Halaman

Ahad, 2 Oktober 2011

Kayuh Amal Rumah Anak Yatim Sungai Manggis Part2


Kayuh Amal Rumah Anak Yatim Sungai Manggis Part2

Setelah lama berehat tulis blog, maka Kayuhan Amal Anak Yatim Sungai Manggis ni telah memberi semangat untuk membuat catatan semula.

Kayuhan ini telah dirancang oleh Bro Din Cop semasa jalan-jalan raya maka 2hb October 2011 telahmenjadi tarikh pilihan, dan kebetulan juga Anak-Anak Yatim dan Miskin Sg Manggis tiada program lain pada masa tu.

Kayuhan kali ini tidak ramai yang dapat setai kerana clash dengan ECC Burung Hantu dan juga program-program yang lain , walaubagaimanapun kami menerima sumbangan untuk anak-anak yatim dari rider-rider yang tidak dapat hadir.

Kayuhan bemula pada 8:30am dari Rabok Bay setelah bersarapan Nasi Goreng Kerabu hasil tangan Kak Zai.....
Semoga murah rezeki anda sekeluarga kerana telah memberi kami tenaga untuk berkayuh ke Sungai Manggis


Setelah taklimat di buat maka kayuhan pun di buat melalui Jalan Kebun Bt 10--> Jalan Sukepi -->Jenjarom --> Sungai Manggis --> Rumah Anak Yatim dan Miskin Sungai Manggis .





Dalam perjalanan selepas Jenjarom, nampak kelihatan dihadapan suasana gelap seperti hujan lebat, kelihatan kereta yang datang dari hadapan basah...HUJANNN...tapi kami tetap meneruskan kayuhan...alhandulilah sepanjang perjalanan kami ke Rumah Anak Yatim, tidak ditimpa hujan, hanya jalan sahaja yang basah.....mungkin niat kami diberkati Allah dan dipermudahkan urusan...Alhamdulilah.

Sampai disana kami sungguh terharu kerana sambutan meriah yang diberikan kepada rider-rider yang mana kanak-kanak telah beratur menyambut kedatangan kami..sungguh terharu dan sebak..uhuk!

Masing-masing memberi salam dan tanpa membuang masa, rider-rider kayuhbeb menghulurkan sumbangan untuk rumah anak-anak yatim.


Hasil kutipan derma dari rider-rider yang tidak dapat hadir.



Kami balasan dibekalkan dengan air klorofil untuk membuang toksik didalam badan..sesiapa yang berminat untuk membeli air klorofil ini boleh la menghubungi sekolah anak yatim ini 03-31803672

Sebagai salah satu program lawatan, rider-rider kayuhbeb pun memberi anak-anak ini untuk merasa mengayuh basikal MountainBike.


Maka basikal masing-masing pun diuji ketahanannya dengan berbagai cara oleh anak-anak ini...alhamdulilah mereka gembira.









Puas hati kami setelah melihat anak-anak ini semuanya bergembira menaiki basikal.


Setelah puas anak-anak ini bermain-main dengan basikal , maka kami pun mengundurkan diri dengan mengambil gambar beramai-ramai dan bacaan doa





Lagi sekali perjalanan kami diberkati Allah apabila kami dipelawa untuk memeriahkan Majlis Kenduri Kahwin adik kepada Dr Nizam Baharom yang baru sahaja kami kenal di Rumah Anak Yatim.








Dengan Jersey Basikal kami pun menerima jemputan dan menjamu hidangan...
Sedang menjamu hidangan ada makcik ni melayan kami dan bertanya " Ni Kumpulan Kompang ke?" apabila melihat keseragam warna oren jersey basikal......kah!kah!kah!..... Jersey KayuhBeb bersedia untuk menembusi pasara Kompang...


"KAYUHBEB...Rakan Santai Anda...juga bersedia memeriahkan Majlis Perkahwinan Anda"

Kayuhan balik dengan nasi minyak penuh di perut ternyata sedikit menyeksakan...dan semuanya selamat sampai ke Rabok Bay tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Masing masing pulang dengan perasaan puas dan happy kerana selain kayuh ,dapat juga membuat amal.

Kawan-kawan semua, melihat anak-anak ini dengan gembira dapat mengayuh basikal, telah mecetuskan idea kepada kami untuk membuat amal seterusnya seperti dibawah

Projek Basikal Anak-Anak Yatim

Sekiranya ada dikalangan rider-rider yang mempunyai basikal kanak-kanak seusia 4 tahun keatas yang masih elok keadaan nya atau pun hanya perlu minor repair dan tidak memerlukannya, boleh lah menghulurkan sumbangan basikal anda itu kepada kami untuk kami buat "RECONDITION" sebelum diberi kepada anak-anak yatim tersebut.

Sekiranya anda berminat boleh la menghubungi kami di http://www.facebook.com/pages/KayuhBeb-Cycling-Club/202991377896 atau hubungi Rule 012-2902002.

Ataupun anda menghantar sendiri basikal yang elok conditionnya kepada rumah anak yatim di alamt seperti dibawah (dari perbualan, ramai yang berminat nak pakai basikal Fixie...kalau ada yang mampu, sumbang lah)







Isnin, 25 Julai 2011

PCC Presidential Ride 2011.... KayuhBeb pun adaaa..


PCC Presidential Ride atau Prez Ride adalah salah satu MTB Event yang terbaek di Malaysia. Event di buat setiap 2 tahun dan pada 24 July 2011, lagi sekali PCC mengajurkannya di Broga dengan jarak kayuhan 65KM.....ermmm panjang tu beb. Dengan bayaran penyertaan 35 hengget, anda dapat menyeksakan diri anda untuk kayuhan 65km , dapat T Shirt, dapat Power Bar....berbaloi-baloii....

Seperi biasa KayuhBeb dan rakan-rakan akan bergambar sebelum memulakan kayuhan...maklumlah time je nampak bersih dan boleh senyum gumbira...

Dianggarkan seramai 1400 rider telah mendaftar dan bersetuju untuk merasai kenikmatan penyeksaan Prez Ride...sebelum dilepaskan, briefing diberi agar rider-rider boleh bersedia dengan cabaran yang disediakan...


Stage 1...kayuh pejam mata je....bukit tak la mencabar sangat..saje je dioarang bagi enjoy sakan..bottleneck memang banyak buat jem panjang...kayuh kt sini pun nak kena hati-hati sebab banyak sangat simpang, kalau mata ikan kering memang salah jalan dan sesat.....

Stage 2...sedikit kelainan dengan tahun 2009, bukit-bukit yang disajikan memang banyak, canopy single trail pun banyak dan best...river crossing pun banyak, pendek kata sumer banyak lah.....sampai air pun habis..ada rider yang terpaksa minum air mineral dari sungai....

Jadi bila semua banyak ..penat pun banyak la...penat berenti la berehat banyak-banyak....dan bergambar..banyak-banyak...







Dimana ada KayuhBeb..disitu lah ada trektor.....

Akhirnya sampai di CP2......

Nak terus ke nak ......

Signboard ni pun menggoda juga.....chicken dance...


Stage 3...almost sama macam 2009, climbing yang agak panjang dan antara puncak kedua tertinggi dalam semua stage, cuaca juga agak panas, kelihatan mental terganggu juga bila tengok ramai rider yang dah climb patah balik sebab dah tak sanggup untuk meneruskan penyeksaan...."kami" menguatkan mental meneruskan juga sebab tahu lepas bukit yang tinggi akan dilayan downhill single trek yang menarik...memang menarik....tapi sebelum tu seksa...



Stage 4....sejauh 14 km ke garisan penamat, bukit tertinggi yang perlu didaki setinggi 231m...disebabkan Stage 4 tiada cutoff time, maka dengan semangat berpasukan KayuhBeb yang tinggi menuggu rider-rider yang meneruskan kayuhan untuk kayuh bersama-sama menghabiskan cabaran Prez Ride 2011..





Tahniah kepada Rider-rider KayuhBeb dan rakan-rakan yang lain kerana anda berani menyahut cabaran Prez Ride 2011, kepada rider yang tak complete...anda masih ada masa selama 2 tahun untuk training, kepada rider yang competed...tahniah dan syabas sebab anda memang hebat........

Juga tahniah kepada rider yang memenangi cabutan bertuah





Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang