Kayuh Santai Batu DAM?...or Kayuh Suffer Batu Dam?
Tepuk dada tanya selera la....yang pasti dapat makan maggie dan mandi sungai...
7hb February 2010, seramai 29 rider telah berkumpul di Batu Dam semata-mata hendak makan maggie dan minum kopi di tepi sungai tanpa mengetahui halangan dan rintangan yang akan ditempuhi....kah!kah!kah!...duduk rumah makan maggie pun lagi sodap..
Seperti biasa penerangan serba sedikit tentang trail yang akan dilalui di buat oleh Bro RULe sebelum kayuhan di sambung pula dengan bacaan doa oleh Bro Kulat semoga dijauhi dari kecelakaan, selamat pergi dan balik...alhmadulilah..amin.
Selesai sahaja bacaan doa, sessi bergambar beramai-ramai pun dilakukan dihadapan gate Batu Dam.
Kayuhan bermula dengan mendaki bukit empangan dengan di kepalai oleh Pakyen dan Bro Nadza dan sweeper oleh Bro Azman Satria.
Juga sempat bergambar
Cameraman KayuhBeb..ternyata menjalankan tugas dengan cemerlang..tak sia-sia pi kursus...disebelahnya sepupu tapi tak sedara
kemudian menyusur laluan single trek tepian tasik...aman...damai..tenang aje...sumer enjoy..
Antara bekalan yang dibawa untuk mengenyangkan rakan-rakan..pada hari tu Bro Kulat bertindak sebagai Bapa Mithali dan Kawan Mithali
Antara snap menarik dari Bro Jinggo
Laluan rentasan anak sungai
Enjoy nya tamat apabila di paksa mendaki Bukit Lahanat, tapi tak pe..sabar je lah semata-mata nak makan maggie dan mandi sungai..
Walaubagaimanapun kesabaran tahap Gaban tergugat apabila terpaksa meredah trail yang penuh dengan pokok yang tumbang...time uphill takpe lagi la sebab menolak tapi yang kecewa time downhill...potong stim betull. Nasib baik la juga Bro Ghan ada membawa pisau RAMBO nye bagi menerangkan sedikit trail..
Rehat sebentar di anak sungai pertama...
Rintangan dan halangan yang ditempuhi serba sedikit mengingatkan kembali Taiping Jamboree...lebih tolak dari kayuh.
Licin..
Berehat di CP1
Walaubagaimanapun seksaan tamat apabila dapat melayan downhill yang agak panjang juga dari CP1 (4 tiang concrete).
Sampai sahaja di Sungai besar, masing masing mengeluarkan maggie untuk dimasak bagi malayan perut yang dah keroncong.
Antara yang bermain-main air
Bro Nizam ..baju merah(datang solo dari Ampang untuk ride bersam KayuhBeb..jangan serik bro)
Batu Dam ni penuh dengan senario yang menarik, jadi peluang ini tidak diabaikan oleh rider-rider dengan berenti seberapa kerap yang boleh untuk bergambar...takpe janji puas....
Hanya rider yang kayuh sahaja dapat menilai tahap kepuasan Kayuhan Batu Dam...tepuk dada, tanya hati anda...
TAMAT....
Antara hasil petikan Bro Jinggo
Sweeper of the day..Bro Azman Satria
Tiada ulasan:
Catat Ulasan