

Kemudian akan melalui single trail sepanjang tasik dengan merentas beberapa anak sungai kecik.
Lebih kurang suku perjalanan, setiap rider akan menolak basikal mendaki bukit yang di gelar bukit lahanat....setahu saya tak de sape pun yang pernah kayuh bukit ni.

Sampai sahaja di puncak bukit lahanat, kayuhan single trail pun bermula dengan melalui laluan "canopy" pokok hutan...suasana dan udara sudah semestinya nyaman dan mengegarkan.
Disini sedikit skill penggunaan gear dan handling diperlukan.
Lepas aje clim ”sikit” terus jumpa downhill...juga single trail hinggalah ke anak sungai yang besar sedikit.


Disini, biasanya rider-rider akan berehat-rehat sebentar sambil bermain-main dengan air sungai yang sudah semestinya sejukkk.(CP1)


Kepada rider yang tak tahan tengok basikalnya kotor juga tak ketinggalan membasuh basikal.
Disini rider dinasihatkan berhati-hati kerana mungkin ada pokok yang tumbang melintang trail..juga ada downhill yang melalui batu-batu yang licin.
Kalau tak confident...tolak je la..yang penting ”SAFETY”.
CP2


Sampah juga dinasihatkan dibawa balik, sebab kalau kita tinggalkan, orang lain pun akan ikut, lama kelamaan sampah menjadi banyak...kita nak lepak kat sini pun dah tak enjoy sebab banayk sampah.




































