Lokasi: Sepang, Selangor
Tarikh : 05 Sept 2009
RV point : Restoran Hijaz Kota Warisan
ETD : 2300H
ETA : 0330H
Distance : 27.62km
Max speed:46.2km/h
Av:15.5km/h
Strength: 26 x Riders
NIGHT RIDE OFFROAD
ECC MTB Nite Jamboree 2009 adalah sebahagian dari aktiviti MTB yang telah aku tandakan pada ‘kelendar kuda’ yang ada kat rumah aku. 2 strategi daripada KayuhBeb telah dirancang seperti didalam ‘Persediaan dan Persiapan Burung Hantu Jamboree’. Aku telah mengambil strategi yang kedua iaitu menyertai geng PujMac berkayuh malam di trak offroad Kota Warisan/Ladang Ampar.
Lebih kurang jam 2145 aku dan Achong telah bertolak ke Kota Warisan dengan tayar Achong yang telah siap sedia pancit. Aku sedikit membebel dengan Achong diatas sebab-sebab persedian yang telah beliau lakukan. Achong tertunduk insaf………
Sampai saja di Restoran Hijaz telah kelihatan bike para-para rider masih diatas bumbung kereta. Mungkin menunggu arahan daripada ‘Tok Penghulu’ untuk menurunkan bike masing-masing. Setelah mendapat arahan, maka tanpa membuang masa riders telah membuat persiapan yang terbaik keatas basikal.
“Tezibianchi(baju putih) dari Due Roda Extreme sedang memberi khidmat nasihat”
“Achong sedang berkenal-kenalan dengan riders”
“Apa yang aku tunjukkan tu?”
Sebelum memulakan kayuhan pada malam tersebut Bro Assry dari PujMaC telah memberi sedikit taklimat tentang perjalanan dan petugas-petugas dari PujMac. Maklumlah ianya satu pengalaman baru bagi kami semua iaitu berkayuh malam di trak offroad.
“Memohon perlindungan dari Allah agar aktiviti pada malam ini berjalan dengan lancar….Amin”
Setelah selesai semuanya, maka lebih kurang jam 2330 riders telah bergerak menuju kedestinasi offroad yang telah dirancangkan. Kelihatan dari jauh seperti sekumpulan kunang-kunang sedang bermain-main di Ladang Ampar.
“Awal mula pertama mula…trak offroad yang dilalui”
“Berehat sebentar sementara menunggu riders yang lain”
“Bersama Bro Kamarul yang telah bertugas dengan jujur dan ikhlas”
“Bro Yeti sedang memberi rawatan”
“Rim yang menjadi angka 8 berjaya diperbetulkan”
Setelah selesai segala kesulitan dan kesusahan, kayuhan telah diteruskan untuk menuju ke “bukit rumah terbengkalai’. Laluan yang sedikit mencabar akibat jalan yang teruk telah berjaya diatasi oleh riders yang lain kecuali seorang mamat yang kat bawah ni.
“Siapakah beliau?”
“Berehat sebentar di puncak bukit rumah terbengkalai”
“Pemandangan dari atas bukit”
Agak lama juga kami berada diatas puncak bukit tersebut kerana selepas ini hajat dihati masing-masing ingin menawan bukit pencawang yang lagi mantap daripada bukit rumah terbengkalai ini. Aku telah melayan downhill dari bukit ini dengan sedikit berhati-hati kerana…..gelap beb. Angin yang sepoi-sepoi bahasa telah mengiringi kami turun dari bukit tersebut.
Dari angin yang sepoi-sepoi bahasa bertukar ke angin yang (nak kata angin apa hah?) telah membawa hujan yang agak lebat. Nasib baiklah pada masa itu, perjalanan untuk menuju ke Bukit Pencawang kena melalui jalan besar. Sempatlah berteduh di kedai ABC jalan Jenderam. Itu semua bagi yang kat depan ler…yang kat belakang kena basah la dulu…hehehe.
“Hanya mampu tersenyum…(pic mamat x boleh ambik atas dr hidung sbb dia berlawan dgn flash)…hehe”
Sedikit perbincangan telah diadakan untuk perjalanan yang seterusnya. Pendakian kebukit pencawang telah dibatalkan oleh sebab masa yang tidak mencukupi kerana pada masa itu jam telah menunjukkan jam 0230. Sekiranya diteruskan mungkin kami akan bersahur dengan daun-daun hutan atau yang lebih lapar lagi bolehlah makan getah sekerap yang ada kat pencawang tersebut. Jalan pintas telah diambil untuk balik ke Kota Warisan dengan tidak melalui offroad Ladang Ampar. Lebuh raya Putrajaya telah dilalui dengan
Lebih kurang jam 0330 kesemua riders telah selamat sampai ke RV point iaitu Restoran Hijaz. Satu Mee goreng mamak dan 2 nescafe tarik telah berjaya aku isikan dalam perut dengan dibayar oleh…..Achong. Wassalam…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan