Thomson Trail….Enjoyed the Suffering Ride,FEEL the Nature.
Thomson Trail boleh dikatakan antara trail idaman setiap MTB rider. Dah lama juga la Geng KayuhBeb nak ride kat Thomson Trail ni dan akhirnya tercapai apabila Chif Khalid dari TEN90 mempelawa kayuh disana yang dianjurkan oleh PCC.
Antara rider brani menghadirkan diri (yang kenai la) aku(RULe), Kay, Kulat, Jinggo, Along, Angah, Kuyu, Ajib,Dean Cop, Hilmi, Bob, Chif Khalid and Wife, Nas Kona, Zai Kona, Joe, Syaaban, Bro Wahid yang terdiri dari Geng KayuhBeb, TEN90, Roto-X dan Joe and da Gang. Geng yang tak ikut lipat kain jangan cakap la…ramai ni kalau nak tulis…he!3x
Pembukaan…
Kayuhan bermula di Shell Ringlet lebih kurang jam 8:15am setelah penerangan diberi oleh Bro Rob dari PCC.
Awal-awal lagi kami dihidangkan dengan downhill tarmac sejauh 7 km. Layan juga la ngan Susana yang nyaman dan sejuk-sejuk kambing.
Kemudian climbing ala-ala busut sejauh 5km….laluan ni agak spoil juga la bila lori bawa baja taik ayam tu lalu terus energy hilang nak climb…tu yang buat slow je climb...
“cam ni je ke Thomson Trail?...tak syok la bau taik ayam je…”
Laluan naik juga melalui kebun bunga dan sayur, jadi kesempatan bergambar tidak disia-siakan
Downhill….
Setelah kayuhan geli-geli, sampailah saat-saat yang dinantikan….
DOWNHILL sejauh 6km menuruni ketinggian dari 3842 feet ke 1975 feet (1867 feet)…menyedut udara yang segar dan nyaman sambil meredah angin yang sejuk-sejuk…..Seronoknya tak leh nak cerita la kat Geng Lipat Kain….kena try sendiri la…
Tiada jarak Km ditulis, hanya arah anak panah jadi panduan....
Climbing 15km……
Seperti biasa..setiap yang indah mesti ada harganya….kami “dihadiahkan” dengan climbing sejauh 15 km dari ketinggian 1975 feet ke 4609 feet (2635 feet)…"seronoknya" tak dapat diluahkan dengan kata-kata..hanya gambar dibawah sahaja yang dapat menceritakan segalanya…
Climbing ni lakonan je
Walaupun diseksa dengan pendakian yang panjang, suasana yang dingin, panorama yang cantik seolah-olah tiada bukit yang didaki…..kayuhan layan jiwa je la….
Apa-apa pun, ini adalah Kayuhan Ofroad yang terbaikkkk dan Best….kepada rider-rider yang belum lagi mencuba….elok lak
Juga tak lupa diucapkan terima kasih tak terhingga kepada Chif Khalid TEN90 kerana menyediakan istana hinggap untuk kami semua….TQ!TQ!
Juga kengkawan lain yang ride sama-sama….
Juga to Bro Naim..kerana sudi menemani kami
FEEL da’Nature…………HAPPY CRANKING!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan