Akhirnya projek JambuFree (Jamboree) Bukit Kemandul sempena kayuhan penutup 2010...hasil idea dari Bro Kulat, Bro Jinggo dan rakan-rakan KayuhBeb lain terlaksana dengan jayanya dengan kehadiran seramai 82 rider sekitar Lembah Klang.
Promosi Fun Ride "N" Santai ternyata lebih digemari oleh rider-rider yang nak rilex-relax je hujung tahun ni. Ada yang bawa wife dan juga anak-anak sebagai modal unutk mendapat lesen kayuhan santai ini..
Otai-otai kayuhbeb pun tak mahu ketinggalan untuk kayuhan penutup 2010 dengan semangat berkobar-kobar memberi sokongan dengan menhadirkan diri
Seawal 7:30am telah kelihatan ramai rider-rider yang tak sabar-sabar nak makan jambu free yang diwar-warkan. Ada juga yang sedang membancuh cecah kicap unutk dibawa dan ada juga yang sedang membungkus asam jambu untuk di share kan dengan kengkawan...(cerite tipu je tu, tapi bancuh cecah kicap dari rumah memang ada....best!)
Setelah briefing diberi dan sessi bergambar selesai, kayuhan dikepalai oleh Bro Man Sawit yang mengetahui dan pakar dengan selok belok trail Bukit Kemandul...."GPS aku dalam kepala je..he!he!he!" kata Man Sawit bila diminta mengetuai batalion ke Ladang Teh Sri Cheeding.
Bukit kemandul memang terkenal dengan view yang menarik...macam-macam ada..ada tasik,ada lembu, ada ladang belimbing, betik,jambu,pisang, kelapa sawit, dan juga ladang teh...pilih je mana nak lalu.
Kalau kayuh dengan kayubeb, berehat jangan cakap la...memang banyak..kami suka santai je....
Nak basuh beskal pun boleh...takde hal..semua ada.
Nasib baik hari tu tak hujan sebab Tokey Kedai Dince..Bro Din yang pakar main poker dan selalu kalah juga turut turun kayuh
Setelah puas kami berpusing-pusing kayuh dibawa oleh ManSawit yang dibantu oleh GPS dalam kepalanya..akhirnya kami sampai juga di Jalan Bucho.....jalan bucho!..jalan apa nih?
Korang tak tau ke jalan ni? Jalan ni memang terkenal dan semua orang kenal jalan ni...tapi kalau korang tak tau juga memang korang ni tak campur orang la...Inilah Jalan Bucho yang terkenal tu.
Jalan Bucho adalah pintu masuk ke Ladang Teh Sri Cheding....cakap je Jalan Bucho semua orang tahu
Pabila melalui je ladang teh ni susana terasa macam Kamren Helen la pulak...oh damai..ah dingin...ah relax nye....
Tiba-tiba...kami dihalang masuk oleh Pak Guard untuk ke Ladang Teh....
"Tolong la jangan kasi susah sama saya, ini tahun saya masuk dapat bonus lebih, kena keja betul-betul"
Tapi tak pa...tak dapat main depan..kami main belakang
Akhirnya berjaya juga kami menyelinap masuk dan bergambar dengan pokok teh..
aksi-aksi dibawah adalah sebagai training unutk bergambar di Cameron nanti
Selain kayuh, berehat dan bergambar...kayuhbeb juga suka main lompat-lompat sebagai salah satu cara menguatkan betis untuk jadi lagi power
Pastu lepak lagi
Setelah puas bermain-main di ladang teh, kami pun bergerak untuk makan jambu..takut nanti cecah kicap yang kak zai bawa basi la pulak
Sampai je di ladang jambu..apalagi aktiviti pun dijalankan seperti biasa
Dah kenyang kami pun balik...begitulah kisahnya JambuFree Kemandul..
Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang turut serta menjayakan JambuFree Kemandul
Dan jangan lupa 1hb January kami akan melakukan Kayuhan Amal ke Pantai Morib