Halaman

Selasa, 15 September 2009

Mountain Bike Malaysia..MERIAH!

Kemeriahan dan Kemajuan Sukan MountainBike di Malaysia..

Sukan Mountainbike boleh dikatakan antara sukan yang mendapat popularity yang paling cepat di Dunia.

Begitu jugalah kisahnya di Malaysia......

Semakin banyaknya tumbuh Kedai-kedai basikal mountainbike di Malaysia...

Semakin banyak trail-trail mountain bike yang diterokai...

Tertubuhnya berbagai kelab-kelab basikal halal dan haram di Malaysia…

Terbitnya berbagai blog-blog berkaitan mountain bike dimalaysia....http://mtbmalaysiablog-zieman50.blogspot.com/

Dan yang paling penting sekali terlahirlah majalah Cycling Malaysia.

http://www.cyclingmalaysia.com/

Cycling Malaysia Magazine

Berbagai Jamboree dan MountainBike event yang diadakan oleh peminat-peminat basikal dan juga Kelab-kelab basikal diatas minat dan kecenderungan unutk mengkongsikan trail yang mereka ada kepada rakan-rakan mountain bike yang lain...


Apa nak semua ada....

Nak kayuh lebih KILOMETER...

Cabaran kayuhan dengan kilometer yang panjang seperti PCC PResidential Ride sejauh 68km yang diadakan baru baru ini di Broga juga mendapat sambutan yang sangat hangat.

Dah puas kayuh siang, nak pulak kayuh malam...pun ada....

Environment Cycling Club akan mengadakan Kayuhan Burung Hantu di Melaka pada ....

http://eccmalacca.blogspot.com/

Takcukup kayuh siang atau malam....

..nak kayuh siang malam la pulak.....jangan risau itupun ada.... http://www.theraceboy.com/

Macam-macam ada.........

Sabtu, 12 September 2009

KESAS NiteRide - geng baru dan Basikal baru

Jom kengkawan kayuh KESAS Malam ni....
Rugi kalau tak kayuh ada beberapa yang baru unutk hari ini...

Geng baru..Insyallah Bro Yuih akan menyertai kita hari ini....mari lah kita berkenal-kenalan dengan Bro Yuih.

Geng Fullsus baru.....Jeng!-jeng! - jeng!....
Siapalah gerangan empunya basikal ini......yang akan beraksi malam ini melompat tangga-tangga kedai di Kota Kemuning.....

KESAS NiteRide

KESAS NiteRide

Date:12 Sept 2009
Meeting Point : IC Jalan Kebun KESAS Highway
Meeting Time : 10:15pm
Tayar Golek : 10:30 pm
Kapten : GHAN

Rider-rider bukan dari KayuhBeb pun dijemput hadir dan dialu-alukan

Jumaat, 11 September 2009

Berita Baik - Jersey KayuhBeb


Berita Baik!!!!

Atas permintaan beberapa ahli dan juga kaum hawa, Jersey KayuhBeb didatangani dengan Lengan Pendek dan juga Lengan Panjang.

Untuk lengan panjang, tambahan sebanyak Rm 10 dikenakan keatas harga yang dikenakan untuk Lengan Pendek

Dengan adanya Lengan Panjang, boleh la belikan untuk isteri masing-masing.
Ahli juga dengan bebas boleh memilih lengan pendek atau panjang tanpa gaduh-gaduh.

AMARAN!!!!
Order untuk sebelah pendek dan sebelah panjang tidak akan di layan....

Disebabkan perubahan ini, sila juga nyatakan lengan pendek atau panjang semasa sms kepada saya atau order dari Dincycle nanti.

Kepada sesiapa yang masih tidak order lagi, dikehendaki berbuat demikian secepat mungkin.

Khamis, 10 September 2009

Jersey KayuhBeb

Jersey KayuhBeb.

Berkat sokongan dan dorongan semua (yang sebenarnya desakan yang bertubi-tubi), KayuhBeb akan mempunyai Jersey sendiri...

Berikut adalah design Jersey yang akan menjadi Jersey glamour KayuhBeb 2009/2010.

Harga sehelai : RM 150....bukan 15 henggit

Dengan harga ini, anda diberi peluang meletakkan nama samaran atau nickname anda di kiri dan kanan lengan.
Contohnya le macam PARKER ke Jinggo ke, Robyn ke, Kulat ke, Ghan ke, Khirul ke, Chedex ke BSE ke macam-macam lagi la ikut suka hang la.
Kalau nak bodek bini letak nama bini pun boleh tiada halangan, kalau yang bujang macam Sharil nak letak nama awek pun boleh, kalau tak de awek pun letak la nama kucing pun takde hal.


Tapi jangan la letak nama penuh beserta bin sekali.

Disebabkan tiada keuntungan yang diambil dari tempahan Jersey ini, anda dikehendaki membuat pembayaran kepada saya(Azrul / Rule ) sebelum 1hb October 2009.

Mengikut kata Vendor, confirm order...1 bulan baru siap, jadi kepada yang pergi ECC Burung Hantu Ride jangan harap la dapat pakai baju ni untuk Jamboree tu.....

BAYAR DULU BARU ORDER!!!!!
Detail Jersey dan cara nak Order....

Lengan Pendek (Roadbike Design) dan Lengan Panjang (Roadbike design)
Ada poket belakang
Harga : Rm 150 (Lengan Pendek), Lengan Panjang tambah RM10
Saiz: XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL (Europe Size)









Berminat!!!!! sila:

Cara 1:
1. Isi borang dan beri duit pada Dincycle

Atau

Cara 2:
2.Online Order;

Step 1:
Bank in to RM150 to:
Azrul Azhan Razali,
CIMB Acct No : 12040465801053

Step 2
Sms to 012-2902002:
Nama penuh, Nick name (nama untuk letak di baju), Saiz,Lengan Pendek/panjang, Reference no bank in
Cth: Azrul azhan razali,rule,xl,pendek, no bank in duit.

Sebarang pertanyaan sila contact;
Azrul Azhan h/p 012-2902002
Tarikh tutup : 1hb October 2009

Order selepas tarikh tutup dikenakan bayaran tambahan...duit minyak ulang alik.

Kepada sesiapa yang teringgin nak sponsor pun dialu-alukan dengan meletakan nama company atau logo anda di jersey ini. Berapa duit?? kita bole bincang....

Kalau bukan ahli KayuhBeb pun bole order..tiada halangan dan sekatan dikenakan. Apa yang penting kami nak quantity.

Harga yang dinyatakan adalah untuk quantity kurang dari 10 helai...kalau dapat order lebih 20 helai, harganya akan lagi murah dan duit anda akan di pulangkan semula.

Kalau nak murah lagi..tolong lah promote kan ke pada kengkawan yang lain. Takpun belikan lah untuk BINI...

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang