Halaman

Selasa, 23 Oktober 2012

KayuhBeb rentung di Denkil-Kota Warisan Reverse Trail


KayuhBeb rentung di Denkil-Kota Warisan Reverse Trail

Salam kembali kepada rider-rider MTB semua,

Pada 21 October 2012, Kayuhbeb telah berjaya membuat kayuhan Denkil-Kota Warisan reverse trail.
Kayuhan Trail terbalik ni adalah idea dari Bro Kay Kay yang sukew pada cabaran walaupun dalam hati ada taman.

Walaupun ride announcement agak lewat dibuat, tetapi seramai 22 rider telah berkumpul di Pasar Dengkil seperti waktu dijanjikan.


Alhamdulilah tidak hujan tapi cuaca agak  panas maka jadilah kayuhan ni sebagai kayuhan rentung...yang putih jadi hitam.




Target kayuhan adalah sejauh 38km dengan 5 bukit untuk didaki, tapi disebabkan berbagai X factor halangan seperti rantai putus, orang pancit, orang tergeliat dan cuaca panas dan lapar, jadi keputusan terpaksa diambil dengan membuat "Short Cut" dan melupakan pendakian bukit yang terakhir.


Walaubagaimanapun yang penting adalah Kayuh Santai dan Enjoy.....KayuhBeb Rakan Santai Anda...

Foto diambil adalah sumbangan Bro Kay Kay

foto foto lain boleh didapati disini  http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151147246217897.451231.202991377896&type=3

Ahad, 30 September 2012

Kayuh Santai Bukit Kemandul Sept 2012

Kayuh Santai Bukit Kemandul 

Kayuh Santai Bukit Kemandul ala-ala reunion ngan otai otai kayuhbeb berjaya dijalankan pada 30 Sept 2012.
Otai-otai seperti Azman Satria, Cikgu Ishak, Cikgu Azman dan tak ketinggalan Wak Lias juga turut menghadirkan diri.....wa caya sama lu la...
 


Ternyata bukit kemandul pun tidak boleh lari dari pembangunan.
Trail-trail yang menarik habis diratakan.



Yang tinggal dan menjadi mainan adalah ladang kelapasawit sekitar jalan kebun dan Kota Kemuning.


Bro Amir....Pendatang baru MTB turut enjoy dalam kayuhan Santai KayuhBeb





Dalam perjalanan balik nun jauh sayup masih berdiri gah Kebun Jambu yang menjadi tempat singgahan tetap kayuhbeb setiap kali masuk Bukit Kemandul...

Next ride kita lawat Kebun Jambu la pulak....





Ahad, 19 Februari 2012

Suke Suke Ride Sg Sendat, Ulu Yam...Feb 2012


KayuhBeb Suke Suke Ride Sg Sendat, Ulu Yam kali ini disertai lebih kurang 70 rider dari kelab-kelab MTB sekitar Selangor seperti L2C2 (Tuan Rumah) , Ulu Yam MTB (Tuan Rumah Juga). Sentosa Cycling Club dan juga lain-lain.

Kayuhan diketuai oleh Bro Zamri dan juga Bro Wan dari L2C2 dengan melalui laluan-laluan yang sungguh menyeronokkan dan enjoyyy. Semua ada, climbing ada, downhill ada, single trail ada, river crossing ada, air terjun, kolam air panas dan yang paling teruja....makanan disediakan di air terjun Sg Sendat.....penat kayuh, terus boleh makan.

KayuhBeb mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Rumah dan juga Abg dan Kakak yang menyediakan makanan untuk kami semua...semoga dimurahkan rezeki anda.....kami betul-betul enjoy....


Pada awal kayuhan, cuaca agak renyai-renyai, tapi kayuhan tetap dimulakan

Masuk aje Offroad, terus dihidangkan dengan climbing..

Lepas climbing downhill terus river crossing


Pastu climbing balik...

Penat climbing, berenti jap ambil gambar....janji enjoy...

Dah penat rehat , downhill la pulak

Terus masuk golllll


Dah habis main-main, kena la pulak panjat bukit, tapi view sungguh menarik siap nampak Genting Highland lagi...



Sapa tak larat nak kayuh, perkhidmatan Jentolak disediakan...hehehe!

Dah puas kayuh, timebasuh beskal la pulak

Dan bermain-main air

Tapi yang paling best, dh penat kayuh terus dapat makan..terima kasih kepada Tuan Rumah

Abg yang menyediakan makan untuk rider semua..terima kasih byk byk, semoga dimurahkan rezeki

Juga makan di tepi sungai adalah yang paling nikmat...enjoy sakan...



Yang penting, masa makan helmet pun kena pakai...

Makan kt darat pun tak kurang hebat


Antara ladies rider yg joined

Lagi gambar boleh didapati dari FB BRo Naz dan Isteri Zai Kona Lisa









Selasa, 17 Januari 2012

Suke Suke Ride Dengkil Kota Warisan --Jan

Tahun 2012 KayuhBeb akan cuba arrange Suke-Suke Ride secara bulanan. Concept Suke-suke Ride more to santai dan akan bergabung dengan mana-mana Group atau Team MTB yang lain samada dari Selangor atau pun luar Selangor, so kalau ada Team yang sudi menjemput kami akan usahakan. Selain berkayuh dapat kawan baru.

" No fitness required! what we need is enjoy only"

Kayuhan Suke-suke Ride bulan January Dengkil - Kota Warisan telah berjaya diadakan pada 15 Jan 2012 dengan dihadiri seramai 40 Rider yang datang dari sekitar Lembah Klang. Kawan-kawan lama dan kawan-kawan aru semua berkumpul semula.

Agak lama juga KayuhBeb tak berkayuh di Denkil - Kota Warisan, maka banyak juga lah jalan-jalan yang tersasul dan terdaki bukit bukitan yang mana dari Target 3 bukit jadi berbukit-bukit la pulak.

Walaubagaimanapun seperti yang dijanjikan, chiken loop tetap disediakan kepada rider Beginner....best kan? Kita kayuh untuk enjoy....

Tak larat kayuh kita tolak,
Tak larat tolak kita rehat,
Penat rehat, kita chiken la......

Total kayuhan untuk full loop yang hanya dilaksakan beberapa rider gagah dalam 38.km, tapi rider ENJOY tak kurang juga mileagenya 30km aje.

Terima kasih kepada yang menyertai dan sorry la geng kalau ada kecacatan, kalau tak puas kita repeat balik...

Terima kasih kepada cameraman Bro Naz Kona, Bro Dean Cop, Bro Rashid
Gambar boleh layan kt FB bawah






Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang