer best-best bagi layanan terbaekk dari ladang..terutama check point 3 (puji lebih-lebih sebab bro yang jaga check point tu suruh puji dalam blog) walaupun yang jaga tu semuanya teruna-teruna...ha!3x..

Kayuhbeb seperti biasa, bila penat kami lepak tanpa malu..siap ajak kengkawan lagi suruh lepak

Akhir sekali kami dihidangkan dengan pendakian bukit pencawang, macam biasa kami mendaki...macam biasa tu camni la..




Jamboree kali ni ramai juga wakil-wakil KayuhBeb dapat placing cantek-cantek.....Mie no8, Awe no11, Man Sawit 15,Juki 28, Izam 29, Kay46, CikDa women no3,

perpatih jamboree update. Mie no8, awe no11,man sawit no15,juki 28,izam 29kay 46.cikda women no3

Yang lain-lain tu menjalankan tugas KayuhBeb seperti biasa..kayuh santai dan menang bergambar

Disebabkan badan yang berbau, maka kami pun pergilah ke ulu Bendul untuk bersiram


Habis bersiram, lapar la pulak, pekena la Sate Kajang Hj Samuri...


Terima kasih diucapkan kepada Organizer Perpatih Jamboree kerana menyediakan Trail yang terbaek dan juga servis terbaekkkk.... Tahniah.

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang