Halaman

Rabu, 27 Oktober 2010

Persediaan dan Perancangan ke Jamaboree Kuale



Woke, ni antara perancangan dan persediaan untuk ke Jamboree Kuale....


SAbtu 3ohb Oct 2010, lebih kurang kul 2 kumpul rumah aku, kalau taknak tunggu je kt Petronas/Shell Kesas dalam kul 3 kita gerak...la ni yg confirm nk convoi Unser Krul, Exora Onone, Angah n Along Brother, stream Amin...sesape yg tak arrange transport lagi tu tolong cari sendiri.....Van Bro Wahid tak silap ada 3 lagi kosong utk rider dan beskal, Satria yuih ada 2 kosong utk rider dan beskal.....

Doakan kami semua selamat perjalanan...AMINNNN

On d way ke Kuala, kita singgah kt Ipoh, pekena nasi ganja...sape tau jalan tolong tunjukkan..

Sambung perjalanan.....

Sampai je kat sana (Kuale) malam kita pekena Sup Torey, pastu tido...tu pun kalau tak de gergasi yg kacau, tak pun Makyah buat show....

Sok pagi kayuh, on d way kayuh kita singgah makan cendol..harap jumpa lah,

Selesai kayuh kita balik homestay, basuh beskal..rehat-rehat sikit...pastu gerak balik ke Selangor.....

On d way kite singgah kat Ipoh.....takkan nak makan nasi ganja lagi kut....oh tidak....kita makan Nasi Goreng Ikan rebus.....

Teruskan perjalanan... kerumah tido....sok keja....sebab aku tak dapat cuti...chet!

Perancangan yg di buat diatas tak ada kena mengena dengan stamina anda untuk Kayuh di Jamboree Kuale...apa yg penting kita enjoyyyyy!

Sesape yg gerak lewat leh pergi terus ke Homestay ShaSha...... http://sashahomestay.blogspot.com/p/rooms-facilities.html

Memandangkan kita ramai, masing-masing digallakkan membawa bantal dan alas tido....kalau semua bawa lagi bagus , so aku takyah bawa....

HAPPy CRANKING!!!!

Jumaat, 22 Oktober 2010

KayuhBeb ber Le Tue di Frazer Hill


KayuhBeb ber Le Tue di Frazer Hill

Disebabkan permintaan yg hangat untuk mengayuh di Frazer Hill setelah kayuhan pertama suatu masa dahulu,maka akhirnya pada 17hb Oct 2010, Le Tue di Frazer Hill berjaya dilaksanakan dengan dihadiri Geng KayuhBeb, Ten90, SCT, Assakinah. Kuala Selangor dan lain-lain

Seperti biasa support dan sokongan yg luar biasa diberikan oleh Geng As Sakinah dengan membekalkan sweeper.

Bro Amad yang baru lepas operate pun turut serta melepaskan gian...mana tahan rehat lama-lama.



Seperti biasa ada yg sampai ke atas ada yg hanya takat bawah aje...tapi itu pun dah kira baik dari duk rumah melipat kain...he!3x....nasib la sape kena....

Kayuhan kali ni juga di sponsor oleh Bro Kulat dengan sokongan padu isteri dan keluarganya bangun seawal pagi memasak nasi lemak dan lauknya bagi menjamu rider-rider yg hadir...kalau tiap-tiap ride buat cam ni pun bagus gak...tq kak.



Setelah puas melantak dan bergambar, kayuhan balik berdesup melayan downhill dilakukan oleh tiap-tiap rider....tapi masih tak dapat lawan Top Speed Mamat Sabah Superbow...82km sejam.

Tammat.......awal sebab blogger tak gi kayuh...cerite kat atas tu kira agak-agak je...

Sabtu, 2 Oktober 2010

Kayuhan Raya Bukit Kemandul...Ketupat Palas ride the second

Kayuhan Raya Bukit Kemandul...Ketupat Palas ride the second

Pada 19hb Sept 2010, seminggu selepas Raya Aidil Fitri dan atas permintaan B
ro Jinggo, satu kayuhan raya diadakan di Bukit Kemandul...sambutan yg menggalakan ditunjukkan oleh rider yg hadir seramai 30 orang lebih.....


Mengikut perancangan awal, kayuhan ala-ala santai dilakukan dan terus beraya di rumah Rule..tapi memandangkan ramai yg hadir dan takut tak sempat buat preparation, kayuhan yg agak makan masa pun di buat atas konspirasi terancang....dengan membawa rider-rider makan jambu dulu..kasi perut kenyang-kenyang.....


Tetapi strategy kureng menjadi sebab rider-rider semuanya dah lama tak kayuh dan cepat menjadi lapar......apa lagi sapu bersih la semua makanan yg dihidangkan apabila sampai di rumah RULe....











Terima kasih diucapkan kepada rider-rider yg sudi hadir bagi memeriahkan suasana...


Sabtu, 18 September 2010

Kayuh Raya Tambah Lemak di FRIM

Kayuh Raya Tambah Lemak di FRIM

7 Syawal 1431 Hijrah, kerinduan untuk melayan offroad akhir nya terubat setelah rakan-rakan dengan selamber nya mengajak Kayuh di FRIM...pada 7 Syawal bersamaan 16 Sept bersamaan hari Malaysia.

Kali ni BRo Ajib turun dengan jentera baru nya...Specialize EPIC MARATHON.. bersiap sedia mengetes trek FRIM....

Lebih kurang 15 rider yang hadir semuanya berniat nak balik awal dengan alasan nak beraya la konon......kesempatan berkumpul ni juga di ambil dengan bermaaf-maafan sesama rakan-rakan dengan harapan dosa yg dibuat akan datang dengan rakan-rakan tak betambah banyak......selepas aje, bermaaf2x, acara kutuk-mengutuk pun bermula kembali......

Kayuhan bermula lebih kurang 8:30am dari KUSTA Sungai Buluh...kali ini Bro Kulat mempelawa melayan trail Bukit Lagong (Selangor MTB Challenge) sebelum masuk FRIM dengan harapan dapat menjumpa kembali visor fox nya yg tercicir semasa race hari tu...




Untuk sampai ke puncak, beberapa siri tolakan basikal diperlukan merentas denai-denai dengan harapan banyak lemak raa dapat dipecahkan...difahamkan juga trail ni digunakan utk race Downhill..depa turun..kami tolak naik....




Bagaimanapun tolakan yang dibuat terubat apabila dihadiahkan Downhill di Bukit Cina....ala-ala dragon back juga la

Kayuhan ke FRIM terus dilakukan dengan melalui Bukit Putus terus ke Helipad







Sampai sahaja di Helipad...sambutan hari raya pun dilakukan dengan Angah mengeluarkan Lemang dan rendang ayam hutan....perut lapar apapun sodappppp





Disebabkan perut dah kenyang...lepas downhill kami melalui trail taman botanik untuk bergambar raya....




Disana kami telah bertemu dengan Bro Ken dan sempat juga la berbincang untuk Inter Club Suke-suke Race nye projek....

Dalam perjalanan balik lagi sekali sessi bergambar di tempat wajib tak ditinggalkan....

Total jarak kayuhan adalah 28km dengan melalui trail Bukit Lagong--> Bukit Cina --> Steroid Hill --> Bukit Putus --> Helipad --> Taman Botanik --> Rover Trak --> balik semula ke Sungai Buluh....

Puas dan terubat rindu unutk kayuh Offroad..TQ kengkawan......














Jumaat, 27 Ogos 2010

Panduan / Kategori / Level FITNESS dan MTB SKILL


Kayuhbeb boleh dikatakan antara Kelab yang aktif organize Weekend ride.

Dan kebanyakan ride yang dibuat adalah SANTAI dan lebih kepada Communication Ride, yang mana rider-rider boleh mendapat kenalan baru dan berborak dengan mesra walaupun pertama kali berjumpa……kenapa?......sebabnya masing-masing mempunyai minat yang sama……………MTBiking la……………..

Kerapkali juga apabila Ride Announcement dibuat, kami akan meletakkan tanda seperti……

“BEGINNER Are Encourage to Join” untuk ride yang lebih kepada SANTAI………dan trail

“BEGINNER Are NOT Encourage to Join” untuk ride yang lebih cenderung kepada Fitness Ride ataupun KayuhBeb tak biasa dengan trail yang akan dilalui.

BEGINNER?

Rider yang macamana boleh di kategorikan sebagai BEGINNER?

Atau pun bukan BEGINNER?

Adakah Baru beli basikal masuk dalam kategori ini?

Ya ……kalau sebelum ini rider tidak aktif dalam sebarang sukan

………..NO FITNESS and NO Skill

Bukan……..kalau rider adalah seorang yg aktif dalam sukan

……….Have FITNESS but Not Skill

Adakah sudah 3 bulan kayuh road sejauh jarak 20km, sekali kayuh selama 2 atau 3 jam boleh dikategorikan sebagai BEGINNER? Entah la

………..Have Fitness but No Skill?????

Terlalu subjektif dan tiada guideline yang standard boleh diikut

…………..peduli apa…janji Kayuh

Browse punya browse…jumpa lah satu artikel dan rasanya boleh digunakan sebagai panduan…


Fitness for all holidays

We use levels 1 to 4:

1 Basic fitness from exercise once or twice per week. Can ride on flat or gently rolling terrain at a steady pace. Usually have the stamina to spend 2-4 hours out on a ride.

2 Moderate fitness from two or three sessions of exercise each week. Can ride hilly terrain at a steady pace, or more demanding terrain but only for shorter rides.

3 Good fitness from regular exercise sessions and time spent actively involved in cycling. Can ride full days in any terrain at a steady pace.

4 Excellent fitness from regular training and a significant amount of time spent riding or racing. Can ride in any terrain at a demanding pace.


Skills for MTB courses and holidays

We use levels A-D:

A No experience of mountain biking or limited experience, mainly on gravel tracks or smooth trails, but can already cycle.

B Can ride with confidence on gravel tracks and trails, over loose stones and some rough ground. May have some experience of man-made singletrack trails and feel happy on blue and red routes (in the UK).

C Can ride over most normal terrain including steep, rough, narrow tracks with tree roots and other small obstacles forming part of the normal ride. Confident on all man-made singletrack trails and will be able to ride most small drops/step-downs or other technical trail features.

D Can ride over any terrain including very rocky, severe descents, 2+ foot high drop-offs and other more challenging trail features.

Kayuhbeb levelkan BEGINNER sebagai……FITNESS = 1, SKILL = A

…….Jadi jangan lah segan-segan kayuh ngan kami…………………

Bukit Kemandul adalah antara TRAIL yang sesuai untuk BEGINNER berlatih kayuh OFFROAD.....

Kepada sesiapa yang berminat boleh la contact RULe 012-2902002 selepas Raya untuk ride bersama-sama.

Panduan diatas dipetik dari......http://www.cycleactive.co.uk/ability.html

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang