Kayuh:Santai:Enjoy Kayuh Beb Cycling Club is the mountain bike club that organise enjoy ride. No fitness required, What we need is enjoy only.
Khamis, 6 Disember 2012
KayuhBeb berlasak lagi di Kayuh Lasak X Rated 2012
Salam pada semua pembaca blog KayuhBeb dan juga rider-rider MTB dan juga Rodie....
Agak lama juga tidak update blog kerana kurang berjambori, jadi cerite pun jadi kurang.
Dan setelah agak lama berehat dari menyertai Jambori, maka pada 2hb December 2012, KayuhBeb seramai 42 Rider telah memberanikan diri untuk menderitakan diri sekali lagi dengan berlasak di Penang Kayuh Lasak X Rated 2012.
Bunyi agak ganazz tapi dalam hati kami tetap ada taman......
Kayuh Lasak tak akan sempurna tanpa aktiviti Makan Lasak, maka kedai -kedai makan seperti Nasi Ganja Ipoh, Nasi Kandar Beratur, Nasi Kandar Kassim Mustafa, Line Clear dan Briani Peha Kambeng adalah menu Makan Lasak kami.
Untuk Jambori kali ini KayuhBeb telah membuat strategy dengan menghantar 4group mengikut kemampuan dan fitness masing masing,
Group KayuhBeb Tegar yang didahului Bro Azuree (dapat ranking no 62) dan rakan rakan tegar lain akan cuba mendapat ranking seberapa baik yang boleh.
Group KayuhBeb Power yang diketuai oleh Bro Din Cop, akan cuba sedaya upaya menhabiskan kayuhan dengan full sticker...
Group KayuhBeb Santai hehehe.....akan sedaya upaya kayuh selow selow dan mempengaruhi rider-rider lain untuk sama sama melepak dan bersantai.
Seawal pagi 6:30am rider rider sudah berkumpul di Start Point dengan harapan kumpul awal dapat keluar awal...tetapi harapan hanya tinggal harapan aje..
(Antara Gadis KayuhBeb yang lasakkk)
Pendakaian Bukit Bendera sejauh 5km adalah hadiah pertama yang kami dapat....fuhh...we really enjoy the suffering ride...
Tamat pendakian kami dihidangkan dengan downhill Tiger Hill yang agak mengiurkan sebelum di "hadiahkan " semula climbing single trail.
Disebabkan Blogger termasuk dalam Group KayuhBeb Santai, maka tak banyak kisah trail yang dapat diceritakan, tapi apa yang penting semua Rider ENJOY dengan penyiksaan Kayuh Lasak....terseksa ke?
Kayuh Lasak!....kami tak serik, malah enjoy dengan setiap trail yang dihidangkan...tahun depan kami datang lagi....
Langgan:
Catatan (Atom)