Halaman

Sabtu, 22 Oktober 2011

XPDC PD 2.0


XPDC PD 2.0

Hasil kejayaan XPDC PD 1.0 yang diadakan sebelum hari raya dulu yang mana telah menghasilkan rider-rider yang kuat dari segi mental dan fizikal juga kuat makan, maka Bro Dean Cop dan rakan-rakan sekali lagi telah mencadangkan XPDC PD 2.0 yang telah diadakan pada 15th October 2011.

Kayuhan bermula dari Dataran Shah Alam seawal 7am disertai oleh rider-rider KayuhBeb cawangan Shah Alam dan kemudian bergabung dengan KayuhBeb Sijangkang.



Sambutan yang menggalakkan, dari kanak-kanak semuda 8tahun hinggalah orang dewasa berumur .......

Sebelum memulakan perjalanan Bro Dean Cop memberi ceramah Keselamatan Jalan Raya



Setelah sessi bergambar selesai maka Kayuhan santai pun bermula dengan satu harapan dan matlamat......NAK MAKAN KAMBENG BAKAR....










Cuaca? ermmm agak panas sikit diawal pagi ...tengahari jangan cakap la.....

Kayuhan yang bermula dari Teluk Panglima Garang seramai 20 rider telah meng OREN kan jalan sepangjang ke Pee Dee, sepanjang perjalanan kami mendapat perhatian dari kanak-kanak yang berada di tepi jalan dan juga semangat dari kereta-kereta yang memotong kami dengan membunyikan HON......

Kayuhan awal bermula dengan gelak ketawa, masing-masing teruja...wah kayuh ke PD, terbayang bila sampai nak mandi laut lepas tu malam dah lapar boleh makan kambeng BBQ la pulak...perg! bestttttt.

Pit Stop pertama di Petronas Bukit Changgang, tempat refill air dan juga mengisi perut dengan menjamah PUTU MAYAM......ala-ala energy bar la tu.



Cabaran pertama yang kami terpaksa hadapi adalah ketika melalui F1 Sepang.....pendakian bukit yang tak seberapa tinggi, tapi panjang , lurus ditengah-tengah panas matahari tegak dikepala......aduhhhh...panasss macam kambeng kena BBQ la pulak....




Nasib baik ada pokok besar tepi jalan untuk kami berteduh.....ahhh nikmat.



Kami berehat makan tengahari di Food Court di Sepang, ada yang makan banyak, ada yang sekadar mengisi perut dengan air sahaja.....masing-masing menyusun strategi sebelum mendaki Bukit Pelanduk....




Bukit Pelanduk....satu pendakian yang agak mengacau mental....nak cerita panjang pun tak guna, anda cuba lah sendiri......barulah kelihatan rider-rider bersepah merehatkan diri sepanjang jalan, ada yang krem ada yang sekadar berteduh dan juga ada yang kayuh tak ingat dunia.....masing-masing punya suka la, tiada paksaan, janji anda enjoyyyyyyy.



Disebabkan ada rider yang kecundang, maka Chef Rashi pun memulakan kayuhan smart.

Lagi sekali pokok besar menjadi tempat kami berteduh.

Setelah re-Group semula, maka kayuhan ke Banglo yang ditempah pun diteruskan, disebabkan laluan agak landai melalui pekan lukut, maka rider-rider pun bersinggah-singgahan minum air tebu, dan makan goreng pisang sepanjang perjalanan.

Sampai di Banglo masing-masing merehatkan diri dan bersantai, Chef Rashid dan beberapa rider power yang tak kenal penat terus membuat persediaan membakar Kambeng dan rakan-rakan nya.





Walaupun penat kayuh tapi kelihatan rider-rider sungguh gembira dan enjoy dengan aktiviti BBQ yang diadakan.....

Harus diadakan XPDC Pee Dee 3.0...bila tu...nantikan aje.......

Keesokan harinya, hanya rider-rider yang tegar dan power aje meneruskan perjalanan balik, yang lain buat magic.


Info Kayuhan :
Laluan Kayuhan : Dataran Shah Alam ->LKSA --> KESAS Jalan Kebun --> Teluk Panglima Garang --> Sg Manggis --> Olak Lempik --> F1 Sepang -->Bukit Pelanduk --> Lukut --> Pee DEE.
Jarak Kayuhan : Dataran Shah Alam 111km
Masa Kayuhan : 5 jam
Ave Speed : 25




Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang