KayuhBeb PD3..
Date 3-4 Nov 2012.
Distance 210km.
Total rider 25 org.
Seperti yg dijanjikan, tepat jam 7 pagi, seramai 8 org peserta telah sedia berkumpul di
Dataran Shah Alam. Destinasi pertama ke jalan kebun utk regroup bersama geng cawangan Klang.
Perjalanan lancar di awal pagi, sehinggalah tiba dijalan kebun, jalan raya di naiki air di 2 tempat separas
crank MTB. Redahhh saja..
Regroup di Rabok Bay jln kebun. 8.15 am perjalanan di teruskan ke Jenjarum.
OTW sekali lagi laluan dinaiki air dijalan sukepi.
Tiba di SHELL jenjarum sejumlah 13 rider dah sedia menanti, Total rider 25 Org.
suasana meriah dgn ahli keluarga macam "family nak hantar keluarga pegi Mekah pulak.."
Mcm biasa kita bergambar lah dulu..
Perjalanan di teruskan ke Sg. Manggis utk sarapan, seterusnya ke Petronas Bkt. Changgang. Ada yg
mengalami masalah kecil pada basikal. Namun dapat diselesaikan utk meneruskan perjalanan.
,
,
Jam 11.30am tiba di hadapan F1Sepang, Punya la panas,, climbing pulak tu.. hehe,, take 5 la..
(mental perlu kuat di kawasan ni.. angin + panas terik cecah 40 C)
Kul 12.15pm tiba di pekan Sepang berehat sekejap di Shell sebelom meneruskan kayuhan.
1.45pm tiba ke distenasi Homestay 2 tingkat 4 bilik berhampiran pekan PD..
Makan tengahari dan siap. Nasi, ayam masak lomak cili api + pucuk paku & ikan gelama kering.
Huhhh...dah kenyang lepak2, mandi2. tidor..
Kul 6 Chef Rashid dah mula prepare utk BBQ nya.. Layan..
sempat hadir pd mlm tu pasangan pengantin baru Mamat & Isteri yg sempat menjamah kambing bakar..
malangnya tak sempat nak berfoto.;
Jam 7.30 am semua dah ready utk kayuh balik. sebelom balik sempat bergambar kenangan dpn Homestay
dan tepi pantai berhampiran. Paling best ada kapal colour ORANGE yg menyambut kedatangan kami.. haha.
,
Siap sarapan 8.45am terus bergerak pulang ke Shah Alam.. OTW balik, sempat jugak singgah pekene
SUP Daging & kelapa Sg. Manggis.
Di simpang Jenjarum sebelom berpisah sempat bergambar lg. yg balik ke Shah Alam meneruskan laluan
ikut jln Sukepi, manakala yg ke telok & Klang meneruskan kayuhan melalui sejangkang..
Kayuh:Santai:Enjoy Kayuh Beb Cycling Club is the mountain bike club that organise enjoy ride. No fitness required, What we need is enjoy only.
Jumaat, 9 November 2012
Langgan:
Catatan (Atom)