PCC Presidential Ride atau Prez Ride adalah salah satu MTB Event yang terbaek di Malaysia. Event di buat setiap 2 tahun dan pada 24 July 2011, lagi sekali PCC mengajurkannya di Broga dengan jarak kayuhan 65KM.....ermmm panjang tu beb. Dengan bayaran penyertaan 35 hengget, anda dapat menyeksakan diri anda untuk kayuhan 65km , dapat T Shirt, dapat Power Bar....berbaloi-baloii....
Seperi biasa KayuhBeb dan rakan-rakan akan bergambar sebelum memulakan kayuhan...maklumlah time je nampak bersih dan boleh senyum gumbira...
Dianggarkan seramai 1400 rider telah mendaftar dan bersetuju untuk merasai kenikmatan penyeksaan Prez Ride...sebelum dilepaskan, briefing diberi agar rider-rider boleh bersedia dengan cabaran yang disediakan...
Stage 1...kayuh pejam mata je....bukit tak la mencabar sangat..saje je dioarang bagi enjoy sakan..bottleneck memang banyak buat jem panjang...kayuh kt sini pun nak kena hati-hati sebab banyak sangat simpang, kalau mata ikan kering memang salah jalan dan sesat.....
Stage 2...sedikit kelainan dengan tahun 2009, bukit-bukit yang disajikan memang banyak, canopy single trail pun banyak dan best...river crossing pun banyak, pendek kata sumer banyak lah.....sampai air pun habis..ada rider yang terpaksa minum air mineral dari sungai....
Jadi bila semua banyak ..penat pun banyak la...penat berenti la berehat banyak-banyak....dan bergambar..banyak-banyak...
Dimana ada KayuhBeb..disitu lah ada trektor.....
Akhirnya sampai di CP2......
Nak terus ke nak ......
Signboard ni pun menggoda juga.....chicken dance...
Stage 3...almost sama macam 2009, climbing yang agak panjang dan antara puncak kedua tertinggi dalam semua stage, cuaca juga agak panas, kelihatan mental terganggu juga bila tengok ramai rider yang dah climb patah balik sebab dah tak sanggup untuk meneruskan penyeksaan...."kami" menguatkan mental meneruskan juga sebab tahu lepas bukit yang tinggi akan dilayan downhill single trek yang menarik...memang menarik....tapi sebelum tu seksa...
Stage 4....sejauh 14 km ke garisan penamat, bukit tertinggi yang perlu didaki setinggi 231m...disebabkan Stage 4 tiada cutoff time, maka dengan semangat berpasukan KayuhBeb yang tinggi menuggu rider-rider yang meneruskan kayuhan untuk kayuh bersama-sama menghabiskan cabaran Prez Ride 2011..
Tahniah kepada Rider-rider KayuhBeb dan rakan-rakan yang lain kerana anda berani menyahut cabaran Prez Ride 2011, kepada rider yang tak complete...anda masih ada masa selama 2 tahun untuk training, kepada rider yang competed...tahniah dan syabas sebab anda memang hebat........
Juga tahniah kepada rider yang memenangi cabutan bertuah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan