Setelah teruja menengok gambar rakan-rakan Roto-X berkayuh di Gunung Nuang. Kami pun bernekad untuk kesana dengan hanya berpandukan maklumat dari GPS dan juga serba sedikit info dari kengkawan yang pernah menerjah kesana......dengan itu Kayuhan ini dinamakan Kayuhan TERJAH MENERJAH Gunung Nuang.
Hanya 5 orang aje Geng KayuhBeb yang dapat join... Bro Dean Cop,Ajib,Kay-kay, Acong and Rule..jadi kayuhan santai gila yang tak de belas kasihan pun dibuat...setelah selesai sarapan di Bt 14 Hulu Langat, kami pun memulakan kayuhan ke Gunung Nuang lebih kurang pukul 10am....agak lewat juga la tuh...ala biasalah..santai gileee......
Kayuhan dari tempat parking ke Kem Renjer melalui Tarmac sejauh 2 km penuh dengan pendakian dan pendakian. Disebabkan tak tau jalan..tersesat juga ke jalan lain tapi nasib baik ada makcik yang sedang mengutip pucuk manis memberikan kami jalan yang betui....’
Sebelum sampai ke Kem Renjer, kami telah terserempak dengan sebuah kereta yang terperosok kedalam lubang...disebabkan kayuhan adalah Santai Gileee, dengan hati yang rela kami pun mengangkat kereta tu beramai-ramai dan berjaya...wonderpet...
Setelah selesai mendaftar dan membayar seorang satu henggit gambar kenangan pun diambil sebagai bukti kepada isteri masing-masing dihadapan papan tanda Gunung Nuang.
Maka bermulalah satu penyeksaan pendakian yang tak putus-putus sejauh 5 km tanpa belas kasihan. Semasa terseksa terbayang kengkawan yang duduk di rumah sedang menonton ASTRO sambil memakan popcorn..pergh...seksanya kami kat sini...
TETAPI....semua itu hanyalah mainan perasaan sahaja, yang penting mental kena kuat....jadi kayuhan melayan perasaan pun dibuat dengan satu tujuan sampai ke PUNCAK Gunung Nuang.....
Ini barulah betul dinamakan main Mountain Bike atau Basikal Gunung…betul-betul daki gunung….takat bukit je sebelum ni patut kena panggil HILL Bike je laa....
Semasa pendakian juga kami telah terserempak dengan serombongan kumpulan besar dari Penjara Kajang sedang menuruni bukit dengan memberi kata-kata semangat ..”Caya lah Bang”..”Respect la Bro semua daki gunug naik beskal”..”sikit je lagi bro..good luck”.
Kayuhan diteruskan hingga la ke tempat perkhemahan dan berkelah sebelum memasuki laluan single trail. Disini beberapa maklumat mengenai trail untuk ke Puncak Gunung Nuang pun di kumpul dengan bertanya kepada pendaki-pendaki yang telah pun turun.
”Trail seterusnya single trail bang, mendaki teruk bang...beskal tak leh naik..kalau nak naik juga kena pikul la....”
Ternyata kata-kata itu sidikit pun tidak mematahkan semangat kami...dengan hati yang keras kami sepakat tetap akan meneruskan kayuhan memasuki single trail ke KEM LOLO....................................
Disebabkan kali ini kayuhan adalah lebih kepada meninjau jalan..kayuhan dengan Open Invitation akan dibuat sambil bekelah-kelah minum Kopi Aik Cheong, Radix juga makan Maggie Cup...nak buat BBQ pun boleh...kena pikul la kambing dari bawah.
Kayuhan ini juga dinamakan Kayuhan Santai X de Belas Kasihan....dengan menghabiskan masa bermandi manda sebab lepas ni dah tau dah Downhill 5km non stop....
Perjalanan balik teramat la laju tak sampai 30 minit dah sampai ke tempat Renjer....apa-apa pun kena repeat balik....
1 ulasan:
Wow...cam best je,klw Sya nak joined team kayuhBeb cycling club ni bole k...tapi Sya area bukit beruntung
Catat Ulasan