Halaman

Jumaat, 9 November 2012

KayuhBeb ke Port Dickson (PD3)

KayuhBeb PD3..

Date 3-4 Nov 2012.
Distance 210km.
Total rider 25 org.

 

Seperti yg dijanjikan, tepat jam 7 pagi, seramai 8 org peserta telah sedia berkumpul di 
Dataran Shah Alam. Destinasi pertama ke jalan kebun utk regroup bersama geng cawangan Klang.

 

Perjalanan lancar di awal pagi, sehinggalah tiba dijalan kebun, jalan raya di naiki air di 2 tempat separas 
crank MTB. Redahhh saja..
 

Regroup di Rabok Bay jln kebun. 8.15 am perjalanan di teruskan ke Jenjarum. 
 

OTW sekali lagi laluan dinaiki air dijalan sukepi.
 

Tiba di SHELL jenjarum sejumlah 13 rider dah sedia menanti, Total rider 25 Org.
suasana meriah dgn ahli keluarga macam "family nak hantar keluarga pegi Mekah pulak.."
Mcm biasa kita bergambar lah dulu..
 

Perjalanan di teruskan ke Sg. Manggis utk sarapan, seterusnya ke Petronas Bkt. Changgang. Ada yg
mengalami masalah kecil pada basikal. Namun dapat diselesaikan utk meneruskan perjalanan.




   ,  

Jam 11.30am tiba di hadapan F1Sepang, Punya la panas,, climbing pulak tu.. hehe,, take 5 la..
(mental perlu kuat di kawasan ni.. angin + panas terik cecah 40 C)
  

Kul 12.15pm tiba di pekan Sepang berehat sekejap di Shell sebelom meneruskan kayuhan.
 

1.45pm tiba ke distenasi Homestay 2 tingkat 4 bilik berhampiran pekan PD..
Makan tengahari dan siap. Nasi, ayam masak lomak cili api + pucuk paku & ikan gelama kering.
Huhhh...dah kenyang lepak2, mandi2. tidor.. 
 

Kul 6 Chef Rashid dah mula prepare utk BBQ nya.. Layan..
 
sempat hadir pd mlm tu pasangan pengantin baru Mamat & Isteri yg sempat menjamah kambing bakar..
malangnya tak sempat nak berfoto.;


Jam 7.30 am semua dah ready utk kayuh balik. sebelom balik sempat bergambar kenangan dpn Homestay
dan tepi pantai berhampiran. Paling best ada kapal colour ORANGE yg menyambut kedatangan kami.. haha.
 ,  

Siap sarapan 8.45am terus bergerak pulang ke Shah Alam.. OTW balik, sempat jugak singgah pekene  
SUP Daging & kelapa  Sg. Manggis.
      

Di simpang Jenjarum sebelom berpisah sempat bergambar lg. yg balik ke Shah Alam meneruskan laluan 
ikut jln Sukepi, manakala yg ke telok & Klang meneruskan kayuhan melalui sejangkang..

Selasa, 23 Oktober 2012

KayuhBeb rentung di Denkil-Kota Warisan Reverse Trail


KayuhBeb rentung di Denkil-Kota Warisan Reverse Trail

Salam kembali kepada rider-rider MTB semua,

Pada 21 October 2012, Kayuhbeb telah berjaya membuat kayuhan Denkil-Kota Warisan reverse trail.
Kayuhan Trail terbalik ni adalah idea dari Bro Kay Kay yang sukew pada cabaran walaupun dalam hati ada taman.

Walaupun ride announcement agak lewat dibuat, tetapi seramai 22 rider telah berkumpul di Pasar Dengkil seperti waktu dijanjikan.


Alhamdulilah tidak hujan tapi cuaca agak  panas maka jadilah kayuhan ni sebagai kayuhan rentung...yang putih jadi hitam.




Target kayuhan adalah sejauh 38km dengan 5 bukit untuk didaki, tapi disebabkan berbagai X factor halangan seperti rantai putus, orang pancit, orang tergeliat dan cuaca panas dan lapar, jadi keputusan terpaksa diambil dengan membuat "Short Cut" dan melupakan pendakian bukit yang terakhir.


Walaubagaimanapun yang penting adalah Kayuh Santai dan Enjoy.....KayuhBeb Rakan Santai Anda...

Foto diambil adalah sumbangan Bro Kay Kay

foto foto lain boleh didapati disini  http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151147246217897.451231.202991377896&type=3

Ahad, 30 September 2012

Kayuh Santai Bukit Kemandul Sept 2012

Kayuh Santai Bukit Kemandul 

Kayuh Santai Bukit Kemandul ala-ala reunion ngan otai otai kayuhbeb berjaya dijalankan pada 30 Sept 2012.
Otai-otai seperti Azman Satria, Cikgu Ishak, Cikgu Azman dan tak ketinggalan Wak Lias juga turut menghadirkan diri.....wa caya sama lu la...
 


Ternyata bukit kemandul pun tidak boleh lari dari pembangunan.
Trail-trail yang menarik habis diratakan.



Yang tinggal dan menjadi mainan adalah ladang kelapasawit sekitar jalan kebun dan Kota Kemuning.


Bro Amir....Pendatang baru MTB turut enjoy dalam kayuhan Santai KayuhBeb





Dalam perjalanan balik nun jauh sayup masih berdiri gah Kebun Jambu yang menjadi tempat singgahan tetap kayuhbeb setiap kali masuk Bukit Kemandul...

Next ride kita lawat Kebun Jambu la pulak....





Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang