Kayuhan mengikat ikatan persahabatan di Bukit Beruntung anjuran Sentosa Cycling Club..Thanks Tuan Sabri and the Gang...juga rakan-rakan sekayuhan dari Team-team lain...
Setelah sekian lama perancangan kayuhan dengan Geng Sentosa Cycling Club tertangguh..akhirnya 11hb April 2010 ....berjaya dilakukan.....
Kali ni diluar dugaan..seramai 73 rider-rider dari kawasan sekitar seperti PKNS MTB Club, Kuala Selangor Cycling Club, rider-rider power dari Penjara Sungai Buluh, Bandar Tasik Puteri, juga tak ketinggalan KayuhBeb dan ramai lagi..(sorry bro sebab tak ingat)....telah sehati sejiwa menyambut pelawaan dari Geng Sentosa Cycling Club...
Bila dah ramai ni kira macam join Jamboree lak rasanya....memang best
Seperti biasa sessi bergambar diadakan sebagai kenang-kenangan.Selepas penerangan dari Bro Sabri dan bacaan doa oleh Bro Jesse labu..kayuhan pun dimulakan dengan melepaskan seramai 73 rider untuk menerjah trail Bukit Beruntung.
Orang kuat Sentosa Cycling Club...
Sebelum memasuki offroad kami dibelai manja dengan laluan Tarmac
Lalauan offroad yang cukup menenangkan jiwa dan raga...
Cabaran Offroad yang pertama naik bukit sikit tapi downhill.....hebat...tak caya cuba lah sendiri
Laluan yang dihidangkan juga ada bermacam-macam...kebun getah ada, bukit botak ada, padang pasir pun ada.
Bukit yang dihidangkan semuanya boleh di kayuh....memang best
Semuanye best..termasuk la cuaca pada hari itu...PANASSSS
Pantang dapat tempat teduh....mesti berehat....
Disebabkan cuaca yang agak panas, ramai rider yang telah kehabisan air hanya dapat meneruskan cabaran sejauh 18km sahaja.
Kepada yang tak puas dan rasa rugi datang jauh-jauh telah cuba memberanikan diri untuk mengikuti laluan sejauh 30km.
Lebih kurang 15 minit perjalanan, dek kerana cuaca yang teramat panas...masing-masing telah mula meragui keputasan yang dibuat mengikuti Long Trail.
Mulalah berbagai alasan diberikan kepada Bro Sabri dengan harapan dapat mengikuti Chiken Loop...tapi hampa...tiada laluan chiken loop...nak tak nak terpaksalah menghabiskan juga.
Dengan bekalan air yang kurang..kayuhan melayan jiwa dan perasaan pun di buat...hinggalah kami sampai di kilang membuat batu bata...disana dengan ehsan pekerja-pekerja di sana kami pun me "refill" botol masing-masing dengan air paip yang telah di filter...terasa sedikit payau...
Apa nak buat..ini adalah sebahagian cabaran yang terpaksa dilalui kalau teringin main MTB...chewah!
Walaubagaimanapun cabaran 30km tetap berjaya dihabiskan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku....alhamdulilah...
Ternyata preparation yang dibuat oleh Bro Sabri and the gang penuh dengan perancangan yang rapi...siap ada penjaga traffic dan juga penjaga-penjaga simpang-simpang sepanjang trail.
Trail yang dihidangkan juga memang best..TQ!TQ!.
Gambar adalah sumbangan Bro Kay-Kay dan Bro Ajib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan