Halaman

Selasa, 30 November 2010

Berlecah-lecah di FRIM....Best Gilerrrr


Berlecah-lecah di FRIM


FRIM....ke.....Sg Long.....ke FRIM.....ke Sg Long.....ah dua-dua pun best, tapi disebabkan nak balik cepat sebab ada kenduri maka FRIM menjadi pilihan....konon nak layan kejap je la...pusing-pusing steroid......

Kayuhan kali ni ramai juga la kawan baru yang join, Bro Hazwan dari UM dan rakan, Alia Kawan Cik da dan rakan-rakan, bila tanya sape beginner sumer angkat tangan tapi bila kayuh naik helipad semua macam pro je sekali henjut.


Kayuhan kali ni diketuai oleh Joe Flitzow Zain, dengan dimulai mendaki Bukit Cina sebelum masuk ke FRIM ikut laluan belakang.




Laluan belakang FRIM kali ni telah di tarah ....dah takde dah ciri-ciri hutan....lecak....nasib baik Angah tak ikut kalau tak mesti patah balik sebab dia geli tengok lumpur....

Sambil kayuh Bro Rule sempat menceritakan pengalam dia melabur dalam emas ( http://otakemas.blogspot.com/2010/10/pelaburan-emas.html ) kat Bro Hazwan tapi disebabkan Bro Hazwan ni dah biasa layan DualThon ..(Salah eja kut..lantak la) tertinggal la dibelakang.



Pendakian ke Helipad diteruskan ......


dan sampai sahaja di puncak terus berehat dan sembang-sembang....kali ni kami tak turun ikut jalan biasa tapi ikut single trail dari puncak helipad...Best kata Bro Joe....apalagi semua pun berduyun-duyun downhill jalan baru ala-ala rombongan Cik Kiah....


Memang bestttt gilerrrrrrr....gilerrrr apa nak downhill camni.......



Sampai sahaj di kaki bukit steroid, Cik Da berceloteh sorang-sorang lagi, nak bagi tau perut dah lapar, dek kesian, Bro Joe pun bawa la pi ke kedai mamak.....on da way kami telah melayan train baru lagi.....single trail......memang besttttttt...bak kata Bro Kulat...sumer best.....

Lepas melantak kedai mamak, perjalanan diteruskan, kali ini kami ikut road ke Kem Perah dan climbing single trail dari Taman Botanik....pergh!.....

Dalam perjalanan balik lagi sekali terpaksa meredah lecah-lecak FRIM sambil melayan Downhillll.......best gilerrrrr

Lepas berkemas, terus melantak kat Restoran tepi jalan je Rahman Putra.layan juga restoran ni, tapi kesian Kay-Kay punya air sampai hari ni tak sampai-sampai....

Terima kasih kepada semua yang bersama-sama melayan FRIM, kalau ada terkasar bahasa maaf di pinta....











Rabu, 3 November 2010

Jamboree Kuale…Kayuh – kayuh cari makan…

Jamboree Kuale…Kayuh – kayuh cari makan…

Best!best!best!......Downhill Single trek Jamboree Kuale Best! Luck Draw banyak…Best! Jalan-jalan cari makan pun Best!

Jamboree kali adalah antara penyertaan yang paling ramai dari Geng KayuhBeb…seramai 32 orang…termasuklah yg pertama kali menyertai Jamboree…. Bro Amin dan juga Bro Fuad

Dengan semangat berkobar-kobar untuk menjamah Sup Toray Kuale, sebanyak 7 kereta telah Konvoi dari Shah Alam (Sabtu, 3pm) menuju kedai Makan Benteng Kuale…Panggilan sup Torey

Dalam perjalanan kami singgah di R & R bukit Ramli…eh!eh! silap lak….R & R Tapah untuk menukar pampers salah seorang rider kami…….

Terjumpa la pulak Bas Kayuhbeb…apalagi ngan muka tak malu sessi bergambar pun bermula….

Perjalanan diteruskan….kami sampai di Arked Mara Kuala lebih kurang 7pm, untuk collect goodiest…..

Thumb Up! Pada organizer sebab cekap menguruskan pengedaran goodiest……hassle free…goodiest Kayuhbeb pun dah diasingkan awal-awal

Selesai urusan goodist, perut pun dah lapar, apalagi pekena sup torey la kt benteng…

Arhhh! sedap nye.....


Grrrrrr! sudu pun sedap jugak

“Sapa nak tido ngan ShaSha, ikut RULe,

Sapa nak tido ngan Putri…ikut Fendy”

Antara ayat yang keluar untuk menginap di Homestay masing-masing……..

7am…..kami dah siap sedia di garisan permulaan untuk menerjah Kuala Kangsar, kayuhan sejauh 10km adalah tarmag, sebelum memasuki offroad……….

Seperti biasa strategi pun di susun......" kita nak lepak km brape ni?.... jumpa cendol kita berenti yea......"


Bottle neck.....masuk offroad...

Climbing...ala-ala busut...tapi sebab semua tolak, kayuhbeb pun tolak sama.....

Antara pemandangan yg menarik...........

Tolak lagi...bukit tiga beradik...sebelum long single trek downhilllllllllllllllllllllllllllll

Batu Belah....trade mark Jambore Kuale

CP4....air suntonik

Antara Lucky Draw yang tak berapa lucky

Trek Kuale memang best,

ada laluan tepian sawah….peacefull,

Downhill single trek……..yahoooo

Laluan kampong…………syok kanak-kanak berada sepanjang jalan..rasa macam pro la pulak

Laluan balik melalui bangunan2x warisan seperti, Istana lama Kuala Kangsar, Istana baru, Masjid Ubudiah….pusing-pusing kuale la katakana…….

Kebanyakkan uphill adalah rideable, tu yg menyebabkan ramai rider-rider KREMMMM!.

Semua pulun kayuh

Tahniah pada Bro Amin dan Bro Fuad yang pertama kali menyertai jamboree dan berjaya menghabiskan kayuhan dengan selamat.

4pm…….jalan-jalan cari makan pun bermula…kali ni mission adalah Nasi Ganja Vangge Ipoh….

Setelah mendapat direction dari Bro Kay2x, pencarian mamak Vangge pun dimulakan, alhamdulilah jumpa…

setelah tawaf beberapa kali....

Memang kelas…Vangge!Vangge!Vangge!

Date :31 Oct 2010

Venue : Laman Budaya, Kuala Kangsar

Distance :50km

Rabu, 27 Oktober 2010

Persediaan dan Perancangan ke Jamaboree Kuale



Woke, ni antara perancangan dan persediaan untuk ke Jamboree Kuale....


SAbtu 3ohb Oct 2010, lebih kurang kul 2 kumpul rumah aku, kalau taknak tunggu je kt Petronas/Shell Kesas dalam kul 3 kita gerak...la ni yg confirm nk convoi Unser Krul, Exora Onone, Angah n Along Brother, stream Amin...sesape yg tak arrange transport lagi tu tolong cari sendiri.....Van Bro Wahid tak silap ada 3 lagi kosong utk rider dan beskal, Satria yuih ada 2 kosong utk rider dan beskal.....

Doakan kami semua selamat perjalanan...AMINNNN

On d way ke Kuala, kita singgah kt Ipoh, pekena nasi ganja...sape tau jalan tolong tunjukkan..

Sambung perjalanan.....

Sampai je kat sana (Kuale) malam kita pekena Sup Torey, pastu tido...tu pun kalau tak de gergasi yg kacau, tak pun Makyah buat show....

Sok pagi kayuh, on d way kayuh kita singgah makan cendol..harap jumpa lah,

Selesai kayuh kita balik homestay, basuh beskal..rehat-rehat sikit...pastu gerak balik ke Selangor.....

On d way kite singgah kat Ipoh.....takkan nak makan nasi ganja lagi kut....oh tidak....kita makan Nasi Goreng Ikan rebus.....

Teruskan perjalanan... kerumah tido....sok keja....sebab aku tak dapat cuti...chet!

Perancangan yg di buat diatas tak ada kena mengena dengan stamina anda untuk Kayuh di Jamboree Kuale...apa yg penting kita enjoyyyyy!

Sesape yg gerak lewat leh pergi terus ke Homestay ShaSha...... http://sashahomestay.blogspot.com/p/rooms-facilities.html

Memandangkan kita ramai, masing-masing digallakkan membawa bantal dan alas tido....kalau semua bawa lagi bagus , so aku takyah bawa....

HAPPy CRANKING!!!!

Jumaat, 22 Oktober 2010

KayuhBeb ber Le Tue di Frazer Hill


KayuhBeb ber Le Tue di Frazer Hill

Disebabkan permintaan yg hangat untuk mengayuh di Frazer Hill setelah kayuhan pertama suatu masa dahulu,maka akhirnya pada 17hb Oct 2010, Le Tue di Frazer Hill berjaya dilaksanakan dengan dihadiri Geng KayuhBeb, Ten90, SCT, Assakinah. Kuala Selangor dan lain-lain

Seperti biasa support dan sokongan yg luar biasa diberikan oleh Geng As Sakinah dengan membekalkan sweeper.

Bro Amad yang baru lepas operate pun turut serta melepaskan gian...mana tahan rehat lama-lama.



Seperti biasa ada yg sampai ke atas ada yg hanya takat bawah aje...tapi itu pun dah kira baik dari duk rumah melipat kain...he!3x....nasib la sape kena....

Kayuhan kali ni juga di sponsor oleh Bro Kulat dengan sokongan padu isteri dan keluarganya bangun seawal pagi memasak nasi lemak dan lauknya bagi menjamu rider-rider yg hadir...kalau tiap-tiap ride buat cam ni pun bagus gak...tq kak.



Setelah puas melantak dan bergambar, kayuhan balik berdesup melayan downhill dilakukan oleh tiap-tiap rider....tapi masih tak dapat lawan Top Speed Mamat Sabah Superbow...82km sejam.

Tammat.......awal sebab blogger tak gi kayuh...cerite kat atas tu kira agak-agak je...

Sabtu, 2 Oktober 2010

Kayuhan Raya Bukit Kemandul...Ketupat Palas ride the second

Kayuhan Raya Bukit Kemandul...Ketupat Palas ride the second

Pada 19hb Sept 2010, seminggu selepas Raya Aidil Fitri dan atas permintaan B
ro Jinggo, satu kayuhan raya diadakan di Bukit Kemandul...sambutan yg menggalakan ditunjukkan oleh rider yg hadir seramai 30 orang lebih.....


Mengikut perancangan awal, kayuhan ala-ala santai dilakukan dan terus beraya di rumah Rule..tapi memandangkan ramai yg hadir dan takut tak sempat buat preparation, kayuhan yg agak makan masa pun di buat atas konspirasi terancang....dengan membawa rider-rider makan jambu dulu..kasi perut kenyang-kenyang.....


Tetapi strategy kureng menjadi sebab rider-rider semuanya dah lama tak kayuh dan cepat menjadi lapar......apa lagi sapu bersih la semua makanan yg dihidangkan apabila sampai di rumah RULe....











Terima kasih diucapkan kepada rider-rider yg sudi hadir bagi memeriahkan suasana...


Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang