Bernam Jaya Jamboree 10(BJJ10) Superb!
Tahniah dan syabas buat Bro Iswardy dan rakan dari Kelab MTB PKNS kerana telah berjaya menganjurkan dengan baik dan yang penting kebajikan Rider-rider dijaga baik dan dibelai mesra.
Dari Highway sebelum melintas Jambatan Bernam Jaya, sudah kelihatan Banner BJJ10, terbentang besar, kelihatan khemah-khemah yang banyak didirikan...wow! best...semua pengguna highway tahu ada Jambore MTB....
"Hebat....macam iklan jual rumah. Mesti ada satay parti nih" kata rakan-rakan.
Kali ni semua geng KayuhBeb bergerak dari rumah masing-masing seawal pagi jam 5 terus ke Bernam Jaya. Semua sampai awal....termasuklah Man Sawit....sungguh memeranjatkan....tahniah pada Wak Sam kerana telah berjaya menghijrahkan Man Sawit.
Selesai menyiapkan beskal masing-masing, terus menuju ke khemah, tersedia sarapan pagi....mula-mula ingat tak nak makan tapi.................MeeHoon Goreng, Sandwish, pisang, air soya ada, milo ada............ah! takpe la sarapan sikit je.....
8:30am rider-rider dilepaskan selepas briefing dari Bro Iswardy selaku president Kelab MTB PKNS, starting dihidangkan dengan downhill tarmac...fuh tak yah kayuh....
Masuk offroad selang beberapa km, kami dihidangkan dengan climbing bukit Pisang...nampak tinggi tapi ramai juga la rider yang berjaya lepas ngan sekali henjut.....ala-ala steroid hill je nih....pemandangan dari BUkit ni memang cantik...........
Overall Trail yang dihidangkan memang best, downhill, uphill semua best...nanti KayuhBeb nak repeat lagi kat sini...bila...tak tau lagi
Digarisan penamat, semua rider diberi Medal ....betul-betul metal....bukan plastik....memang best...
Makanan tengahari pun best, ada Nasi Tomato, Nasi Ayam, Rojak, cendol, sosage, air soya, air oren (pekat punya), mio air, milo panas.......freee flow pulak tu......tabik....rasa macam tak cukup je bayar rm50 hengget...harap tahun depan pun sama ataupun lagi hebat.
Dah kenyang, dihidangkan pulak dengan nyanyian Zainal Abidin Hijau.....lentok......
Lucky Draw pun banyak.....KayuhBeb pun dapat banyak juga...ada dapat seterika, blender, helmet, lampu cat eye dan yang paling mahal frame fuji dapat kt Bro Azhar (AI)
Tahniah dan terima kasih kepada Bro Iswardy, Zulhadi, Azhar dan rakan-rakan dari PKNS MTB kerana anda betul-betul memahami kehendak rider...sebab anda pun rider.....
Kebajikan Rider dijaga dengan baik......terima kasih sekali lagi....
Gambar-gambar lain boleh cari kat link bawah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan