Halaman

Selasa, 31 Mac 2009

Information :KL Mountain Bike Hash - Bandar Tasik Puteri

Date : 5 April 2009
Time : 9am (Briefing)
Tempat : Medan Puteri Shops,Bandar Tasik Puteri
GPS : (N3.28564, E101.47365)
Jarak : Long 28km, Short 15km,

Kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut atau direction boleh layari;

http://www.bikehash.freeservers.com/

Cabaran Kemandul 60 KM

Tarikh:28 march 09
Masa:830am
Tepat berkumpul: Sek. Bkt kemandul
Laluan:offroad
Jarak: target 60km
Jarak sebenar : 33km

Lebih kurang pukul 8:30am beberapa rider yang berani menyambut cabaran telah berkumpul di Sek Bukit Kemandul.Antara rider berani yang hadir adalah, Sarjan Kaykay, Ah Chong, Azrul dan pendatang baru MTB Bro Khairul.Kapten Man Sawit yang sepatutnya hadir tidak menunjukkan diri. takut ke? Melalui maklumat yang boleh dipercayai, Bro ManSawit tidak hadir sebab menyiapkan diri untuk Selangor MTB Challenge. Takut cedera sebab tu tak kayuh kemandul.

Lebih kurang pukul 8:45am, kayuhan dimulakan melalui Bukit Kemandul, Jalan Kebun (Offroad) dan Rawdah (Offroad), menempuh bukit-bukit yang tak berapa tinggi tapi banyak.

Disebabkan Kapten tak hadir, kayuhan hanya dapat dibuat sekadar 30km sahaja.
Tiada photo yang sempat diambil.

Isnin, 23 Mac 2009

Kayuhan FRIM - Green Cycle


Kayuhan Frim – Green Cycle
(Sempena Sambutan Hari Hutan Sedunia)
Tarikh: 21 March 2009
Masa : 8:30am
Jarak : 20km
Tempat : FRIM, Kepongm Selangor
Laluan : Road – Off road (jungle) – rover trek and single trek
Masa Tamat : 11:40 am
More Photo : http://kayuhbeb.multiply.com/

Persiapan
Pagi 21/3/09, masing-masing telah terjaga seawal pukul 5am dan telah berkumpul di Shell Kesas Highway pada pukul 6:30am untuk gerak bersama ke FRIM bagi memeriahkan lagi sambutan Kayuhan Hijau “Green Cycle” sempena sambutan “World Forest Day”
Macambiasa la, ada yang sampai awal dan ada juga tengah “on the way” tah kat mana pun tak sure.
Lebih kurang pukul 6:45am, semuanya telah berkumpul, sebanyak 4 buah kereta dari Kayuhbeb, Roto-X dan Pujmac menekan minyak kereta ke tempat yang dijanjikan.
Sesampai aje di pintu masuk FRIM, Security telah memberikan laluan masuk tanpa membayar sesen pun. Syabas kepada organizer.
Masing-masing telah memakirkan kereta berdekatan sekolah dan menyiapkan jentera masing-masing.Kayuhan ke KEM PERAH pun dimulakan dengan pendakian jalan tar.
-Kacang je.
Pendaftaran
Sampai aje di KEM PERAH, kami disuruh untuk register, sebagai record dan melayakkan diri untuk lucky draw. Kelihatan, Kayuhbeb adalah antara peserta yang awal sampai. Juga kelihatan Bro Khairul dari FRIM (Orang yang bertanggungjawab menjemput kelab Kayuhbeb ke Green Cycle - Thanks Bro)
Beberapa minit kemudian, beberapa peserta dari daerah lain pun sampai dan juga peserta dari UPSI – (Satu-satunya group yang bawa ramai rider perempuan – bakal cikgu la ni)
Pelancaran
Tepat jam 8:45am , perasmian telah dilancarkan oleh Pengarah Frim.
Kayuhan sopan santun pun dimulakan selepas flag off. Tujuan untuk membuktikan yang rider-rider MTB ni pun sopan santun dan cinta alam sekitar.

Kayuhan Trek FRIM
Kayuhan sopan dari Kem Perah menuju ke Streoid Hill, sebaik sampai persimpangan ke Heli pad, kami diarah kan untuk mengikut jalan ke Kanan menuju ke Bukit Putus.
Patutla dinamakan Bukit Putus sebab tak leh kayuh, kena angkat beskal dan meniti tebing ngan hati-hati, kalau tak beskal jatuh ke gaung. Kalau sayang sangat kat beskal kemungkinan dengan rider sekali boleh jatuh sebab cuba menyelamatkan beskal.

Selepas meniti tebing kayuhan landai menuju ke Bukit Hari, disini kami dinikmati dengan Panorama Kuala Lumpur yang indah. Sayang ambil ngan camera hp, kalau bawa camera SLR, perhhh! Damai dan tenang.
Selesai bergambar dan dengai taklimat, kayuhan diteruskan menuruni bukit steroid – Downhillllllll.Syokkkkkkk. sorry tak sempat ambil gambar part ni. Lu pikir lah sendiri – kata Nabil Raja Lawak

Selepas tu, kami dibawa melayan kaki bukit Dream Trail – complete satu loop. Kami tak dibawa ke Dream Trail sebab kawasan tu tak di gazette kan lagi untuk MTB. Kayuhan kaki bukit Dream trail (Bukit Bujang), adalah kayuhan offroad yang terakhir.
Selepas tu kami dibawa berkumpul untuk berkayuh ikut barisan untuk TV3 shooting dan lintas hormat depan VVIP.
Penamat
Tamat sahaja lintas hormat, kami dibawa semula ke KEM PERAH sebagai penamat kayuhan Green Cycle dan dihidangkan dengan makanan. Difahamkan, makanan berdaging seperti rusa dan kijang tidak dihidangkan sebagai menghormati penghuni hutan – Lawak aje la.

Sebagai tanda penghormatan, rider-rider telah diberi peluang untuk menurunkan tandatangan di Plak Green Cycle yang akan diletakkan di FRIM nanti.Bukti beb, bukti.bangga beb! Bangga.

Kesimpulan: Kayuhan Green Cycle Success dan syabas kepada pihak penganjur Kelab MTB frim dan kakitangan FRIM. Diharap rider-rider MTB selepas ini boleh lah mengayuh dikawasan yang disediakan unutk MTB (Papan Tanda telah dipacakan) dan juga dapat menghormati pengunjung-pengunjung lain. Kita mesti tunjukkan kepada orang lain yang MTB rider ni sopan santun orangnya. Bayaran RM 3 yang dikenakan selepas ni diharap dapat digunakan untuk membangunkan lagi trek MTB di frim dan juga kemudahan-kemudahan lain seperti tempat basuh beskal percuma – Hi!hi!hi!.


Bakal member baru Kayuhbeb.(Kawan Man Sawit)

Peserta paling kecil - 12 tahun (sebelah kanan la)

Khamis, 19 Mac 2009

Kayuhan Denkil Trail

Kayuhan Denkil-Kota Warisan-Jenderam
Date: 14/3/09 (Sabtu)
Masa Kumpul : 7:30am
Masa Gerak : 8:30 am
Tempat Kumpul : Pasar Denkil
Jarak Laluan : 33km
Jenis Laluan : Offroad Sawit, Getah dan Jalan Kampung.

Seramai 5 orang Kayuhbeb, Azrul,Kay-kay,Lampir, Ah Chong dan Uncle Yap telah berkumpul di Pasar Denkil untuk menjelajah trail denkil-Kota Warisan dan Jenderam.








































Tepat pukul 7:30am semua ahli telah berada di Kedai Mamak berhampiran Pasar Denkil, menuggu hujan berhenti.
Lebih kuran pukul 8:30 am hujan sudah mula berkurang, dengan tidak membuang masa dan semangat yang berkobar-kobar untuk meneroka trail denkil yang dianggarkan sejauh 40km, kami mula berkayuh didalam suasa hujan renyai-renyai.
Ekpedisi kali ini telah diketuai oleh Uncle Yap.
Target hendak melengkapkan kayuhan sejauh 40 km, tetapi suasana jalan yang basah membuatkan tayar beskalmelekap di tanah, menjadikan kayuhan kami sukar dan memerlukan stamina yang banyak.
Disebabkan alasan itu, 6km pertama majority telah mengeluh penat.Terlintas dikepala masing-masing "Boleh ke buat kayuhan 40km ni??"
Setelah melalui ladang kelapa sawit, kami menuju ke Kota Warisan dengan melintasi Kedai Mamak dengan anak mata mencari-cari, manatau kalau ada member-member dari Kota Warisan yang turut kayuh pada hari yang sama.Malangnya tiada. Mungkin hujan dari pagi telah membuat kan mereka semua manarik kain selimut.
Kayuhan telah diteruskan untuk mendaki bukit-bukit yang telah diceritakan oleh Uncle Yap.
Dipendekan cerita ahli kayuh beb telah berjaya menawan bukit yang dikatakan oleh Uncle Yap. Memandangkan bukit yang kami panjat tu terlau tinggi, beberapa gambar kenang-kenangan telah diambil dengan tujuan untuk menunjuk kepada ahli kayuhbeb yang tak dapat pergi.


Dipendekkan lagi cerita, kami cuma dapat meneroka hanya 30km sahaja dan kayuhan ditamatkan pada pukul 1pm.
Sila layari http://kayuhbeb.multiply.com/ untuk melihat gambar-gambar yang diambil.






























Selasa, 10 Mac 2009

Kulim Hi-Tech Exploration - Catatan



Date: 8hb March 2009
Time : 7:30am
Venue : Kulim Hitech Business Park
Distance : 53km
Sebelum Kayuhan Bermula
Seawal pagi 8hb March 2009, pukul 6am Sarjan Kay Kay yang telah bermalam di rumah Mak Mertua saya telah bangun untuk bersiap sedia ke Kulim Hitech Exploration.
Tepat jam 6:30am, kami telah bergerak keluar rumah untuk sarapan di Kedai sebelah Masjid di Kubang Semang.
Risau untuk mengisi perut dengan nasi lemak – takut cepat pancit, kami hanya mengambil mee goreng sahaja sekadar mengisi perut.

6:45am, mula meniggalkan Kedai mamak menuju ke Kulim Hitech Business Park, kereta dipandu dengan slow and steady, sambil memandu, dihati penuh dengan semangat dan azam “Aku mesti tamatkan kayuhan hingga ke garisan penamat.”.Tak kira berapa jam pun, mesti habiskan juga, tak kira apa jadi pun mesti habiskan juga.
Sepanjang perjalan melalui Kulim Butterworth Highway, kelihatan beberapa kenderaan yang membawa MTB menuju ke tempat yang sama.

7:15am, tiba di perkarangan Kulim Hitech Business Park, parking dah penuh, anggota rela yang bertugas mengarahkan supaya meletak kereta di banggunan sebelah Kulim Hitech Business Park.
Setelah meletak kenderaan, dengan tenangnya kami pun mengeluarkan beskal masing-masing dan bersiap sedia untuk menempuh cabaran.
Tak lupa juga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan dan juga dengan tujuan untuk menunjuk kat member-member.
Sedang sibuk bergambar, announcement telah dibuat yang acara akan dilepaskan, apalagi kelam kabut la kami ke tempat permulaan.Tak sempat nak bergaya lebih-lebih.

Kayuhan Bermula – Jalan Tar
7:30am, setibanya kami di tempat pelepasan, pelepasan telah dibuat, ah! sungguh tak disangka yang penganjur betul-betul menepati masa.Apalagi masuk tengah-tengah la.
Kelihatan, semua peserta dengan semangat yang membara, mengayuh beskal selaju yang boleh.
”Pedulikan, kita bukan nak berlumba, target kita nak habiskan aje” kata Azrul,
” Simpan tenaga, nanti cepat penat”
”Biar lambat, janji dapat habiskan”


Sepanjang perjalanan jalan tar sejauh 15 km tu(sebelum masuk offroad), satu persatu rider-rider yang memecut tadi telah mula memperlahan kan kayuhan masing-masing mungkin kerana kepenatan, apalagi, satu persatu kami potong dengan selamba aje dan dengan tenaga yang masih belum digunakan. Bangga juga sebab startegi kayuhan perlahan menjadi.Hi!hi! (pengalaman sebenarnya)

Off road
Setelah tamat 15km jalan tar, kami mula memasuki jalan offroad, jalanya banyak yang landai, kalau ada bukit pun tak berapa tinggi, kira boleh kayuh la.Enjoy beb! enjoy!,
Apabila sampai di satu bukit, agak panjang juga la climbingnya, kami dah mula push energy, sebab ingat hanya bukit ni aje yang tinggi.
Mula teringat kata- kata salah seorang penganjur ”90% bukit boleh kayuh, tak teruk sangat trail ni, kalau teruk pun satu bukit tu aje”

Push punya push tak juga sampai puncak, ingat dah sampai puncak, ada lagi puncak,
Ah! tak leh jadi ni, kena stop juga la, push lebih-lebih takut tak sampai penamat pulak nanti.

So kitaorang pun berehat dan makan power bar sikit sebelum meneruskan menolak beskal. Hi!hi!.Mountain Bike = MTB = Mari Tolak Beskal.

Bukit
Setelah sampai puncak, apalagi rewarddd sudah mari! Downhill, syok!syok!syok! memang berbaloi tolak beskal naik bukit, bila dapat layan downhill.
Sorry la bro-bro semua yang baca saya punya cerita ni, disebabkan terlalu penat mengayuh beskal, saya dah tak berapa recall sangat trail yang dilalui.
Masa tu apa yang terlintas dalam kepala ”Aku mesti completekan kayuhan hingga ke garisan penamat” Nekad.
Apa yang aku ingat, naik bukit, turun bukit, naik bukit, turun bukit, naik bukit, kaki krem 2 ,3 kali. Merentas sungai 2 kali, naik bukit balik pastu turun bukit.
Kesimpulannya, apa yang naik mesti ada turun, tak jumpa lagi naik tak turun-turun, ataupun turun tak naik-naik, sorry la dah merapu sikit.

Checkpoint
Part ni, aku tabik sikit yang pihak penganjur kerana telah betul-betul menjaga kebajikan Rider-rider semua, setiap checkpoint telah disediakan air mineral dan juga pisang, berlebih-lebih lagi. ” Rider-raider yang kat depan tu semua nya kayuh laju-laju, tak ambik pun air ngan pisang ni” kata salah seorang petugas di salah satu checkpoint.
Pasai tu la berlebih. Power rider kat depan tu, dah la kayuh laju, pisang ngan air pun tak layan.

Penamat
Team kayuhbeb yang terdiri dari Bro Azrul dan Bro Sarjan Kay-kay, telah berjaya menamatkan Kulim Hitech Exploration pada pukul 12:30pm dengan jayanya dan tanpa kecederaan yang serius dan juga tanpa problem beskal.

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang