Halaman

Isnin, 7 September 2009

NIGHT RIDE OFFROAD KOTA WARISAN

Lokasi: Sepang, Selangor

Tarikh : 05 Sept 2009

RV point : Restoran Hijaz Kota Warisan

ETD : 2300H

ETA : 0330H

Distance : 27.62km

Max speed:46.2km/h

Av:15.5km/h

Strength: 26 x Riders

NIGHT RIDE OFFROAD KOTA WARISAN – by KayKay

ECC MTB Nite Jamboree 2009 adalah sebahagian dari aktiviti MTB yang telah aku tandakan pada ‘kelendar kuda’ yang ada kat rumah aku. 2 strategi daripada KayuhBeb telah dirancang seperti didalam ‘Persediaan dan Persiapan Burung Hantu Jamboree’. Aku telah mengambil strategi yang kedua iaitu menyertai geng PujMac berkayuh malam di trak offroad Kota Warisan/Ladang Ampar.

Lebih kurang jam 2145 aku dan Achong telah bertolak ke Kota Warisan dengan tayar Achong yang telah siap sedia pancit. Aku sedikit membebel dengan Achong diatas sebab-sebab persedian yang telah beliau lakukan. Achong tertunduk insaf………

Sampai saja di Restoran Hijaz telah kelihatan bike para-para rider masih diatas bumbung kereta. Mungkin menunggu arahan daripada ‘Tok Penghulu’ untuk menurunkan bike masing-masing. Setelah mendapat arahan, maka tanpa membuang masa riders telah membuat persiapan yang terbaik keatas basikal.

“Tezibianchi(baju putih) dari Due Roda Extreme sedang memberi khidmat nasihat”


“Achong sedang berkenal-kenalan dengan riders”


“Apa yang aku tunjukkan tu?”

Sebelum memulakan kayuhan pada malam tersebut Bro Assry dari PujMaC telah memberi sedikit taklimat tentang perjalanan dan petugas-petugas dari PujMac. Maklumlah ianya satu pengalaman baru bagi kami semua iaitu berkayuh malam di trak offroad.

“Taklimat dari Bro Assy”


“Kamarul sebagai Kapten dgn baju bercahayanya

“Memohon perlindungan dari Allah agar aktiviti pada malam ini berjalan dengan lancar….Amin”

Setelah selesai semuanya, maka lebih kurang jam 2330 riders telah bergerak menuju kedestinasi offroad yang telah dirancangkan. Kelihatan dari jauh seperti sekumpulan kunang-kunang sedang bermain-main di Ladang Ampar.

“Awal mula pertama mula…trak offroad yang dilalui”



“Berehat sebentar sementara menunggu riders yang lain”


“Bersama Bro Kamarul yang telah bertugas dengan jujur dan ikhlas”

Malang tidak berbau…sedikit kemalangan telah terjadi kepada seorang rider semasa melayan downhill yang ada didalam trak offroad Ladang Ampar. Walaubagaimanapun ianya telah dapat diatasi dengan bantuan daripada riders yang lain. Bro Yeti telah menjalankan tugas beliau sebagai medical cover pada malam tersebut.

“Bro Yeti sedang memberi rawatan”

“Rim yang menjadi angka 8 berjaya diperbetulkan”

Setelah selesai segala kesulitan dan kesusahan, kayuhan telah diteruskan untuk menuju ke “bukit rumah terbengkalai’. Laluan yang sedikit mencabar akibat jalan yang teruk telah berjaya diatasi oleh riders yang lain kecuali seorang mamat yang kat bawah ni.

“Siapakah beliau?”

“Berehat sebentar di puncak bukit rumah terbengkalai”

“Pemandangan dari atas bukit”


Agak lama juga kami berada diatas puncak bukit tersebut kerana selepas ini hajat dihati masing-masing ingin menawan bukit pencawang yang lagi mantap daripada bukit rumah terbengkalai ini. Aku telah melayan downhill dari bukit ini dengan sedikit berhati-hati kerana…..gelap beb. Angin yang sepoi-sepoi bahasa telah mengiringi kami turun dari bukit tersebut.

Dari angin yang sepoi-sepoi bahasa bertukar ke angin yang (nak kata angin apa hah?) telah membawa hujan yang agak lebat. Nasib baiklah pada masa itu, perjalanan untuk menuju ke Bukit Pencawang kena melalui jalan besar. Sempatlah berteduh di kedai ABC jalan Jenderam. Itu semua bagi yang kat depan ler…yang kat belakang kena basah la dulu…hehehe.

“Hanya mampu tersenyum…(pic mamat x boleh ambik atas dr hidung sbb dia berlawan dgn flash)…hehe”

“Bro Assry dengan gaya yang tersendiri untuk berlindung dari terkena hujan”

“Acara membasuh basikal”


Sedikit perbincangan telah diadakan untuk perjalanan yang seterusnya. Pendakian kebukit pencawang telah dibatalkan oleh sebab masa yang tidak mencukupi kerana pada masa itu jam telah menunjukkan jam 0230. Sekiranya diteruskan mungkin kami akan bersahur dengan daun-daun hutan atau yang lebih lapar lagi bolehlah makan getah sekerap yang ada kat pencawang tersebut. Jalan pintas telah diambil untuk balik ke Kota Warisan dengan tidak melalui offroad Ladang Ampar. Lebuh raya Putrajaya telah dilalui dengan gaya merempit dari riders kerana…….hari kembali nak hujan.

Lebih kurang jam 0330 kesemua riders telah selamat sampai ke RV point iaitu Restoran Hijaz. Satu Mee goreng mamak dan 2 nescafe tarik telah berjaya aku isikan dalam perut dengan dibayar oleh…..Achong. Wassalam…..

Sabtu, 5 September 2009

Persediaan dan Persiapan "Burung Hantu Jamboree"


Persediaan dan Persiapan "Burung Hantu Jamboree" http://eccmalacca.blogspot.com/

KayuhBeb sedang memasang strategi untuk mencipta kejayaan di jamboree yang berikutnya iaitu di Burung Hantu Jambore yang akan diadakan pada 24th October 2009.

Antara strategi yang ada ialah;
1. "Riki" jalan Burung Hantu Jamboree dan
2. Training kayuh malam di Kota Warisan


1. "Riki" jalan Burung Hantu Jamboree dan

KayuhBeb telah sponsor salah seorang ridernya iaitu Mr.Robyn untuk pergi ke Melaka dengan tujuan dan matlamat me"Riki" trek Burung Hantu Jamboree. Diharap Robyn dapat keluar dengan selamatnya dan akan dapat memberi atau menyebarkan or sharing the information dengan Rider-rider KayuhBeb dan juga rider-rider yang lain sekembalinya beliau ke Shah Alam supaya masing-masing boleh la menyusun strategi masing-masing dan juga menyediakan apa-apa yang patut.

Untuk pengetahuan semua duit sponsor untuk perjalanan, tempat tinggal dan makan ketika berada diMelaka adalah datang dari sumbangan Mr.Robyn sendiri

Nantikan maklumat-maklumat berguna dari Robyn berkenaan dengan Trek Burung Hantuu di blog KayuhBeb minggu hadapan sekembalinya Robyn di Shah Alam.


2. Training kayuh malam di Kota Warisan
Sebagai persediaan untuk ECC Burung Hantu Jamboree, beberapa orang Geng Kayuhbeb yang ada BRANIII akan menyertai Kota Warisan NiteRide -Offroad anjuran PujMac.
Kota Warisan NiteRide - Offroad
Date:5/9/09
Meeting Point: Restoran Hijjaz, Kota Warisan
Tayar Golek: 11 pm
Distance: 30KM


Memadangkan ini adalah Kayuhan Offroad pada waktu malam yang pertama dibuat di Kota Warisan, pihak penganjur akan mengamalkan SAFETY FIRST. Oleh sebab itu laluan yang akan diikuti adalah Jalan Utama diladang-ladang estet kelapa sawit.

Juga diingatkan kepada rider-rider sebagai langkah berjaga-jaga,
"JANGAN PANDANG BELAKANG"............................. ketika kayuh waktu malam di Kota Warisan .....ini adalah PENTING untuk keselamatan anda dan juga rakan-rakan Rider yang lain. Pastikan anda pandang hadapan sahaja. Juga diharap tiada Rider yang berani melanggar peraturan ini....kerana dikuatiri anda akan terlanggar Rider yang dihadapan ketika berkayuh di waktu malam terutamanya di Kota Warisan.

Apa-apa pun diharap Rider-rider dapat mementingkan keselamatan diri dan juga rakan-rakan yang lain kerana ini hanyalah training semata-mata.
Sekiranya anda cedera, sia-sia sahaja nanti sebab takut anda tak dapat nak meyertai Kayuhan "Burung Hantu" pula.

Aku tak dapat pergi malam ni...........ruginya........

Apa-apa pun, kita tunggu catatan dan photo-photo menarik dari Bro Kay yang sudah pulih sepenuhnya dari kecederaan ataupun cameran the 2nd kita Bro Jinggo yang nyaris-nyaris mahu resign kerana gambar dia tak masuk Paper SINAR katanya.......

Rabu, 2 September 2009

Kayuhan Merdeka masuk Newspaper..SINAR HARIAN



Kayuhan Merdeka keluar Newspaper…SINAR Harian

Keriuhan dan Kemeriahan yang dibuat oleh Rider-rider telah berjaya membuatkan salah satu Akhbar Popular Tempatan untuk mengeluarkan cerita berkenaan Kayuhan Ambang Merdeka,
Antara yang ditulis;
"SHAH ALAM – Seramai kira-kira 300 peminat sukan berbasikal hadir memeriahkan Dataran Shah Alam bagi meraikan sambutan kemerdekaan negara baru-baru ini. "
"“Pengayuh basikal yang hadir kebanyakannya terdiri daripada peminat aktiviti berbasikal ini terutama di sekitar Shah Alam, Klang dan kawasan berhampiran."
"“Mereka bersama-sama sanggup datang daripada jauh untuk berkayuh di sini bersama dengan beberapa acara yang dianjurkan di sini sebagai memeriahkan sambutan Kemerdekaan Negara ke-52,”"

Maklumat lanjut belilah SINAR HARIAN pg S31 Sukan Selangor dan KL ataupun layan
http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story3907230.asp

Isnin, 31 Ogos 2009

Kemeriahan Kayuhan Amang Merdeka

Kemeriahan Kayuhan Amang Merdeka
Date:30hb Ogos 2009
Start time:10:30pm
Start Place: Jalan Kebun Shah Alam
Destination: Dataran Shah Alam

Seperti yang di aturkan bersama Kelab Basikal Roto-X, Project Kayuhan Ambang Merdeka berjalan denan jayanya.

Seramai 25rider telah menyertai KayuhBeb dari Jalan Kebun dan lebih kurang 40 rider lebih dari Stadium Klang, Meru, Kg Delek dan juga berpuluh-puluh lagi dari Shah Alam telah sepakat untuk bertemu di Dataran Shah Alam sempena sambutan hari kemerdekaan.
Kayuhan Glamor dibuat secara perlahan-lahan dengan beberapa rider membawa Jalur Gemilang... tak kisah la kutip ke ape, janji ada...

Kayuhan Glamor sepanjang perjalanan ke Dataran Shah Alam yang di ketuai oleh Azman satria selaku Kapten dan Bro Khairul sebagai sweeper dan Bro Jinggo sebagai cameran ke 2 menggantikan tempat Kay-kay sementara tiada.....telah mendapat sokongan padu dan jitu lagi memberangsangkan dari pengguna-pengguna jalan raya yang lain dengan membunyikan hon bertalu-talu sehingga memecahkan keheningan malam.
Kami berfikiran positif dengan menganggap bunyian hon itu sebagai tanda sokongan semangat kemerdekaan kami berkayuh basikal.

Juga ada Pakcik motor yang semasa memotong kami dengan melaungkan Merdeka!merdeka!merdeka!.. Malaysia Boleh!malaysia boleh!malaysia boleh!

Beberapa kereta semasa memotong kami juga turut menjerit ...caya la beb..Merdeka!Merdeka!merdeka! sambil mengibarkan Jalur Gemilang dari kereta yang nyaris-nyaris terkena kami....

Juga beberapa family car yang penuh dengan anak-anak mereka memperlahan kereta masing-masing sebagai tanda sokongan dengan anak mereka mengeluarkan tangan menunjukkan tanda thumb up....yang bermaksud....Very Good, Your Are the Best... dan lain-lain lagi la yang positif...

Sampai sahaja di Seksyen 18, kami cameran man kami telah mengalami kemalangan kecil yang bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan. Mungkin telah disumpah oleh cameran utama.... sebab tak ambik restu dulu kut.

Sampai sahaja di Dataran Shah Alam lebih kurang pukul 11:30pm, kelihatan orang ramai telah berkumpul untuk menyambut ketibaan kami.... apalagi dengan bangga nya kami pun membuat lintas hormat dihadapan orang ramai....(sebenarnya mereka dengar ucapan dari YB) dan dengan bangga buat kali kedua...kamipun memparkir basikal masing-masing ditengah-tengah dataran...




Semangat Kemerdekaan yang ditunjukkan oleh Rider KayuhBeb


Beberapa minit sebelum pukul 12 tengah malam..kelihatan rider-rider dari Roto-X, Meru,Kampung Delek, Geng Kaki Kayuh, dan juga Shah Alam (Sorry bro kalau ada nama yang tak disebut) sampai diDataran yang telah membuatkan lagi suasana menjadi lebih meriah dan gemilang lagi terbilang...lebih kurang 100 lebih rider-rider telah berkumpul di Dataran pada malam itu....

Juga kami mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama YB-YB pada malam itu. Bertalu-talu tahniah kami terima dari Yb kerana melakukan aktivit yang sihat dengan mengayuh basikal...
Disebabkan kayuhan ke Dataran dibuat dengan gaya sentimental dan ramai rider-rider yang tak puas mengayuh... pakatan dibuat dan sepakat untuk mengadakan kayuhan sekitar Shah Alam dengan melalui seksyen 7.

Dr.Zul...Selaku Kapten membawa kami pusing-pusing Shah Alam


Tanpa escort dari polis seramai 100 lebih rider telah memenuhi satu lane jalan mengelilingi Shah Alam.. terasa macam Le Tue Langkawi la pulak....tapi jauh sekali sebab kayuhan sekitar 18km/ hour..

Malang tak berbau, salah seorang rider dari Kampung Delek telah terjatuh keran terlanggar lubang....mengalami kecederaan koyak pipi kiri....nasib baik ada helmet sebagai pelindung...
Kayuhan ke Darul Ehsan Medical Center pun dibuat....disitu kami telah berpisah dengan rider-rider lain kerana menuju jalan pulang ke Kota Ria...sorry Bro sebab tak tunggu sampai selesai..
Kayuhan ke Kota Ria pun di buat dengan kepala mula terbayang Roti Telur dicecah dengn kari kepala Ikan dan juga Sup Kambing...perfhhh..

Lagi sekali malang tek berbau, Retoran Kota Ria telah tutup ketika jam menunjukkan pukul 3 pagi..

Misi mencari Restoran pun dimulakan dan berjumpa dengan restoran Mama Kandar...happening juga kat situ... mungkin akan menjadi tempat lepak kami selepas ini...

Selesai sahaja mentedarah... lebih kurang pukul 4am masing-masing mula berkayuh balik ke rumah masing-masing untuk berkayuh juga.....ehem!ehem!

Walaubagaimanapun Kayuhan Ambang Merdeka 2009 telah di jalankan dengan jayanya dengan mendapat Kepuasan Maksimum dari ahli-ahli KayuhBeb dan juga Rider-rider yang lain....

Terima kasih kepada semua yang telah memberi sambutan dan sokongan dan minta maaf kepada yang rasa terganggu terutama pengguna jalan raya....

Gambar-gambar sumbangan dari Jinggo, Syahmie dan Saiful akan di update kemudian....kalau tak sabar pi la tengok kat Facebook


Khamis, 27 Ogos 2009

NiteRide Ambang Merdeka - to Dataran Shah Alam




Merdeka NiteRide : Jalan Kebun to Dataran Shah Alam
Tarikh : 30hb Ogos 2009
Masa Kumpul : 10pm
Tempat Kumpul : Jalan Kebun Inter Change KESAS Highway
Tayar Golek : 10:30pm
Laluan : KESAS -> HICOM -> Sec 18 -> Dataran Shah Alam
Jarak : 50km ( 2 way)

NiteRide sempena Merdeka akan di jalankan seperti tarikh diatas. Memandangkan kayuhan malam ini adalah sempena sambutan hari kemerdekaan, semua rider digalakkan untuk membawa bendera kecil yang boleh di letakkan di basikal. Kepada sesiapa yang sudi untuk sponsor boleh la menghubungi saya. Juga digalakkan untuk memasang lampu seberapa banyak yang boleh bagi memeriahkan lagi Kayuhan Ambang Merdeka.

Basikal yang meriah dengan lampu dan Jalur Gemilang akan memenangi hadiah berupa menjadi paparan utama di dalam Blog KayuhBeb.....kira suke-suke aje la.....

Sampai sahaja di Dataran Sham Alam lebih kurang pukul 11:45pm, rider-rider akan berkumpul bersama-sama rider-rider lain dari Roto-X dan juga dari kelab-kelab yang lain.

Semua MTBiker dan Roadbiker dijemput untuk berkumpul bagi memeriahkan dan juga menyemarakkan aktiviti berbasikal ini.
Kepada Rider yang tidak dapat datang ke Jalan Kebun, juga boleh menyertai Kelab Roto-X yang akan mula berkayuh daripada Stadium Klang pada pukul 11pm dan akan berkumpul di Dataran Shah Alam.
Kepada yang tak juga boleh di dua-dua tempat, boleh la bawa basikal anda terus ke Dataran Shah Alam dan kita berkayuh mengelilingi Shah Alam kalau berkesempatan.....
Tapi apa yang penting....kita berkumpul di Dataran Shah Alam....

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan di Chatbox ataupun menghubungi Geng KayuhBeb.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang