Halaman

Rabu, 2 Jun 2010

HTR Ipoh Jamboree….Kayuh sedap, makan pun sedap

HTR Ipoh Jamboree….Kayuh sedap, makan pun sedap

Kali ni seramai 20 orang rider KayuhBeb yang sempat melipat kain awal-awal, telah menyahut cabaran HTR Ipoh Jamboree yang diadakan pada 30hb May 2010 di Tambun, Perak yang disertai seramai 1050 rider yang berdaftar.

Lebih kurang 7:40am, rider-rider dilepaskan….apalagi, masing-masing pun berebut-rebut la untuk menyeksa diri dengan mengayuh beskal masing2x. Ada yang memecut dengan harapan menjadi Juara antara kawan-kawan je, ada juga santai menikmati penyeksaan secara pelan-pelan dan ada jugak yang nak tayang beskal, fox baru, water bladder baru, juga jersey Along baru.….apa-apa pun yang penting kita enjoyyyy…HAPPY CRANKING BEB!

Seperti biasa, kayuhan awalan bermula di jalan tar yang rata lagi enjoy.Belum pun sempat badan berpeluh, kami dihidangkan dengan bukit yang agak tinggi seolah-olah menuju ke bukit batu kapur….disini, berpusu-pusu lah rider-rider menolak beskal menuju puncak.

Pemandangan yang menarik tak dilepaskan untuk bergambar..penat nak berehat pun ye la jugak.

Setelah puas diseksa dengan pendakian, kami dihadiahkan dengan downhill yang panjang dan syok hingga menjilat hidung. Jalan downhill yang luas dan selamat, membuatkan semua rider-rider memecut sepuas hati membalas dendam kesumat atas penyeksaan yang diberikan sebelum ini.

Ternyata madu yang diberi tak tahan lama...madu palsu kut....lagi sekali dengan gumbiranya Geng HTR menyeksa rider-rider yang ada termasuk la Geng KayuhBeb.

Kena ngan motto KayuhBeb...Tak larat kayuh..... kami tolak, penat tolak......kami rehat....Happy Cranking

Pendakian yang sikit menyeksakan seperti biasa dibalas ngan downhill..kali ni banyak lak dowhillnye ...tu yang best....downhill hingga la sampai CP2. Disana air dan pisang disediakan.

Selepas CP2, kami dicabar lagi dengan trek Jungle Trekking.....oh tidak..kenangan Taiping kembali lagi...adakah sama ngan Taiping Jamboree???

Biasanyanya seksaan diberi bila mendaki tapi kali ni turun pun kena seksa....pastu diseksa lagi dengan single trail climbing mencanak...

Selepas CP3, trail yang dihidangkan sungguh menawan hati...best gilooooo, climbing best, downhill pun best...siap ada yang senyum melebar je masa downhill.....syok la melayan beskal...

" Bro ada bukit lagi ke kat depan tu?" tanya rider

"Takde, ni je yang last"jawab marshall

"Tadi Bro kt CP2 pun kata camtu juga" tanya rider

"Diaorang tu suka tipu, kami tak" jawab marshall.

Ternyata Bro yang ngaku tak tipu tu pun memang tipu........jangan mare bro gurau je....

Tetap bukit menanti dihadapan......

Disebabkan kepenatan mendaki bukit, salah sorang rider KayuhBeb telah Pitam....dengan itu dengan rasminya dilantik menjadi President Kelab Pitam KayuhBeb...

Alhamdulillah, selain Bro Din, semuanya selamat sampai dtanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tahniah kepada Mansawit kerana antara yang terawal keluar mendapat ranking yang ke 27, diikuti oleh Bro Kamarul, Angah, Krul, Kay2x dan Bro RULe(yang sikit je lagi nak potong TREK), Tan G'han, Lan dan seterusnya yang lain....

Tahniah juga diucapkan kepada rider yang 1st time join Jamboree dan berjaya mengharungi segala cabaran...Bro Ahmad and Wife (Ima), Djul Gep, Hideham, Fendy dan Nazri CIMB....korang memang punya semangat kentalll.

Overall HTR Ipoh Jamboree memang best, walaupun ada kecacatan semasa pemberian goodist(lumrah la), tapi dapat di cover balik dengan trail yang dihidangkan...memang best, ada single trail, river crossing, technical downhill...macam-macam adaaa.

Tiap-tiap CP rider disediakan dengan air dan pisang, dah habis kayuh sekali kehebatan HTR ialah berjaya menghidangkan hidangan yang best nasi ayam, cendol, sup fishball untuk santapan rider yang kepenatan dan kebuloq.....Bravo....

Sekian.....

Maaf dipinta sekiranya tulisan di dalam blog ini mengganggu mental pembaca.

Iklas dari ........

RULe Stumpy

KayuhBeb








1 ulasan:

Azizan Zolkipli berkata...

salam warga KayuhBeb.
seronok tgk gmbr2 & baca ulasan.
paling kelakor ulasan pasal bro yg pitam tu, siap ada lokasi tmpt kejadian lagi hehehe ...

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang