Halaman

Khamis, 17 September 2009

Lokasi: Kesas Highway

Tarikh : 12 Sept 2009

RV point : IC Jalan Kebun Kesas Highway

ETD : 2245H

ETA : 0130H

Distance : 30Km

Strength: 09 x Riders

Siaran Terlewat…..Kesas Nite Ride – By Mr KayKay

Atas permintaan ramai, Kesas Nite Ride kembali menggegarkan penduduk-penduduk disekitar laluan bikers KayuhBeb. Ini disebabkan ahli-ahli kelab tidak mahu kehilangan momentum kayuhan apabila berkayuh diwaktu siang. Walaupun sepatutnya pada 10 malam terakhir ini bersama-sama mencari Lailatul Qadar tetapi nasi kandar yang dicari.

Seperti biasa tempat pertemuan untuk Kesas Nite Ride adalah IC Jalan Kebun Kesas Highway. Aku seperti biasa bergerak dari Banting jam 2130. Kali ini aku berseorangan kerana Mr Achong tidak membalas message ajakan aku untuk Kayuhan Kesas Nite Ride. Aku fikir, Mr Achong tidak berminat untuk kayuhan malam itu.

Sampai sahaja aku di Petronas Sg Manggis, aku mendengar deringan telefon dan apabila diamati Mr Achong telah membuat panggilan. Beliau meminta agar tunggu sehingga dia sampai. Wah….rupa-rupanya aku telah meninggalkan dia. Padan muka hang…..awat hang tak balas message aku.

Aku telah memakir kereta berhampiran dengan traffic light jalan kebun. Tidak seperti biasa aku memakir kereta di Kapitan. Ini untuk mendekatkan lagi aku dengan tempat pertemuan mafia-mafia KayuhBeb. Kihkihkih…….

(Muka poyo dari riders mendengarkan celoteh dari Mr Robyn)



(Mr Robyn sedang memperlekehkan pistol yang dipakai oleh Mr Khirul)


Ohhh….sebelum itu, seorang geng baru telah menyertai kayuhan pada malam itu. Beliau memperkenalkan diri sebagai Mr Yuih. Welcome Mr Yuih……

Dalam kerancakan bersembang, menjelmalah Mr Achong dengan jentera yang tidak seperti kebiasaan. Semua mata tertumpu kepada jentera baru Mr Achong tersebut. Angin tiada….ribut tiada, alih-alih muncul dengan jentera dibawah:

(Jentera terkini Mr Achong - Cannondale F7000)


Macam-macam pertanyaan menerjah ke telinga Mr Achong, namun jawapan yang diterima….biarlah rahsia kerana aku juga telah menggunakan jentera lain pada malam itu. Walaupun aku tahu, masih ada yang tidak puas hati dengan jawapan tersebut.

Tepat jam 2245 maka bergolek-goleklah tayar-tayar riders KayuhBeb menuju kedestinasi yang dirancangkan. Lutut pun belum panas lagi….apa-apa pun belum panas lagi, Mr GHan telah berpanas dan berpeluh disebabkan:

(Tayar siapa yang pancit…Mr Khirul or Mr GHan?)


Setelah segala rintangan dan cabaran menukar tiub dilaksanakan, maka rombongan ‘Cik Kiah ke Sukan Komenwal’ diteruskan jua dengan jayanya. Kayuhan pada malam itu boleh tahan juga lajunya. Tetapi memandangkan aku menggunakan jentera hard tail….rasa macam tak kayuh pulak. Hehehehe…..

(-Kemanakah arah perjalanan Ku ini….keKutub atau keBarat)

(DSC06417-Mr Kulat dengan jentera barunya-Giant NRS)


(DSC06419-Perjalanan mencari nasi kandar ke restoran mama kandar)



Dipendekkan cerita maka kayuhan pada malam itu telah dilaksanakan dengan jayanya walaupun Mr Jinggo tidak menjalankan tugas sebagai reporter kerana cerita ini dikarang oleh aku @ Mr KayKay. Woi Mr JinggoHati Terhiris….lu simpan la gambar-gambar yang lu snapshot tu…lu pergi cuci….lepas tu…lu simpan bawah bantal….hehehe….Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Wassalam….adios

Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang