Bahang Ipoh Jamboree sudah terasa, training idak lagi, masing-masing menanti ngan debaran.
Habis kayuh ke tak habis ke lain cerita..tapi yang penting Kayuh…tak larat kayuh kita tolak, dah penat tolak kita rehat…..sesuai ngan motto KayuhBeb….”HAPPY CRANKING”
Jamboree
Bro Kay dan Rule akan bertolak dahulu pada hari Jumaat bagi memastikan highway PLUS clear untuk laluan Rombongan Cik Kiah yang akan bergerak dari Jalan Kebun pada hari Sabtu 29hb May 2010, Jam 5 petang yang diketuai oleh Kamarul Onone dan Krul.
Antara rider yang turut serta menaiki Jentera UNSER dan EXORA adalah:
1. KAMARUL ONONE – Driver EXORA
2. KRUL – Driver UNSER
3. JINGGO – Tukang ambik gambar
4. DEX – Tukang collect duit
5. Bro Azhar
6. Bro Khai
7. Bro Hideham
8. Bro Djul Gep
Bro Angah, Along abang angah dan kuyu kawan angah dan along (angah dan along dibaca sekali) juga dikabarkan akan menyertai Rombongan Cik Kiah ni ke Ipoh.
Bro DINCE the Slayer, Mansawit the Balckhand, Dollah dan Lan kawan Dollah(kawan Dollah dibaca sekali) akan menyusul kemudian kerana nak meniaga hingga untung besar pada hari sabtu itu.
KayuhBeb akan menginap di bango yang terletak berhampiran ngan toll Ipoh Selatan dan kira-kira 5 km ke arah Tambun.
Alamat nye seperti di bawah
No 4 Jalan Desa Ampang 9,
Taman Desa Sri Ampang,
Ipoh.
GPS N4 35.019 E101 08.498
Cara nak gi sana;
Dari PLUS Highway arah ke utara, sila keluar ke Tol Ipoh Selatan.
(Dinasihatkan bayar manual arah paling kiri).
Lepas bayar Toll, ikut je jalan tu sampai jumpa T Junction...ambik ke kiri,
Jalan lagi pastu jumpa lagi T Junction ambik kanan.
Dari sinun, ambil lorong yang kedua..Jalan Desa Ampang 9.
Pastu jerit je KayuhBeb...
Disebabkan ramai yang akan menginap di rumah ini, dinasihatkan masing-masing membawa toto ke narita ke atau bantal sendiri kalau nak selesa.
Untuk sewa rumah sila bayar ke Bri Rule..sorang tak lebih Rm15 hengget..nanti saya bagitau exact amount.
KayuhBeb mengucapkan berhati-hati di jalan raya...dan jangan lupa lak barang keperluan cam Helmet ke , kasut ke dan lain-lain lagi.
Sebarang persoalan boleh la call ke 012-2902002.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan