Kayuhan Mesra Kemandul
(Layan Pendatang Baru MTB)
Date: 4/4/09
Time:8:30am
Tempat Kumpul : Sek Rendah Bukit Kemandul
Jarak : 18km
More Photo : http://kayuhbeb.multiply.com/
Tepat jam 8:30 pagi, pendatang-pendatang baru MTB seramai 5 orang telah berkumpul untuk merasmikan beskal masing-masing di trek Bukit Kemandul juga ditemani oleh Otai-otai Kayuhbeb seramai 10 orang dengan semangat membara ingin membimbing mereka.( pendatang-pendatang baru MTB)
Antara pendatang-pendatang baru MTB yang berani menghadirkan diri ialah;
1. Bro Nordin – ” Dah pernah kayuh offroad sejauh 30km dan pengalaman menolak beskal ketika mendaki bukit
2. Bro Nasir – ” Dah pernah kayuh sekali kat Templer park dan beli beskal pun rahsia”
3. Bro Azman – ” Tak pernah kayuh langsung, beli beskal untuk anak , tapi pastu sayang, sendiri pakai,
4. Bro Khairul – ” Dah dua tiga kali kayuh, tapi nak declare beginner gak. Asal beli beskal untuk anak, akhirnya sendiri pakai.
5. Sis Ku Ezi – ” Berpengalam mendaki Gunung Ledang dan ingin menceburi MTB pulak” – Beskal helmet semua takde – pinjam.
Sebelum kayuhan bermula briefing cara-cara menggunakan gear dengan betuk telah diberi oleh Bro Azrul, dan dibantu oleh otai-otai kayuhbeb yang lain.
Seperti biasa, kemestian sessi bergambar diadakan sebagai kenang-kenangan.
Kayuhan kemandul pun dimulakan pada pukul 9 pagi dengan diketuai oleh Kapten Man Sawit dengan melalui laluan-laluan yang sesuai untuk beginner. Beberapa bukit dan laluan mencabar telah dielakkan dan beberapa hentian rehat juga telah buat dengan tujuan tidak mahu mematikan semangat beginner.
Beginner juga talah dibawa ke Kebun Jambu – tempat wajib, dan telah dihidangkan dengan jambu-jambu sebagai umpan betapa seronoknya aktiviti mountain bike.
Alhamdulilah, laluan sejauh 18 km telah berjaya ditamatkan pada pukul 12:30am tanpa ada sebarang insiden tidak diingini berlaku walaupun beberapa beginner complaint sakit pungkuk.-Biasala la tu.
Kayuh:Santai:Enjoy Kayuh Beb Cycling Club is the mountain bike club that organise enjoy ride. No fitness required, What we need is enjoy only.
Isnin, 6 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan