Halaman

Khamis, 4 Februari 2010

Ahad 7hb layan Batu Dam

Batu Dam atau Empangan Batu, Ulu Yam adalah salah satu trail yang dulunya menjadi kesukaan rider-rider sekitar Lembah Klang.
Panaurama dan pemandangan sekitar Trail Batu Dam memang amat mengasyikkan.

Panjang trail kalau tak silap sepanjang 25km.
Laluan pembukaan dihidangkan dengan mendaki empangan.








Sampai sahaja diatas, kebiasaannya rider-rider akan bergambar beramai-ramai dengan berlatarbelakangkan kawasan tadahan air...memang menarik.

Kemudian akan melalui single trail sepanjang tasik dengan merentas beberapa anak sungai kecik.

Lebih kurang suku perjalanan, setiap rider akan menolak basikal mendaki bukit yang di gelar bukit lahanat....setahu saya tak de sape pun yang pernah kayuh bukit ni.

Sampai sahaja di puncak bukit lahanat, kayuhan single trail pun bermula dengan melalui laluan "canopy" pokok hutan...suasana dan udara sudah semestinya nyaman dan mengegarkan.

Disini sedikit skill penggunaan gear dan handling diperlukan.

Lepas aje clim ”sikit” terus jumpa downhill...juga single trail hinggalah ke anak sungai yang besar sedikit.

CP1

Disini, biasanya rider-rider akan berehat-rehat sebentar sambil bermain-main dengan air sungai yang sudah semestinya sejukkk.(CP1)

Kepada rider yang tak tahan tengok basikalnya kotor juga tak ketinggalan membasuh basikal.

Perjalanan diteruskan...juga melaui single trail...dalam perjalan rider-rider akan melalui anak sungai yang agak kecil..disini rider-rider dinasihatkan unutk mengambil sedikit daun kesom yang tumbuh meliar untuk masak dengan maggie yang dibawa.

Lagi sekali rider-rider dihidangkan dengan single trail downhill (naik tak yah cerita la bila yea..nak racun orang kena la cerita yang downhill je) dengan.

Disini rider dinasihatkan berhati-hati kerana mungkin ada pokok yang tumbang melintang trail..juga ada downhill yang melalui batu-batu yang licin.

Kalau tak confident...tolak je la..yang penting ”SAFETY”.

Ketika downhill juga rider-rider terpaksa melintas beberapa anak sungai yang kecil. Tak jauh dari anak sungai ada kawasan yang sedikit lapang tiada ”canopy”, rider yang depan dinasihatkan tunggu di sini (CP2). Kalu tidak terlepas simpang. Antara tanda lain yang ada ialah ada tiang concrete menegak 4 batang.

CP2

Habis berehat disini, ambik laluan sebelah kanan downhill dan kemudian ada simpang, switchback kana lagi hingga sampai ke Sungai Besar.

Ini adalah port untuk bersantai-santai dan masak dan makan maggie.

Rider-rider dinasihatkan supaya tidak membuang sampah merata-rata, kerana tiada cleaner akan membersihkan kawasan ini.

Sampah juga dinasihatkan dibawa balik, sebab kalau kita tinggalkan, orang lain pun akan ikut, lama kelamaan sampah menjadi banyak...kita nak lepak kat sini pun dah tak enjoy sebab banayk sampah.

Habis melantak dan perut pun dah penuh dengan Maggie daun Kesom, perjalanan balik yang flat sahaja melalui tepian tasik hingga la ke parking kereta.

Amacam ..dengar cerita syok tak Batu Dam...macam semuanya downhill je. Memang betul-betul syok..lebih-lebih lagi bilamerentas anak sungai yang dingin sejuk dan jernih. 100% trek adalah offroad.

Apalagi..jom la join..jumpa disana...jangan lupa bawa maggie cup.


Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang