Halaman

Jumaat, 24 April 2009

Steroid Hill FRIM - Tutup 25th Apr 09

Steroid Hill FRIM - Tutup


PEMINAT BASIKAL BUKIT SILA AMBIL PERHATIAN.(Announcement dari FRIM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Satu Program menanam pokok akan diadakan, pada hari sabtu 25 April 2009
Bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari iaitu Field 48 Bukit hari. Bagi mengelak sebarang kejadian berlaku laluan tersebut akan ditutup buat sementara waktu iaitu dari jam 7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.
 Kerjasama dari tuan-tuan semua sangat diharapkan.
 
sekian terima kasih
 
zak
HL

Isnin, 6 April 2009

Kayuhbeb di Bandar Tasik Puteri – KLMBH Hash

Kayuhbeb di Bandar Tasik Puteri – KLMBH Hash

Date: 5/04/09
Time:9:30am
Meeting Point: BTP
Distance : 25km
More Photo : http://kayuhbeb.multiply.com/
Seramai 6 orang geng Kayuhbeb telah menyertai hash di Bandar Tasik Puteri pada 5 hb April 2009. Antara rider yang berani itu ialah Wak Lias, Din cycle, Kay Kay, Acong,Zul Bdr Putera, Azrul.

Kami semua sampai di BTP lebih kurang pukul 8:50am, setelah selesai menyiapkan beskal masing-masing terus register di Kaunter KLMBH dengan membayar RM 10, disitu juga kami telah bertemu dengan kengkawan yang lain Bro Khairol dari FRIM dan Bro Nazri dari Pantai.

“Alang-alang datang dari jauh, takkan ambil shot ride kut” antara ayat-ayat racun dari Bro Kay kay supaya rider-rider kayuhbeb mengambil Long Ride sejauh 25km.
Takut menjadi bahan kutukan sekian hari, semua bersetuju ikut Long, walaupun dalam hati keberatan – Siapa tuuuuuuu????

Kayuhan di BTP boleh dikatakan mencabar juga tapi seronok sebab kebanyakkan bukit boleh didaki. Long ride berjaya dihabiskan sejauh 20km dan tamat lebih kurang pukul 12 tengahari.

Selesai memulangkan kad registration, apalagi rider kayuhbeb pun melepak la kat kedai minum pekena Jus Gelas Besar bersama rakan-rakan MTB lain.

Kayuhan Mesra Kemandul - For Beginner

Kayuhan Mesra Kemandul
(Layan Pendatang Baru MTB)
Date: 4/4/09
Time:8:30am
Tempat Kumpul : Sek Rendah Bukit Kemandul
Jarak : 18km
More Photo : http://kayuhbeb.multiply.com/
Tepat jam 8:30 pagi, pendatang-pendatang baru MTB seramai 5 orang telah berkumpul untuk merasmikan beskal masing-masing di trek Bukit Kemandul juga ditemani oleh Otai-otai Kayuhbeb seramai 10 orang dengan semangat membara ingin membimbing mereka.( pendatang-pendatang baru MTB)

Antara pendatang-pendatang baru MTB yang berani menghadirkan diri ialah;
1. Bro Nordin – ” Dah pernah kayuh offroad sejauh 30km dan pengalaman menolak beskal ketika mendaki bukit
2. Bro Nasir – ” Dah pernah kayuh sekali kat Templer park dan beli beskal pun rahsia”
3. Bro Azman – ” Tak pernah kayuh langsung, beli beskal untuk anak , tapi pastu sayang, sendiri pakai,
4. Bro Khairul – ” Dah dua tiga kali kayuh, tapi nak declare beginner gak. Asal beli beskal untuk anak, akhirnya sendiri pakai.
5. Sis Ku Ezi – ” Berpengalam mendaki Gunung Ledang dan ingin menceburi MTB pulak” – Beskal helmet semua takde – pinjam.

Sebelum kayuhan bermula briefing cara-cara menggunakan gear dengan betuk telah diberi oleh Bro Azrul, dan dibantu oleh otai-otai kayuhbeb yang lain.

Seperti biasa, kemestian sessi bergambar diadakan sebagai kenang-kenangan.

Kayuhan kemandul pun dimulakan pada pukul 9 pagi dengan diketuai oleh Kapten Man Sawit dengan melalui laluan-laluan yang sesuai untuk beginner. Beberapa bukit dan laluan mencabar telah dielakkan dan beberapa hentian rehat juga telah buat dengan tujuan tidak mahu mematikan semangat beginner.

Beginner juga talah dibawa ke Kebun Jambu – tempat wajib, dan telah dihidangkan dengan jambu-jambu sebagai umpan betapa seronoknya aktiviti mountain bike.

Alhamdulilah, laluan sejauh 18 km telah berjaya ditamatkan pada pukul 12:30am tanpa ada sebarang insiden tidak diingini berlaku walaupun beberapa beginner complaint sakit pungkuk.-Biasala la tu.

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang