Halaman

Isnin, 28 Jun 2010

Epic Ride....KayuhBeb Play with the MUDDDD

Epic Ride....KayuhBeb Play with the MUDDDD
28 jun 2010, 06.00 am....

Hujan masih turun mencurah-curah di sekitar Klang, Selangor. Hawa dingin-dingin teringat kenangan di Cameron Highland. Kalau dapat tido cam Jinggo ni mesti best..keluh hati…. Namun, seperti yg dijanjikan perlu jugak dilaksanakan.


Pukul 6.15 am sampai saja di rumah Krul, kelihatan Yuih dengan kasut baru nya dan Krul dah mula load bike kat atas Toyota Unsernya...


Tujuan hari ini KLMTB Hash di Batang Kali, Selangor.

Antara yg telah mendaftar Krul, Yuih, Din Polis, Kulat, Angah & Along. Lain-lain yg mintak didaftarkan tp tak dpt joint
Ghan,Kuyu,Paklah & Lan. Mungkin hujan lebat yg turun menyebabkan mereka takut bike berselemuih ngan lumpur atau
bertugas pada hari ini spt Jinggo (ala-ala bangla angkat barang kt office) & KK ( duty lipat kain + lampin + basuh berak baby) atau ada urusan keluarga mcm RULe...

Perjalanan ke Batang Kali bermula sebaik saja Din Polis tiba dlm hujan renyai-renyai. Singgah di Petronas KESAS arah
KL utk beli sarapan..Sampai di Tol Rawang Along & Angah dah sedia menanti..( Mmg ngam 2 beradik ni..bila si KUYU dan ZAIDI tak ikut….) ON Time kita ni.
Sambung perjalanan ke Batang kali. Perjalanan lancar tanpa gangguan kesesakan jalan raya.

Sampai kat Starting point jam 7.45am, barisan kenderaan bersama rider-rider dah bersiap sedia... sempat lah kami bertemu mesra dengan Geng2 MTB yg joint ride kali ni..antaranya Tuan Haji Ramli SP bersama team KOTRT. dari "penang po mai...", dan Bro Hensem Joe Zain yg kayuh bersama2 kami...





Selesai register & briefing kayuhan di mulakan., starting pon relex saja tak terkocoh-kocoh. maklumlah Hash bukan Jamboree atau race... Semua rider pon nampak sporting dgn memberi laluan antara 1 sama lain..



Habis saja ON road dlm 2 km terus ke single trail yg mmg licin akibat hujan semalaman... dah ada yg terbabas @ jatuh.
Tolong menolong antara team mate dah mmg sebati dalam MTB. Kesesakan bermula bila ada jambatan kecil di serbu gerombolan rider-rider ni...



Laluan pada peringkat permulaan landai,di sekitan kebun sawit dan perkampungan.



Bila kembali semula ke OFF road, pendakian bermula. Single trail + ladang getah + kebun Durian & cempedak..( semerbak harum baunya..)




Bila dah puas mengayuh + menolak panjat bukit, tiba lah masa dan ketika yg di tunggu-tunggu siapa saja dlm dunia MTB...Down Hill....
Permulaan D/H mmg OK dan syok layan. Sampai di satu point, Ramai rider park kat tepi. tak ketinggalan, Geng2 KayuhBeb.
Tertanya-tanya jugak kenapa.... Frust betul rasanya... Punya lah cantik trail D/H tp tak blh nak layan. Becak + lumpur...
Ramai rider yg kecundang kat sini..( tergolek ). Kat sini jugak lever brake belakang bike angah patah/minyak bocor...(antara tanda-tanda nak kena hu[grade] takder brake belakang dia layan trail ni.....sambil mulut kumut kamit menyebut elixir..elixir..elixir…..



Habis saja D/H terus masuk sungai... Mmg pandai Hake yg cari trail ni...boleh cuci bike @ cuci badan. Arus agak deras dan kedalaman hampir 0.75m. Ada yg takut-takut nak melintas sungai yg tiada jambatan ni...

27 to 31, 44

Kayuhan di teruskan di CP 2 melalui kebun sawit. Laluan mmg becak berselemuih.... masuk single trail dan lintas semula sungai yg diseberangi mula tadi,, cuma disini air cetek dan mudah sedikit diharungi..
Kat sini terjumpa ngan "Ezlin".. Syok jugak jadi artis ni...Bike pon ramai yg offer nak tolong dukungkan..( bukan dukong Ezlin..).
Selepas saja melintasi sungai ni, berehat la kejap nak buang pasir dlm kasut.. entah mcm maner Hp yg di letak dlm pocket blader
terjatuh ke dlm air...ha ha ha... tak der pic la lepas ni..


Trail seterusnya masih banyak pendakian panjang @ landai. rideble... kebun getah, kebun cempedak, rambutan dan single trail hutan renik.
Sampai 1 point kawasan kebun getah trailnya mengingatkan kami pada kayuhan Taiping Jamboree yg lepas.. D/H licin, langsung tak boleh nak bertapak. ramai yg buang saja bike utk selamatkan diri.. Curun pulak tinggi menyebabkan perlunya kerjasama antara rider utk turun.


Sekali lagi tabik ngan team work MTB rider ni..sampai di CP 3, jam 11.45 am..melihat pada Trail ramai yg dah giveUp untuk meneruskan kayuhan.. "mmg tak enjoy. Banyak tolak dari kayuh".. antara keluhan yg di dengar...!!! Selepas berbincang ala-ala DO-RE-MI, memandangkan bike angah yg tiada brake, ada yg rasa nak
cramp, ada yg mak panggil balik, ada yg nak tengok NONA, keputusan yang mencabar kelakian utk balik ke starting point diambil...( chicken Loop ler tu...)
sampai di sana terus check out..semua dah selamat sampai..Lucky draw masa check out Bro kulat dpt tayar...Bertuah-bertuah..he he he..



Terima kasih kepada Bro Din Polis yg belanja kami makan sate. Tahniah kerana terawal sampai...!!!
Kesimpulan, kayuhan ni memang syok. Cuma keadaan muka bumi yg diliputi air hujan menyebabkan kayuhan terganggu..Kalau kayuh musim kering rasanya ramai yg puas hati.. Canopy dan single trailnya mmg kelas..

Laporan dari KULAT…..Da OTAI Blogger….



























Selasa, 22 Jun 2010

KayuhBeb di Thomson Trail...Feel da' Nature


Thomson Trail….Enjoyed the Suffering Ride,FEEL the Nature.

Thomson Trail boleh dikatakan antara trail idaman setiap MTB rider. Dah lama juga la Geng KayuhBeb nak ride kat Thomson Trail ni dan akhirnya tercapai apabila Chif Khalid dari TEN90 mempelawa kayuh disana yang dianjurkan oleh PCC.

Antara rider brani menghadirkan diri (yang kenai la) aku(RULe), Kay, Kulat, Jinggo, Along, Angah, Kuyu, Ajib,Dean Cop, Hilmi, Bob, Chif Khalid and Wife, Nas Kona, Zai Kona, Joe, Syaaban, Bro Wahid yang terdiri dari Geng KayuhBeb, TEN90, Roto-X dan Joe and da Gang. Geng yang tak ikut lipat kain jangan cakap la…ramai ni kalau nak tulis…he!3x

Pembukaan…

Kayuhan bermula di Shell Ringlet lebih kurang jam 8:15am setelah penerangan diberi oleh Bro Rob dari PCC.

Awal-awal lagi kami dihidangkan dengan downhill tarmac sejauh 7 km. Layan juga la ngan Susana yang nyaman dan sejuk-sejuk kambing.



Kemudian climbing ala-ala busut sejauh 5km….laluan ni agak spoil juga la bila lori bawa baja taik ayam tu lalu terus energy hilang nak climb…tu yang buat slow je climb...

“cam ni je ke Thomson Trail?...tak syok la bau taik ayam je…”

Laluan naik juga melalui kebun bunga dan sayur, jadi kesempatan bergambar tidak disia-siakan


Downhill….

Setelah kayuhan geli-geli, sampailah saat-saat yang dinantikan….

Cuba bayangkan (sambil pandang ke atas dan jari telunjuk menyentuh dahi)……….

DOWNHILL sejauh 6km menuruni ketinggian dari 3842 feet ke 1975 feet (1867 feet)…menyedut udara yang segar dan nyaman sambil meredah angin yang sejuk-sejuk…..Seronoknya tak leh nak cerita la kat Geng Lipat Kain….kena try sendiri la…

Tiada jarak Km ditulis, hanya arah anak panah jadi panduan....


Climbing 15km……

Seperti biasa..setiap yang indah mesti ada harganya….kami “dihadiahkan” dengan climbing sejauh 15 km dari ketinggian 1975 feet ke 4609 feet (2635 feet)…"seronoknya" tak dapat diluahkan dengan kata-kata..hanya gambar dibawah sahaja yang dapat menceritakan segalanya…


Climbing ni lakonan je

Walaupun diseksa dengan pendakian yang panjang, suasana yang dingin, panorama yang cantik seolah-olah tiada bukit yang didaki…..kayuhan layan jiwa je la….




Apa-apa pun, ini adalah Kayuhan Ofroad yang terbaikkkk dan Best….kepada rider-rider yang belum lagi mencuba….elok lak cuba cepat-cepat sebelum semua trail menjadi tarmac road.

Juga tak lupa diucapkan terima kasih tak terhingga kepada Chif Khalid TEN90 kerana menyediakan istana hinggap untuk kami semua….TQ!TQ!

Juga kengkawan lain yang ride sama-sama….

Juga to Bro Naim..kerana sudi menemani kami

FEEL da’Nature…………HAPPY CRANKING!

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang