Halaman

Khamis, 10 September 2009

Jersey KayuhBeb

Jersey KayuhBeb.

Berkat sokongan dan dorongan semua (yang sebenarnya desakan yang bertubi-tubi), KayuhBeb akan mempunyai Jersey sendiri...

Berikut adalah design Jersey yang akan menjadi Jersey glamour KayuhBeb 2009/2010.

Harga sehelai : RM 150....bukan 15 henggit

Dengan harga ini, anda diberi peluang meletakkan nama samaran atau nickname anda di kiri dan kanan lengan.
Contohnya le macam PARKER ke Jinggo ke, Robyn ke, Kulat ke, Ghan ke, Khirul ke, Chedex ke BSE ke macam-macam lagi la ikut suka hang la.
Kalau nak bodek bini letak nama bini pun boleh tiada halangan, kalau yang bujang macam Sharil nak letak nama awek pun boleh, kalau tak de awek pun letak la nama kucing pun takde hal.


Tapi jangan la letak nama penuh beserta bin sekali.

Disebabkan tiada keuntungan yang diambil dari tempahan Jersey ini, anda dikehendaki membuat pembayaran kepada saya(Azrul / Rule ) sebelum 1hb October 2009.

Mengikut kata Vendor, confirm order...1 bulan baru siap, jadi kepada yang pergi ECC Burung Hantu Ride jangan harap la dapat pakai baju ni untuk Jamboree tu.....

BAYAR DULU BARU ORDER!!!!!
Detail Jersey dan cara nak Order....

Lengan Pendek (Roadbike Design) dan Lengan Panjang (Roadbike design)
Ada poket belakang
Harga : Rm 150 (Lengan Pendek), Lengan Panjang tambah RM10
Saiz: XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL (Europe Size)









Berminat!!!!! sila:

Cara 1:
1. Isi borang dan beri duit pada Dincycle

Atau

Cara 2:
2.Online Order;

Step 1:
Bank in to RM150 to:
Azrul Azhan Razali,
CIMB Acct No : 12040465801053

Step 2
Sms to 012-2902002:
Nama penuh, Nick name (nama untuk letak di baju), Saiz,Lengan Pendek/panjang, Reference no bank in
Cth: Azrul azhan razali,rule,xl,pendek, no bank in duit.

Sebarang pertanyaan sila contact;
Azrul Azhan h/p 012-2902002
Tarikh tutup : 1hb October 2009

Order selepas tarikh tutup dikenakan bayaran tambahan...duit minyak ulang alik.

Kepada sesiapa yang teringgin nak sponsor pun dialu-alukan dengan meletakan nama company atau logo anda di jersey ini. Berapa duit?? kita bole bincang....

Kalau bukan ahli KayuhBeb pun bole order..tiada halangan dan sekatan dikenakan. Apa yang penting kami nak quantity.

Harga yang dinyatakan adalah untuk quantity kurang dari 10 helai...kalau dapat order lebih 20 helai, harganya akan lagi murah dan duit anda akan di pulangkan semula.

Kalau nak murah lagi..tolong lah promote kan ke pada kengkawan yang lain. Takpun belikan lah untuk BINI...

Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang