Halaman

Selasa, 22 Mac 2011

Kayuh COMBO Alam Budiman - Setia Alam

Kayuh COMBO Alam Budiman -Setia Alam disertai lebih kurang 70 rider (ada kata 100..tak kisah la, janji enjoy) dari berbagai Kelab Basikal sekitar Lembah Klang...TEN90 ada,KayuhBeb ada, PCC ada, Alam Budiman ada, Duke ada, CIK aDA, macam-macam ada...
semua berkumpul atas minat sama, kayuh beskal...dan makan Lontong dan juga Mee Jawa...makan boleh, kayuh pun boleh..semua boleh..Malaysia Boleh

Dari Alam Budiman kami dibawa ke Trail Setia Alam oleh Bro Dean Cop....mendaki bukit Jalan Kaki...di sini rider-rider telah terbahagi kepada 2...rider yang ada power tapi saje je tak nak tunjuk terpaksa membiarkan je rider-rider yang power terus mengayuh ke depan....

Memandangkan nama bukit ni adalah bukit jalan kaki, jadi sebagai tanda hormat setengah rider berjalan kaki menolak beskal mendaki bukit ni...bukan tak power..tapi saje je suke-suke tolak...

Sampai di puncak..apalagi sessi bergambar pun dimulakan....tak menang kayuh, menang kt gambar pun jadi la..janji ada menang...


Setiap mendaki, ada yang turun....enjoyyyy...gaya masing-masing

Habis layan bukit Jalan Kaki.."KAMI" mula mendaki bukit Botak dan seterusnya Green Hill, dan seterusnya Bukit Altantuya dan dalam masa yang sama "KAMI" juga menuju ke Makcik Donat untuk pekena Lontong dan juga Mee Jawa....


Apa-apa pun thanks tu Bro Naz, Bro DeanCop, Chif Khaled, Chef Rashi Hariri, Lan Alam Budiman dan rakan-rakan kerana bertungkus lumus dan kerja keras bagi menjayakan kayuhan COMBO ini,


1 ulasan:

Zahryl berkata...

Salam,

Saya berminat nak join kelab basikal tapi kena beli basikal dulu. Saya berminat pada basikal Hybrid (Polygon Heist) sebab saya bercadang nak buat banyak road cycling untuk rekreasi & exercise. Lagipun saya rasa hybrid lebih ringan dari MTB dalam kelas harga yg sama. Persoalannya, bolehkah hybrid digunakan di trail seperti Alam Budiman?

Diharap ada diantara rakan-rakan yang boleh tolong bagi cadangan. TQ.

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang