Halaman

Isnin, 4 Julai 2011

Kayuh Sejuk Thompson Trail (TT3)




Setelah beberapa bulan membuat perancangan, akhirnya 3hb July 2011, Kayuhan Sejuk Thompson Trail(Cameron Highland) berjaya dilaksanakan dengan sokongan kawan-kawan dari SCT Sentosa Cycling Team, MERCURY,PRIMA Rider, Selebriti Ezlynn dan Adam, dan rakan-rakan kayuhan yang lain....Adios..korang sumer memang best dan enjoy....


Kali ini seramai 70 rider telah memberanikan diri untuk meredah Thomson Trail walaupun pada awal pagi hujan turun renyai-renyai dan teramat sejukkkk....kehadiran Ezlynn juga secara tidak langsung telah membakar semangat rider-rider lain.....
Kalau selebriti boleh kayuh dalam hujan.....yang bukan celebriti takkan tak brannn kut......



Seperti yang dirancang selesai briefing dan bacaan doa selamat, tepat jam 8am kayuhan dimulakan dengan meredah hujan renyai-renyai...sejuknya jangan cakap la...kalau tak kuat semangat cancel je ride tu. Alhamdulilah setelah berkayuh sejauh 3 km hujan sudah mula berhenti dan cuaca tersangat lah cantek.....

Maka sessi bergambar bersambung kembali... CP1


\

Kayuhan diteruskan dengan melalui uphill, downhill, kebun sayur, ladang teh, kampung orang asli..dan macam-macam lagi lah...janji enjoy.

Antara laluan kebun sayur



Laluan Downhill inilah yang telah membuat ramai rider kecundang...diharap berhati-hati...


Setelah penat mendaki sajuh 5km, maka kami dihadiahkan oleh downhill sepanjang 8km...nikmatnya..hanya yang dah mencuba sahaja tahu...


Selepas puas melayan downhill yang panjang maka kami memulakan perjalan pulang dengan mendaki sejauh 15 km!!!!!!!




Penatnya jangan cakap la...








Tapi tak pa.....penat tolak...kita makan pulak..... sampai penat



Semua keseronokan dan kesengsaraan yang kami tempuh tu adalah untuk menikmati kepuasan kayuhan yang tak dapat dibayangkan oleh gambar-gambar yang kami ambil.....









Tapi yang pasti...semua enjoyy



Sepanjang kayuhan kami telah menempuh 4 perkampungan orang asli, maka jajan-jajan pun diedarkan di setiap perkampungan...







Akhir sekali..maaf dipinta sekiranya ada kecacatan dan kekurangan dalam program Kayuhan Sejuk Thomson Trail anjuran kami...

Kepada yang cedera harap lekas sembuh dan tak patah semangat untuk mengayuh.

Kepada yang terseksa...kami pasti anda dengan sukarela akan mengulangi seksaan ini di lain hari...








Selasa, 17 Mei 2011

Kayuhan Aman Palestin

Asyik Kayuh Jamboree je, sekali sekala kayuh amal la pulak, jadi pada 15hb May, Seramai rider KayuhBeb menyahut cabaran Konvoi Aman Palestin, dek sebab takut panas maka kami memulakan kayuhan dari Pejabat Aman Palestin di Kota Damansara seawal 7pagi menuju ke Sri Pentas.

Di Sri Pentas ternyata kami adalah antara rider yang awal sampai, habis register maka dan bayar Rm20 kami diberikan kupon Makan dan juga selendang palestin kut namanya.




Disebabkan kayuhan ini adalah Kayuhan Shooting masuk TV, maka kami terpaksa menuggu sehingga 9am baru dilepaskan bersama-sama dengan konvoi motosikal berkuasa besar dan juga kenderaan pacuaan 4 roda. Sementara menunggu sessi suai kenal dan ramah mesra dan ketinggalan bergamborr la.






Rider-rider dari Club lain pun ramai gak join




Jarak Kayuhan adalah sejauh 25km dengan pendakian beberapa bukit yang agak "mencabar" juga fuhhh! dan yang paling best jalan-jalan sibuk ditutup oleh polis trafic untuk memudah kan peserta menguasai jalanraya....




Akhir sekali kami sampai di Kota Damansara dana dihidangkan dengan Nasi Arab dan juga persembahan nasyid dan tarian tradisional Palestin yang diacarakan oleh Pengacara Farahdiba.






tamattt



Selasa, 26 April 2011

Jambufree Kemandul -- Super Santai Ride


Asyik layan Jamboree je, kali ni nak kayuh santai la pulak, so "Jambufree Kemandul Part 2 Super Santai Edition" pun dianjurkan hasil idea Bro Yuih yang terlebih santai masa Jamboree Batangkali...

Bukit Kemandul dan KayuhBeb memang sinonim, nak kayuh santai, lepak-lepak , makan jambu, tak lain tak bukan Bukit kemandull, dah takde tempat lain dah, jambu bukit kemandul memang terbaek dari ladang, ditambah pula dengan colek kak Liza, perghhhh terliurrrr

Hasil promosi dari Bro Amin, Man Sawit, Bro Yuih, Cif Khaled dan Geng Jenjarum dan tak lupa juga tag line "Begineer Are Welcome" kayuhan kali ternyata mendapat sambutan seramai 80orang....ada yang bawa bini, ada yang bawa anak,
yang 1st time kayuh juga memberanikan diri mencuba


Yang power pulak mula kayuh dari Seksyen 4 Shah Alam, fuhh memang power

Takat bukit kemandul ni busut je banyak tu yang sesuai untuk train rider-rider begineer, takpun santai ride, sambil ride sambil borak-borak, tak penat la katakan

Penat borak ,berenti lak ambik gambar

Penat ambil gambar, sambung kayuh balik


Penat kayuh, berenti la makan pulak


Yang penting semua happy...muka senyum je sumerr



Terima kasih pada Chef Rashi, Bro Yuih, dan Sis Ima atas sumbangan gambar-gambar menarik anda

Isnin, 18 April 2011

Jamboree Satu Batangkali...ermmmmmmm




Jamboree Bartangkali.....17 April 2011..telah menjadi hari bersejarah bagi rider-rider Kayuhbeb kerana berjaya menamatkan Jamboree dalam masa satu jam. Satu-satunya rekod terpantas yang telah dibuat. Biasa 4 atau 5 jam baru tamat, tapi kali ni sejammmm...fuhh......cam ne leh jadi camni? Adakah kerana rider kayuhbeb sudah POWERRRR.....
Oh! tidak...hantu mak limah pun tak mungkin percaya...apatah lagi Hantu Kopek......cer cite!cer cite!

Semuanya adalah kesilapan teknikal yang tak sengaja yang mana rider telah tersalah arah dari starting terus CP3 dan tamat.....

Sayang, preparation untuk Jamboree semua telah dilakukan dengan terbaik....makan sedap..ada sarapan sandwish, roti canai,karipap, makan tengahari ada nasi ayam, mee kari, cendol, siap ada servis basuh beskal lagi, lucky draw pun banyak, trail pun dengar cerite cantek...tapi sayang tersalah arah dan dibatalkan....

Apa-apa pun tabik juga la pada organiser yang dengan berani dan bertanggungjawab telah meminta maaf secara terbuka, dan sanggup memulangkan kembali duit yuran kepada rider-rider....

Kayubeb tetap enjoy...








Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang