KayuhBeb Suke Suke Ride Sg Sendat, Ulu Yam kali ini disertai lebih kurang 70 rider dari kelab-kelab MTB sekitar Selangor seperti L2C2 (Tuan Rumah) , Ulu Yam MTB (Tuan Rumah Juga). Sentosa Cycling Club dan juga lain-lain.
Kayuhan diketuai oleh Bro Zamri dan juga Bro Wan dari L2C2 dengan melalui laluan-laluan yang sungguh menyeronokkan dan enjoyyy. Semua ada, climbing ada, downhill ada, single trail ada, river crossing ada, air terjun, kolam air panas dan yang paling teruja....makanan disediakan di air terjun Sg Sendat.....penat kayuh, terus boleh makan.
KayuhBeb mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Rumah dan juga Abg dan Kakak yang menyediakan makanan untuk kami semua...semoga dimurahkan rezeki anda.....kami betul-betul enjoy....
Pada awal kayuhan, cuaca agak renyai-renyai, tapi kayuhan tetap dimulakan
Masuk aje Offroad, terus dihidangkan dengan climbing..
Lepas climbing downhill terus river crossing
Pastu climbing balik...
Penat climbing, berenti jap ambil gambar....janji enjoy...
Dah penat rehat , downhill la pulak
Terus masuk golllll
Dah habis main-main, kena la pulak panjat bukit, tapi view sungguh menarik siap nampak Genting Highland lagi...
Sapa tak larat nak kayuh, perkhidmatan Jentolak disediakan...hehehe!
Dah puas kayuh, timebasuh beskal la pulak
Dan bermain-main air
Tapi yang paling best, dh penat kayuh terus dapat makan..terima kasih kepada Tuan Rumah
Abg yang menyediakan makan untuk rider semua..terima kasih byk byk, semoga dimurahkan rezeki
Juga makan di tepi sungai adalah yang paling nikmat...enjoy sakan...
Yang penting, masa makan helmet pun kena pakai...
Makan kt darat pun tak kurang hebat
Antara ladies rider yg joined
Lagi gambar boleh didapati dari FB BRo Naz dan Isteri Zai Kona Lisa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan