Halaman

Selasa, 30 November 2010

Berlecah-lecah di FRIM....Best Gilerrrr


Berlecah-lecah di FRIM


FRIM....ke.....Sg Long.....ke FRIM.....ke Sg Long.....ah dua-dua pun best, tapi disebabkan nak balik cepat sebab ada kenduri maka FRIM menjadi pilihan....konon nak layan kejap je la...pusing-pusing steroid......

Kayuhan kali ni ramai juga la kawan baru yang join, Bro Hazwan dari UM dan rakan, Alia Kawan Cik da dan rakan-rakan, bila tanya sape beginner sumer angkat tangan tapi bila kayuh naik helipad semua macam pro je sekali henjut.


Kayuhan kali ni diketuai oleh Joe Flitzow Zain, dengan dimulai mendaki Bukit Cina sebelum masuk ke FRIM ikut laluan belakang.




Laluan belakang FRIM kali ni telah di tarah ....dah takde dah ciri-ciri hutan....lecak....nasib baik Angah tak ikut kalau tak mesti patah balik sebab dia geli tengok lumpur....

Sambil kayuh Bro Rule sempat menceritakan pengalam dia melabur dalam emas ( http://otakemas.blogspot.com/2010/10/pelaburan-emas.html ) kat Bro Hazwan tapi disebabkan Bro Hazwan ni dah biasa layan DualThon ..(Salah eja kut..lantak la) tertinggal la dibelakang.



Pendakian ke Helipad diteruskan ......


dan sampai sahaja di puncak terus berehat dan sembang-sembang....kali ni kami tak turun ikut jalan biasa tapi ikut single trail dari puncak helipad...Best kata Bro Joe....apalagi semua pun berduyun-duyun downhill jalan baru ala-ala rombongan Cik Kiah....


Memang bestttt gilerrrrrrr....gilerrrr apa nak downhill camni.......



Sampai sahaj di kaki bukit steroid, Cik Da berceloteh sorang-sorang lagi, nak bagi tau perut dah lapar, dek kesian, Bro Joe pun bawa la pi ke kedai mamak.....on da way kami telah melayan train baru lagi.....single trail......memang besttttttt...bak kata Bro Kulat...sumer best.....

Lepas melantak kedai mamak, perjalanan diteruskan, kali ini kami ikut road ke Kem Perah dan climbing single trail dari Taman Botanik....pergh!.....

Dalam perjalanan balik lagi sekali terpaksa meredah lecah-lecak FRIM sambil melayan Downhillll.......best gilerrrrr

Lepas berkemas, terus melantak kat Restoran tepi jalan je Rahman Putra.layan juga restoran ni, tapi kesian Kay-Kay punya air sampai hari ni tak sampai-sampai....

Terima kasih kepada semua yang bersama-sama melayan FRIM, kalau ada terkasar bahasa maaf di pinta....











Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang