Date: 8hb March 2009
Time : 7:30am
Venue : Kulim Hitech Business Park
Distance : 53km
Sebelum Kayuhan Bermula
Seawal pagi 8hb March 2009, pukul 6am Sarjan Kay Kay yang telah bermalam di rumah Mak Mertua saya telah bangun untuk bersiap sedia ke Kulim Hitech Exploration.
Tepat jam 6:30am, kami telah bergerak keluar rumah untuk sarapan di Kedai sebelah Masjid di Kubang Semang.
Risau untuk mengisi perut dengan nasi lemak – takut cepat pancit, kami hanya mengambil mee goreng sahaja sekadar mengisi perut.
6:45am, mula meniggalkan Kedai mamak menuju ke Kulim Hitech Business Park, kereta dipandu dengan slow and steady, sambil memandu, dihati penuh dengan semangat dan azam “Aku mesti tamatkan kayuhan hingga ke garisan penamat.”.Tak kira berapa jam pun, mesti habiskan juga, tak kira apa jadi pun mesti habiskan juga.
Sepanjang perjalan melalui Kulim Butterworth Highway, kelihatan beberapa kenderaan yang membawa MTB menuju ke tempat yang sama.
7:15am, tiba di perkarangan Kulim Hitech Business Park, parking dah penuh, anggota rela yang bertugas mengarahkan supaya meletak kereta di banggunan sebelah Kulim Hitech Business Park.
Setelah meletak kenderaan, dengan tenangnya kami pun mengeluarkan beskal masing-masing dan bersiap sedia untuk menempuh cabaran.
Tak lupa juga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan dan juga dengan tujuan untuk menunjuk kat member-member.
Sedang sibuk bergambar, announcement telah dibuat yang acara akan dilepaskan, apalagi kelam kabut la kami ke tempat permulaan.Tak sempat nak bergaya lebih-lebih.
Kayuhan Bermula – Jalan Tar
7:30am, setibanya kami di tempat pelepasan, pelepasan telah dibuat, ah! sungguh tak disangka yang penganjur betul-betul menepati masa.Apalagi masuk tengah-tengah la.
Kelihatan, semua peserta dengan semangat yang membara, mengayuh beskal selaju yang boleh.
”Pedulikan, kita bukan nak berlumba, target kita nak habiskan aje” kata Azrul,
” Simpan tenaga, nanti cepat penat”
”Biar lambat, janji dapat habiskan”
Sepanjang perjalanan jalan tar sejauh 15 km tu(sebelum masuk offroad), satu persatu rider-rider yang memecut tadi telah mula memperlahan kan kayuhan masing-masing mungkin kerana kepenatan, apalagi, satu persatu kami potong dengan selamba aje dan dengan tenaga yang masih belum digunakan. Bangga juga sebab startegi kayuhan perlahan menjadi.Hi!hi! (pengalaman sebenarnya)
Off road
Setelah tamat 15km jalan tar, kami mula memasuki jalan offroad, jalanya banyak yang landai, kalau ada bukit pun tak berapa tinggi, kira boleh kayuh la.Enjoy beb! enjoy!,
Apabila sampai di satu bukit, agak panjang juga la climbingnya, kami dah mula push energy, sebab ingat hanya bukit ni aje yang tinggi.
Mula teringat kata- kata salah seorang penganjur ”90% bukit boleh kayuh, tak teruk sangat trail ni, kalau teruk pun satu bukit tu aje”
Push punya push tak juga sampai puncak, ingat dah sampai puncak, ada lagi puncak,
Ah! tak leh jadi ni, kena stop juga la, push lebih-lebih takut tak sampai penamat pulak nanti.
So kitaorang pun berehat dan makan power bar sikit sebelum meneruskan menolak beskal. Hi!hi!.Mountain Bike = MTB = Mari Tolak Beskal.
Bukit
Setelah sampai puncak, apalagi rewarddd sudah mari! Downhill, syok!syok!syok! memang berbaloi tolak beskal naik bukit, bila dapat layan downhill.
Sorry la bro-bro semua yang baca saya punya cerita ni, disebabkan terlalu penat mengayuh beskal, saya dah tak berapa recall sangat trail yang dilalui.
Masa tu apa yang terlintas dalam kepala ”Aku mesti completekan kayuhan hingga ke garisan penamat” Nekad.
Apa yang aku ingat, naik bukit, turun bukit, naik bukit, turun bukit, naik bukit, kaki krem 2 ,3 kali. Merentas sungai 2 kali, naik bukit balik pastu turun bukit.
Kesimpulannya, apa yang naik mesti ada turun, tak jumpa lagi naik tak turun-turun, ataupun turun tak naik-naik, sorry la dah merapu sikit.
Checkpoint
Part ni, aku tabik sikit yang pihak penganjur kerana telah betul-betul menjaga kebajikan Rider-rider semua, setiap checkpoint telah disediakan air mineral dan juga pisang, berlebih-lebih lagi. ” Rider-raider yang kat depan tu semua nya kayuh laju-laju, tak ambik pun air ngan pisang ni” kata salah seorang petugas di salah satu checkpoint.
Pasai tu la berlebih. Power rider kat depan tu, dah la kayuh laju, pisang ngan air pun tak layan.
Penamat
Team kayuhbeb yang terdiri dari Bro Azrul dan Bro Sarjan Kay-kay, telah berjaya menamatkan Kulim Hitech Exploration pada pukul 12:30pm dengan jayanya dan tanpa kecederaan yang serius dan juga tanpa problem beskal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan