Halaman

Jumaat, 19 Februari 2010

Sri Iskandar Exploration Journey...KayuhBeb Arrangement

Salam semua,

Arrangement untuk Sri Iskandar adalah seperti berikut;

Sabtu 20hb Feb 2010, kumpul di rumah Bro Rule pada pukul 2:30pm.

3 kenderaan disediakan untuk mengangkut 10 rider dan 10 basikal.

Kenderaan terlibat;

1. Proton Exora ...Driver : Bro Kamarul OnOne
2. Toyota Unser ...Driver : Bro Kulat
3. Toyota Unser ...Driver : Bro Krul

Exora akan membawa seramai 6 rider termasuk Driver.
Lagi 2 rider termasuk driver naik unser Kulat
Lagi 2 rider termasuk driver naikl unser Krul

5 basikal akan diangkut oleh Unser Kulat
lagi 5 basikal akan di angkut oleh Unser Krul...

Jadi total semua adalah 3 kereta, 10 rider, 10 basikal...

Kalau susah sangat nak faham tengok ajelah "table" dibawah.
Kalau tak faham jugak, bawa ajelah basikal anda ke rumah RULe sebelum jam 2:30pm.

Duit minyak dan toll akan dithong-thong sama rata antara penumpang sahaja. Jadi tolong sediakan seberapa banyak duit kecil yang mana akan di collect oleh Bro Ghan sebelum anda dan basikal anda naik kereta.

Sekiranya tak cukup, collection kali kedua akan dibuat di rumah Homestay.

Sekiranya ada masalah dan aduan boleh la di ajukan kepada Bro RULe.

HOMESTAY

Homestay hanya berjaya dapat untuk Semi D , 4 bilik tidur, 3 bilik air untuk menampung seramai 18 hingga 20 orang rider. Jadi pandai-pandai lah anda membawa kelengkapan tidur anda sendiri, kerana penginapan akan jadi seolah-olah rumah pelarian. Sesiapa yang ingin membawa TOTO atau NARITA atau Sleeping Bag anda amat dialu-alukan..
(Kalau ada rider Kelab lain yang sudi menumpangkan beberapa orang rider KayuhBeb ...boleh lah contact Bro RULe)

Duit Homestay akan dicollect oleh Bro Ghan sebelum anda tidor...jadi kalau anda tak bayar..tido anda akan diganggu oleh raksasa yang akan di upah oleh tuan bendahari.

Berikut adalah alamat Homestay untuk sesiapa yang pergi sendiri tanpa mengikuti KONVOI JALAN-JALAN CARI MAKAN KAYUHBEB

No 15 , Jalan 10, Taman Iskandar Bistari, Sri Iskandar.


Segala Komplen, Aduan ataupun pertanyaan boleh lah di ajukan kepada Bro RULe.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan kayuhan Sri Iskandar...

Tak Larat Kayuh....kita tolak.
Tak Larat Tolak.....Kita rehat.
Kalau dah rehat tak larat juga...apalagi..chicken loop la...
Yang penting...kita ENJOYYYYYY.

Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang