Halaman

Selasa, 22 Mac 2011

Kayuh COMBO Alam Budiman - Setia Alam

Kayuh COMBO Alam Budiman -Setia Alam disertai lebih kurang 70 rider (ada kata 100..tak kisah la, janji enjoy) dari berbagai Kelab Basikal sekitar Lembah Klang...TEN90 ada,KayuhBeb ada, PCC ada, Alam Budiman ada, Duke ada, CIK aDA, macam-macam ada...
semua berkumpul atas minat sama, kayuh beskal...dan makan Lontong dan juga Mee Jawa...makan boleh, kayuh pun boleh..semua boleh..Malaysia Boleh

Dari Alam Budiman kami dibawa ke Trail Setia Alam oleh Bro Dean Cop....mendaki bukit Jalan Kaki...di sini rider-rider telah terbahagi kepada 2...rider yang ada power tapi saje je tak nak tunjuk terpaksa membiarkan je rider-rider yang power terus mengayuh ke depan....

Memandangkan nama bukit ni adalah bukit jalan kaki, jadi sebagai tanda hormat setengah rider berjalan kaki menolak beskal mendaki bukit ni...bukan tak power..tapi saje je suke-suke tolak...

Sampai di puncak..apalagi sessi bergambar pun dimulakan....tak menang kayuh, menang kt gambar pun jadi la..janji ada menang...


Setiap mendaki, ada yang turun....enjoyyyy...gaya masing-masing

Habis layan bukit Jalan Kaki.."KAMI" mula mendaki bukit Botak dan seterusnya Green Hill, dan seterusnya Bukit Altantuya dan dalam masa yang sama "KAMI" juga menuju ke Makcik Donat untuk pekena Lontong dan juga Mee Jawa....


Apa-apa pun thanks tu Bro Naz, Bro DeanCop, Chif Khaled, Chef Rashi Hariri, Lan Alam Budiman dan rakan-rakan kerana bertungkus lumus dan kerja keras bagi menjayakan kayuhan COMBO ini,


Selasa, 15 Mac 2011

Kayuhbeb di TV9


Akhirnya keluar juga dalam Rancangan Safiyya TV9 pada 13hb Mac 2011...jom layan

Terima kasih diucapkan kepada Rider-rider muslimah dan juga Rider-rider KayuhBeb dan rakan-rakan yang sama-sama telah menjayakan rakaman ini..

Selasa, 8 Mac 2011

Kayuh Lontong Edisi Super Santai

Trail Setia Alam - Alam Budiman ni memang unik sebab banyak option laluan yang boleh dipilih oleh rider..dah tentunya tak boring kayuh tiap-tiap minggu kat sini, ditambah pula dengan menu terliur di kedai Makcik Donut....Donut ada....Mee Jawa ada....Lontong ada....topup sotong boleh, topup sambel udang boleh...tambah telur rebus + begedel....pergh! memang sedap....rugi sape tak pekena.....ada lagi milo airsssss......slurrrp.....tapi yang seksa bila dah habis makan nk kena kayuh balik.....chet!

Kayuhan kali ni ketuai oleh Bro Dean Cop dan Naz Kona John (wife dia pakai kona lisa...tak paham tak pe) dan seperti biasa sweeper setia hingga akhir zaman dan muda selalu Mat Salleh Kuale Cif Khaled.....(saje puji lebih cif, nanti sangkut yg best-best kt pagar tu yek),
juga tak ketinggalan cameraman Bro Rashi Hariri The Sniper ( cheese cake ya chef)...juga geng baru

artis Kayuhbeb Muslimah Rider juga turut serta (Kak Zai..pulut ikan masin jgn lupa)


Kali ni kami golek tayar dari Bukit Bandaraya melalui jalan tarmac ke Setia Eco Park, dari sana Bro Naz membawa kami memasuki Bukit Jalan Kaki....memang best suasana hutan ala-ala Frim

Downhill Bukit Jalan Kaki memang best, pastu kami di paksa panjat Bukit Mukadimah semata-mata nak melayan downhill yang ala-ala panjang juga la sebelum mendaki Bukit Botak.


Di Kaki Botak, ada option utk naik ataupun tidak


Disinilah tempat untuk anda membuat keputusan..naik ataupun tidak...oh tidakkkk

Yang power biasa akan sampai awal

Dari Bukit Botak kami menerjah Single Trail Alam Budiman


untuk pekena nih

Mission accomplish..tamat

"Kami Enjoyyy Beb"

Sabtu, 5 Mac 2011

TV Slot....The Making of Kayuhan Muslimah KayuhBeb

Pada 11Feb2011, Penggambaran untuk slot program Safia TV9 telah diadakan dan Rider Wanita KayuhBeb dan juga rider-rider lain telah dijemput untuk menjayakan rancangan tersebut......

Penggambaran telah dilakukan sekitar Trail Taman Pertanian Bukit Cerakah, Shah Alam.......

Se..awal 8am telah kelihatan Rider KayuhBeb berkumpul di parkir kereta Bukit Cerakah....masing-masing teruja ada yang datang ngan jersey baru, kasut baru, beskal baru dan group set baru jangan cakap la..serba merah..tak ketinggalan juga yang rider lelaki dengan saddle hijau baru...fuh...teruja tu beb.....

Nak cerita- banyak-banyak tak boleh lagi...jadi saksikan lah rider-rider muslimah KayuhBeb melakukan aksi-aksi hebat MTB..Bunny Hopping, Log Hopping , drop off, wheellie, Dirt Jump..dan lain-lain skill..tu pun kalau ada la...ha!3x

Tunggu di depan TV anda AHAD 6 HB MARCH 2011, JAM 6 Petang , TV 9, SAFFIYYA

Thanks to Farah Nadia % Crew dari Primeworks Studio kerana bersabar melayan kerenah kami

Antara shot-shot yang diambil

Tuan Director...ulang lagi sekali boleh?

"Okay geng kita senyummmm"

"Action!"



"Gambar ni takyah keluar la dik...mencungap ni..nanti tak glamer la"

"Halamak....lupa skrip la pulak"



"Beskal saya pun make sure masuk yea"





Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang