Kayuh:Santai:Enjoy Kayuh Beb Cycling Club is the mountain bike club that organise enjoy ride. No fitness required, What we need is enjoy only.
Ahad, 22 Februari 2009
Mini Hash Bukit Kemandol - Success
Date : 22 Feb 2009
Time : 9:00 am tayar golek,
Venue : Bukit Kemandol.
Distance : 20 km
More photo pls go to http://kayuhbeb.multiply.com/
Mini Hash Bukit Kemandol telah berjaya dijalankan dengan support kengkawan dari Roto-X, Klang, Banting, Puj-Mac, TUDM,Shah Alam.
Setelah confirm semua telah berkumpul, sessi briefing telah diberi oleh Bro Azrul dan disudahi dengan bacaan doa oleh Haji Azmi.
Kayuhan bermula pada pukul 9am (walaupun pada rancangan asalnya 8:30 am tajam.Tajam pun boleh tumpul akhirnya.) dengan disertai seramai 45 orang yang terdiri dari berbagai peringkat usia. Ada yang kayuh dari rumah ada yang bawa kereta.
Seperti biasa kayuhan diketuai oleh Bro Man Sawit untuk meneroka segala pelusuk trail di Bukit Kemandol. Laluan mendaki, downhill, laluan Kelapa sawit, kebun getah, kebun Jambu, Kebun Belimbing, padang pasir, tasik, single trail and technical . Pendek kata macam-macam ada.
Alhamdulilah, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang kayuhan, cuma beberapa insiden kecil seperti, terjatuh dalam lopak dan tayar pancit.Orang pancit pun ada gak. Kayuhan tamat pada pukul 12 pm dengan disajikan pertandingan gasing di Kampong Orang Asli Bukit Kemandol.
Terima Kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan Mini Hash Bukit Kemandol.
Kepada sesiapa yang mempunyai gambar-gambar yang menarik, sila e-mail ke germapower@yahoo.com.my
"Kalau posing macam ni ada peluang tak gambar masuk blog" Bro Faizal Huha
Peserta paling muda dalam Mini Hash Bukit Kemandol. Yang dua tengah la bukan yang kat kiri kanan tu.
Perbandingan antara muda dan tua, kurus dan gemuk
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan