Halaman

Isnin, 4 Julai 2011

Kayuh Sejuk Thompson Trail (TT3)




Setelah beberapa bulan membuat perancangan, akhirnya 3hb July 2011, Kayuhan Sejuk Thompson Trail(Cameron Highland) berjaya dilaksanakan dengan sokongan kawan-kawan dari SCT Sentosa Cycling Team, MERCURY,PRIMA Rider, Selebriti Ezlynn dan Adam, dan rakan-rakan kayuhan yang lain....Adios..korang sumer memang best dan enjoy....


Kali ini seramai 70 rider telah memberanikan diri untuk meredah Thomson Trail walaupun pada awal pagi hujan turun renyai-renyai dan teramat sejukkkk....kehadiran Ezlynn juga secara tidak langsung telah membakar semangat rider-rider lain.....
Kalau selebriti boleh kayuh dalam hujan.....yang bukan celebriti takkan tak brannn kut......



Seperti yang dirancang selesai briefing dan bacaan doa selamat, tepat jam 8am kayuhan dimulakan dengan meredah hujan renyai-renyai...sejuknya jangan cakap la...kalau tak kuat semangat cancel je ride tu. Alhamdulilah setelah berkayuh sejauh 3 km hujan sudah mula berhenti dan cuaca tersangat lah cantek.....

Maka sessi bergambar bersambung kembali... CP1


\

Kayuhan diteruskan dengan melalui uphill, downhill, kebun sayur, ladang teh, kampung orang asli..dan macam-macam lagi lah...janji enjoy.

Antara laluan kebun sayur



Laluan Downhill inilah yang telah membuat ramai rider kecundang...diharap berhati-hati...


Setelah penat mendaki sajuh 5km, maka kami dihadiahkan oleh downhill sepanjang 8km...nikmatnya..hanya yang dah mencuba sahaja tahu...


Selepas puas melayan downhill yang panjang maka kami memulakan perjalan pulang dengan mendaki sejauh 15 km!!!!!!!




Penatnya jangan cakap la...








Tapi tak pa.....penat tolak...kita makan pulak..... sampai penat



Semua keseronokan dan kesengsaraan yang kami tempuh tu adalah untuk menikmati kepuasan kayuhan yang tak dapat dibayangkan oleh gambar-gambar yang kami ambil.....









Tapi yang pasti...semua enjoyy



Sepanjang kayuhan kami telah menempuh 4 perkampungan orang asli, maka jajan-jajan pun diedarkan di setiap perkampungan...







Akhir sekali..maaf dipinta sekiranya ada kecacatan dan kekurangan dalam program Kayuhan Sejuk Thomson Trail anjuran kami...

Kepada yang cedera harap lekas sembuh dan tak patah semangat untuk mengayuh.

Kepada yang terseksa...kami pasti anda dengan sukarela akan mengulangi seksaan ini di lain hari...








Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang